CANDLE MATI
Candle mati adalah istilah yang saya gunakan untuk menggambarkan sesuatu signal candle yang invalid dan biasanya berpunca dari liquidity pasaran yang berlaku di kawasan stoploss signal tersebut. Candle kedua dan ketiga selepas candle signal membentuk signal continuation dan seterusnya membatalkan signal asal.
Jika signal sell, ia terbatal. Sama juga dengan signal buy, ia akan terbatal dan trend masih kembali meneruskan perjalanan asalnya. Signal candle yang terbatal ini saya panggil sebagai candle mati.
Biasanya apabila ia terbentuk, saya akan cutloss posisi asal dan akan mengubah entry kepada signal yang ‘menggagalkan’ signal tersebut.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
KENAPA CANDLE ‘MATI’?
Sesuatu signal menjadi invalid atau mati akibat berlakunya pergerakan ke kawasan order stoploss trader lalu trigger kesemua stoploss itu. Ini dikenali sebagai liquidity pasaran di mana order-order stoploss akan trigger selain order-order bertentangan arah juga trigger di situ seperti sellstop atau buystop order untuk menggerakan pasaran lebih jauh.
Kedudukan stoploss biasanya di letak pada swing high dan low pada sesuatu signal. Apabila terdapatnya pergerakan besar, ia akan menyebabkan stoploss itu triggered.
MANIPULASI DALAM PASARAN
Tidak dinafikan adanya kemungkinan manipulasi dalam pasaran kerana apa yang kita diajarkan boleh jadi apa yang berlaku nanti adalah sebaliknya. Pasaran ini adalah dua hala, di mana kerugian seseorang trader itu boleh jadi keuntungan untuk trader lain.
Institusi kewangan atau bank mempunyai modal besar dan mampu menggerakan pasaran, oleh itu mereka akan sentiasa selangkah di hadapan berbanding retail trader.
CIRI-CIRI
Ciri-ciri penting adalah candle signal dan diikuti candle reversal pada candle ke-3 atau ke-4. Ini bermaksud candle reversal, diikuti candle reversal.
Ada waktu tertentu, candle kedua sudah mematikan candle signal ini.
Ciri-ciri #1 – candle signal reversal diikuti cs bullish. Namun cs ke-3 engulfing dan break low serta trigger stoploss. Ini secara tidak langsung memberikan petunjuk trend masih belum sedia untuk berubah arah.
Candle ke-3 adalah mewakili order besar seller dalam pasaran yang mengerakkannya jauh ke bawah. Stoploss order trigger akibat pergerakan ini.
Ciri-ciri #2 – Candle bullish reversal namun candle berikutnya closed bearish dan trigger stoploss. Trend masih berterusan downtrend setelah itu.
Di atas adalah contoh sell signal namun candle kedua menyebabkan stoploss trigger dan seterusnya menyebabkan order buy memasuki pasaran. Secara tidak langsung kita dapat lihat trend masih meneruskan kenaikannya.
KEPENTINGAN MEMAHAMI CANDLE MATI INI
Penting untuk memahami candle mati ini atas tiga(3) faktor;
- Pengurusan risiko
- Teknik Harapan
- Hedging
Pengurusan risiko
Anda sudah tahu anda tersilap, maka silalah cutloss kerana price berpotensi untuk naik tinggi atau turun lebih rendah. Oleh itu dengan memahami keadaan atau ciri-ciri sesuatu candle signal yang sudah mati itu memudahkan anda untuk cutloss dan seterusnya menguruskan risiko anda.
Teknik Harapan
Anda masih mahu berharap, terpulang kepada anda. Anda boleh tunggu price kembali ke arah yang anda trade namun jika sudah nampak price berubah arah, kenapa masih simpan harapan anda??
Hedging
Kaedah hedging sesuai untuk digunakan pada keadaan ini terutamanya kaedah hedging berganda kerana masih ada kemungkinan price kembali ke arah signal asal.
RUMUSAN
Candle mati adalah merujuk kepada situasi signal candle menjadi invalid dan stoploss trigger untuk liquidity pasaran. Order berlawanan arah dalam kuantiti besar memasuki pasaran dan menggerakan pasaran. Adakalanya ia berkaitan dengan manipulasi pasaran dan bertujuan untuk merugikan trader.
Adalah penting untuk memahami candle mati agar dapat membantu pengurusan risiko serta mengambil posisi hedging sesuai arah tersebut.
Sekian,
Credit: tradingview