CANDLESTICK DAN KAITANNYA DENGAN TIMEFRAME
CANDLESTICK DAN KAITANNYA DENGAN TIMEFRAME
CANDLESTICK.
Candlestick itu terbina dari majoriti buyers dan sellers dalam suatu tempoh masa dari bulanan, mingguan, harian, jam dan minit. Tempoh masa ini dipanggil sebagai ‘timeframe.’
TIMEFRAME
Closing mengikut tempoh masa ini akan membentuk candlestick pattern dari bermulanya opening price, high price, low price hinggalah closing price dalam tempoh timeframe itu.
Candlestick pattern ini pula mempunyai lebih banyak tafsiran tertentu mengenai apa yang berlaku dalam pasaran. Ini diguna-pakai untuk analisa arah pasaran.
Monthly = majoriti buyers/sellers dalam sebulan lepas.
Weekly = majoriti buyers/sellers dalam seminggu lepas.
Daily = majoriti buyers/sellers dalam sehari lepas.
8H,4H,2H,1H = majoriti buyers/sellers dalam jam-jam lepas.
M30~1M = majoriti buyers/sellers dalam minit-minit lepas.
Majoriti ini akan membentuk trend samada naik atau turun. Dalam suatu keadaan trending UPTREND, kita akan melihat lebih banyak candle-candle bullish berbanding bearish. Closing candle bullish ini pula adalah mengatasi(breakout) closing candle sebelumnya. Dalam istilah lain, new high akan sentiasa terbentuk. Begitulah sebaliknya(downtrend).
TREND
Majoriti bulan lepas akan pengaruhi bulan berikutnya.
Majoriti minggu lepas akan pengaruhi minggu berikutnya.
Majoriti semalam akan pengaruhi hari ini.
Setiap timeframe ‘menceritakan’ keadaan berbeza-beza dan timeframe yang lebih rendah akan melengkap proses tersebut.
Dalam trend ada 3 perkara, uptrend, downtrend dan sideways.
Jika di timeframe yang lebih besar uptrend, timeframe kecil akan downtrend(dipanggil sbg retracement) dan apabila cukup KITARAN masanya, trend di timeframe kecil akan mengikuti trend di timeframe lebih besar. Scalper jgn terkejut selalu tersalah arah trade di timeframe kecil. 🙂
KAITAN CANDLESTICK,TREND DAN TIMEFRAME
Semuanya berkaitan terus.
Retracement pada timeframe-timeframe kecil ini adalah sebahagian proses membentuk open, high, low dan close pada candle di timeframe yang lebih besar.
Jika candle minggu lepas membentuk bullish engulfing, maka minggu ini kita akan lihat pada timeframe lebih rendah seperti daily, H4 dan H1 akan berlaku penurunan, semasa penurunan ini, kita akan dapat lihat pada Weekly candle minggu ini ia akan turun terlebih dahulu bermula dari opening price kepada penurunan membuat shadow atau lowest price. Setelah sampai waktunya, ia akan mula reverse naik semula di opening price untuk membuat highest price. Di akhir minggu biasanya price akan reverse sedikit hinggalah ke penutupan trade pada awal hari sabtu untuk closing price. Maka dari ini terbentuklah satu lagi kesimpulan candle pada Weekly timeframe di mana proses pembentukannya memakan masa seminggu/5 hari.