BOLLINGER BAND
BOLLINGER BAND
HIGHLIGHT:
-
BOLLINGER BAND BOUNCE
-
SQUEEZE BAND
-
WIDEN BAND
Indikator ini mempunyai 3 garisan moving average iaitu di atas, tengah dan bawah(upper,middle & lower band). Indikator bollinger band ini dicipta oleh John Bollinger pada tahun 1980 untuk mengukur volatility pasaran.
Bollinger bounce
Situasi ini adalah apabila price bergerak sideways dan akan berlaku reversal apabila price hit upper band dan lower band. Situasi ini dikenali juga sebagai overbought dan oversold.
- Overbought bermaksud signal sell di upper band.
- Oversold bermaksud signal buy di lower band.
Squeeze band
Apabila berlakunya band yang mengecil atau squeeze, ia adalah petanda bahawa bakal berlakunya breakout dalam masa terdekat.
Jika price brekout dan close di lower band, kebiasaannya price akan terus bergerak ke bawah(downtrend).
Apabila breakout, price akan close di upper band dan kebiasaannya akan bergerak terus ke atas(uptrend).
Widen band
Selepas berlakunya sesuatu breakout, petanda kekuatan trend itu boleh dilihat melalui upper dan lower band yang mengembang(widen) dan apabila ia mula menguncup(squeezing), itu petanda momentum pergerakan terdahulu sudah mula menghilang.
Jika ia kembali mengembang dan price close semula di upper atau lower band berdasarkan trend sebelumnya, itu petanda market kembali aktif dan meneruskan trend.
Perhatikan pergerakan trending uptrend yang berterusan(pullback) apabila price closed di upper band dan dalam masa yang sama upper dan lower band mengembang. Kita dapat tahu kekuatan uptrend mula hilang apabila band menguncup semula.
Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah apabila anda trade pada waktu aktif ini(widen band) peluang profit adalah tinggi dan jika pernah trade sesuatu trend itu dan kemudiannya ia sideways dan trade anda floating negatif, perhatikan sahaja apa yang berlaku pada bollinger band, saya pasti waktu itu ia sedang menguncup kerana tiadanya volatility dalam pasaran.
-ADMIN-
feature photo by StockManiacs