BAGAIMANA UNTUK MENGGUNAKAN TIMEFRAME UNTUK MERANCANG ENTRY CONFIRMATION
Terdapat banyak timeframe pada chart metatrader samada MT4 ataupun MT5. Namun berapa ramai yang memanfaatkan timeframe ini untuk memudahkan merancang bilakah waktu anda perlu check peluang entry dan juga bilakah masa sesuai untuk anda membuat entry?
Dalam trading, timeframe memainkan peranan penting dalam menentukan jangka hayat sesuatu candle itu untuk siap dan seterusnya memberikan maklumat kepada anda untuk membuat analisa teknikal.
Timeframe dalam trading bermula dari 1 minit hinggalah bulanan ataupun monthly timeframe.
Timeframe bermaksud ‘tempoh masa’ ataupun ‘jangka masa’, oleh itu setiap candle punyai jangka masa sendiri untuk ia siap ataupun complete.
SNR
Terdapat banyak kaedah untuk melihat peluang signal. Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan timing adalah pada harga itu sendiri.
Dalam trading, harga terbahagi kepada dua iaitu harga support dan harga resistance.
Anda boleh menggabungkan kaedah SNR dan TF untuk merancang timing trading anda. Kaedah SNR ini perlukan kemahiran marking price.
Baca : CANDLE SNR
Timeframe(TF)
Setiap timeframe mewakili tempoh waktu candle itu hendak closing. Jika 1 minit, bermakna ia akan siap dalam masa seminit. Jika 5 minit, maka seleaps 5 minit barulah ia close kemudian candle baharu akan muncul.
Timeframe H1 bermaksud 1 jam untuk candle close/complete manakala timeframe 4H pula bermaksud 4 jam sekali akan siap 1 candle.
Baca : candlestick dan timeframe
TF D1 bermaksud 1 candle itu akan siap selepas sehari ataupun 24jam. Candle ini bermula jam 4 pagi ataupun jam 5 pagi(tertakluk pada keadaan semasa).
TF Weekly bermaksud 1 candle itu akan siap selepas 5 hari ataupun seminggu waktu trading.
TF Monthly pula bermaksud untuk 1 candle itu siap, ia perlukan masa 20 hari ataupun sebulan.
Timeframe yang menjadi pilihan trader adalah seperti berikut;
- TF Monthly(MN) dan Weekly(W1) : Swing trader
- TF D1 dan H4 : Intraday/day trader
- H1, M30, M15, M5 : Scalper
- M1 : Hit and Run trader
Timeframe yang dicadangkan untuk mendapatkan setup berketepatan tinggi adalah Weekly dan D1.
Timeframe yang rendah seperti M1,M5, M15 pula memerlukan trader itu mengetahui arah utama pasaran terlebih dahulu. Ini kerana ‘noisy’ ataupun terlalu banyaknya false signal pada timeframe ini. Namun ia boleh menjadi advantage kepada trader itu jika dia dapat menganalisa arah utama pada waktu itu dan memanfaatkan signal candle pada timeframe rendah ini untuk entry point awal.
Entry point awal bermaksud stoploss anda kecil dan entry anda pada kedudukan terbaik seperti sell higher dan buy lower.
Download : Indikator multi-timeframe untuk backtest dan memudahkan melukis tools pada chart
Timeframe membantu anda untuk merancang entry anda
Saya akan tunjukan bagaimana untuk menggunakan timeframe untuk membantu anda merancang trading anda samada untuk entry ataupun waktu untuk memasuki pasaran.
- Arah pasaran
Anda boleh gunakan timeframe yang lebih besar untuk tentukan arah pasaran pair yang anda hendak trade.
Arah pasaran boleh ditentukan berdasarkan overall trend dan juga candlestick pattern.
2. Overall trend
Anda perlu membuka TF weekly ataupun D1 dan kecilkan chart ataupun ‘zoom out’ untuk dapatkan gambaran keseluruhan. Pastikan anda hanya memilih pair yang jelas menaik/uptrend dan jelas menurun/downtrend sahaja dan abaikan pair yang sideways.
Candlestick pattern sebagai panduan arah
Anda perlu kuasai candlestick pattern untuk tujuan ini. Candlestick pattern mestilah dikaitkan dengan support resistance untuk mendapatkan ketepatan signal tersebut.
Berikut info ringkas yang anda boleh jadikan panduan:
#1. TF Weekly – untuk arah 1 minggu
Jika anda memilih untuk mencari 1 arah untuk seminggu samada untuk buy sahaja atau sell sahaja, anda boleh pilih trend yang terbentuk di TF Weekly.
#2. TF Daily – untuk harian
Jika anda mahu mencari setup atau signal ikut harian, anda boleh menggunakan TF D1. Candle baru akan close dan membentuk signal baru setiap hari. Entry anda mungkin akan berubah-ubah setiap hari berdasarkan candle pattern yang terbentuk.
Setelah menentukan trend ataupun trade setup anda, seterusnya adalah menggunakan timeframe yang lebih rendah untuk entry.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA!
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
Timeframe entry
Anda boleh pilih timeframe H4 ataupun H1 untuk memudahkan anda merancang bilakah masa sesuai entry buy ataupun sell dan bilakah waktu sesuai mencari entry.
Tujuan memilih TF ini adalah kerana tempoh masanya antara 1 jam hinggalah 4 jam untuk candle siap. Ia memberikan waktu yang cukup untuk anda bersedia untuk entry dan merancang waktu untuk membuka chart anda untuk melihat peluang.
Jika anda memilih M1 hinggalah M30, anda mungkin perlu memeriksa peluang entry setiap minit hinggalah 30 minit sekali.
Anda juga mungkin berdepan risiko false signal kerana belum lagi waktunya untuk entry.
TF H1
Anda boleh merancang untuk melihat peluang entry setiap jam. Jadi, anda bolehlah membuka chart apabila jam sudah genap seperti jam 1, jam 2 jam 3 dan seterusnya.
Jika tiada entry pada waktu itu, anda boleh skip dan lihat pada jam berikutnya lagi.
TF H4
Timeframe paling santai dan terbaik untuk anda yang tidak mahu terlalu kerap membuka chart seperti di H1.
Anda hanya perlu membuka selang 4 jam sekali untuk peluang entry. Biasanya signal H4 adalah lebih accurate berbanding H1.
Pada waktu artikel ini ditulis, candle H4 bermula pada jam 5 am, jam 9am, 1pm, 5pm, 9pm, 1am dan seterusnya. Waktu ini adalah berdasarkan waktu Malaysia.
Jadi, anda boleh mencari peluang entry dalam waktu-waktu dinyatakan di atas. Jika anda terlepas entry pada jam 5 petang, tidak mengapa. Anda boleh check semula pada jam 9 malam nanti. Dengan cara ini anda lebih teratur dan sistematik!
Kelebihan H4
Anda hanya perlu berada dalam pasaran untuk trading bermula seawal jam 9 pagi untuk Asian session, jam 5pm untuk London session dan 9pm untuk US session.
Kekerapan melihat chart sebenarnya suatu masalah…
Berdasarkan pengalaman saya dalam trading, melihat peluang entry secara kerap adalah berisiko tinggi untuk melakukan kesilapan seperti entry pada false signal, entry terlalu awal sedangkan market masih mahu melakukan retracement dan paling teruk, lebih banyak entry loss akibat dari entry awal kerana signal awal yang belum masanya lagi market nak gerak.
Oleh itu, cara terbaik adalah trading-lah pada timeframe yang lebih besar untuk elakkan dari melakukan kesilapan entry yang banyak.
Kesimpulan
Apa yang kita semua boleh simpulkan dari artikel kali ini ialah, timeframe bukan sekadar sesuatu yang tersedia dalam chart, tetapi ia juga mempunyai fungsi tersendiri terutama bagi mereka yang mementingkan pemasaan(timing) yang tepat dalam trading serta tidak mahu terlalu terikat dengan chart.
Sila tinggalkan sebarang komen anda di ruangan komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda.
ADMIN
24/08/20