COMBO PRICE ACTION STRATEGY – PIN BAR + INSIDE BAR COMBO
Strategi combo adalah kombinasi lebih dari satu candle entry signal yang terbentuk dalam satu masa. Ini bermaksud signal pertama terbentuk diikuti dengan signal kedua yang terbentuk selepas signal tersebut. Pembentukan signal ini biasanya memberikan petanda bakal berlaku breakout selepas sideways di lower timeframe.
Pin Bar dan Inside Bar combo
Pin bar adalah signal kepada rejection price pada sesuatu price level ataupun support dan resistance. Inside bar pula adalah candle yang terbentuk di lower timeframe sebagai petanda bakal berlakunya breakout.
Kedua-dua pattern ini boleh muncul atau terbentuk dalam masa yang sama dan biasanya anda akan temuinya dalam sesuatu trending market. Strategi entry ini adalah strategi wajib bagi trader price action!
CIRI-CIRI YANG ANDA PERLU TAHU
Dua ciri-ciri utama adalah kedudukan candlestick tersebut. Perlu diingat bahawa apa yang penting adalah candle kedua mestilah lebih kecil berbanding candle pertama.
Pin bar Combo :
Gambar – contoh pin bar combo untuk sell dan buy signal. Candle pertama adalah pin bar diikuti dengan candle kecil inside bar sebagai candle kedua. Ciri-ciri utama yang sah(valid) adalah closing body candle mestilah lebih kecil berbanding candle pin bar termasuklah jika mempunyai shadow candle yang lebih panjang berbanding pin bar.
Note: Di atas adalah contoh pattern sahaja, dalam live market warna body candle mungkin sedikit berbeza. Oleh itu apa yang penting adalah anda kenal-pasti sahaja ciri-ciri di atas sebagai panduan entry anda.
Inside bar combo :
Gambar – Inside bar combo di mana pin bar sebagai candle kedua selepas candle engulfing. Candle pin bar terbentuk merupakan ciri-ciri market retest dan rejected yang menandakan kegagalan untuk berubah arah dan menjadikan signal ini lebih kuat.
Stoploss
Anda boleh letakkan SL 5 pips di hujung candle signal. Jangan trade secara over-confident kerana false signal juga kerap berlaku dan sikap ini mungkin akan menjadi pembunuh akaun anda secara pantas.
CONTOH TRADE SETUP
Trade setup berdasarkan strategi ini akan sentiasa terbentuk dan muncul di hampir kesemua timeframe termasuklah M1(1 minit). Di sebabkan tidak semua valid, oleh itu timeframe terbaik adalah H4 dan D1 untuk trading medium term trend.
Berikut adalah antara contoh trade setup yang akan menjadi advantage kepada anda jika anda menjumpainya.
Contoh sell :
Terbentuk bulltrap di puncak uptrend dan price drop di bawah key SNR, trend bergerak consolidate seketika dan secara tidak langsung membentuk pin bar combo. Price drop seketika sebelum berlaku retest-pullback semula ke point mula-mula terbentuknya pin bar combo tersebut.
Akhirnya price drop sekali-lagi selepas terbentuknya pin bar combo kali ke-2 di bawah SNR yang terbentuk dari signal pertama.
Dalam situasi ini perhatikan closing candle signal combo, ia akan close secara tepat di bawah SNR sebagai petanda ia adalah signal entry yang valid.
Di atas adalah contoh inside bar combo dengan pin bar terbentuk sebagai candle ke-2. Jika diamati betul-betul, candle pin bar bertindak sebagai candle retest di area SBR yang ditembusi.
Candle inside bar terbentuk dengan begitu sempurna sekali diikuti dengan candle pin bar sebelum trend meneruskan perjalanan asal(downtrend).
Contoh buy :
Di atas adalah contoh stuktur uptrend yang terbentuk apabila price naik di atas resistance dan RBS terbentuk selepas pullback berlaku. Sebelum trend meneruskan perjalanan dan sellers sudah stopout akibat false signal yang terbentuk sebelumnya, anda boleh membuat hedging posisi sell jika candle pinbar combo terbentuk seperti dalam gambar.
Perangkap trend biasa berlaku, asalkan anda tahu melihat price action, ia akan membantu anda membuat recovery pada setup berikutnya.
Selepas membentuk reversal trend serta pullback, peluang entry dapat dikenal-pasti melalui candle bullish dan pin bar yang terbentuk di atas RBS area.
Strong rejection dapat dilihat apabila candle pin bar closed sebagai bullish candle. Trend bergerak begitu cantik sekali selepas pin bar terbentuk menandakan anda berada dalam posisi terbaik jika anda ikuti signal ini betul-betul.
CLAIM BONUS TANPA DEPOSIT $30 ANDA HARI INI!
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
TIPS TRADING
Dalam memanfaatkan strategi ini untuk kelebihan anda, berberapa tips berikut anda perlu beri perhatian;
- Sentiasa mencari setup berdasarkan trend following/trending trend sahaja.
- Beri perhatian pada H4 dan Daily sahaja kerana strategi ini sangat efektif di dua timeframe ini berbanding timeframe lain.
- SNR serta SBR/RBS adalah point penting untuk mencari setup ini.
- Jika anda trade berdasarkan 1 jenis candle signal, perhatikan candle ke-2, jika selepas closing candle ke-2 ini ia membentuk combo, gunakan peluang ini untuk reentry trade anda.
Apa pendapat anda mengenai artikel kali ini? Jika anda merasakan ia bermanfaat, kongsikanlah dengan rakan-rakan anda!
ADMIN
05/03/21