BREAK OF STRUCTURE DALAM FOREX | APAKAH IA DAN BAGAIMANA UNTUK MEMANFAATKANNYA
Kaedah ini adalah suatu konsep dalam perdagangan yang memfokuskan sepenuhnya mengikuti arah pasaran. Sesuatu trend mempunyai stuktur-stuktur penting untuk ia bergerak trending samada menaik ataupun menurun. Untuk ia meneruskan perjalanan, biasanya akan berlakunya penembusan sesuatu support mahupun resistance, membuat pergerakan jangka pendek sebelum ia meneruskan semula perjalanannya.
Memahami kaedah atau konsep ini akan membantu anda meningkatkan kemahiran perdagangan anda dan juga kemahiran membuat keputusan anda.
Apa itu Break of Structure
Break of structure atau BoS berlaku apabila sesuatu price menembusi sesuatu level support atau resistance yang signifikan kepada sesuatu stuktur trend. Penembusan ini memberikan indikasi bahawa berlakunya pertukaran dinamik pasaran. Memberikan petunjuk bahawa bakal berlakunya penerusan pergerakan trend dan juga perubahan arah trend semasa. BoS merupakan elemen paling penting dalam price action trading, memberikan signal dan gambaran jelas tentang potensi memasuki pasaran dan juga untuk keluar dari pasaran.
Change of Character(ChoCh)
ChoCh adalah suatu perubahan trend apabila BoS itu gagal menjadi seperti yang sepatutnya. Ini membawa maksud perubahan trend melalui perubahan karakter sesuatu stuktur trend itu.
Keadaan ini juga apabila berlaku bermaksud bahawa sesuatu trend sudah tamar dan bermulanya trend baharu pula lagi.
ChoCh adalah reversal pasaran berdasarkan breakout pada sesuatu SNR dan terbentuknya SBR dan RBS.
Mengenalpasti Break of Structure
1. Trend Continuation
Dalam sesuatu bullish trend, Bos di’sah’kan apabila price menembusi sesuatu resistance atau high terdahulu, memberikan signal bahawa uptrend cenderung bakal menyambung arahnya. Dalam keadaan lain iaitu bearish, BoS di’sah’kan melalui penembusan sesuatu support level atau low terdahulu, memberikan indikasi downtrend bakal berlanjutan lagi.
2. Trend Reversal
BoS memberikan indikasi sesuatu perubahan trend apabila price menembusi sesuatu key level penting atau neckline yang boleh memberikan petanda bahawa trend sudah bertukar arah. Sebagai contoh, dalam bullish trend, jika new low terbentuk pada sesuatu support dan terbentuknya SBR, ia memberikan petanda berakhirnya uptrend itu dan bermulalah downtrend.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, trend reversal banyak berkaitan dengan Change of Character(ChoCh).
Kenapa BoS ini Penting
1. Entry dan Exit signal
BoS memberikan panduan jelas kepada pedagang tentang entry dan exit poin yang jelas. Sebagai contoh, pedagang boleh menggunakan kaedah bullish BoS untuk memasuki pasaran dan keluar dari pasaran menggunakan bearish BoS pula.
2. Pengurusan Risiko
Dengan mengenal-pasti BoS, pedagang boleh menguruskan risiko dengan lebih baik dengan cara menetapkan stoploss dan saiz volume trade mengikut keadaan semasa BoS terbabit. Jika anda mendapat setup BoS untuk buy, secara tidak langsung anda mengetahui keadaan reversal jika BoS tersebut gagal.
3. Sentimen Pasaran
BoS adalah gambaran apa yang sedang berlaku dalam pasaran, memberikan sudut pandang kepada kekuatan atau perlemahan sesuatu trend. Informasi seperti ini amatlah penting kepada pedagang dalam membuat sebarang tindakan atau keputusan terhadap perdagangannya.
Kesimpulan
Break of Structure adalah konsep fundamental dalam analisa teknikal yang boleh membantu pedagang untuk memahami pergerakan-pergerakan penting pasaran dan seterusnya membuat tindakan yang perlu dalam situasi itu. Dengan memahami BoS ini, pedagang dapat mempertingkatkan strategi mereka, meningkatkan pengurusan risiko dan memahami lebih mendalam terhadap dinamik pasaran.
Samada anda pedagang baru atau lama, strategi BoS ini adalah penting dan sesuai untuk anda dalam membantu memacu anda ke arah menjadi pedagang yang berjaya.
Sekian.
ADMIN
15/07/24
Kredit: tradingview, howtotrade