TEKNIK SND CANDLE ENGULFING | SUPPLY AND DEMAND FOREX STRATEGY
Teknik candlestick engulfing sesuai digunakan untuk mendapatkan entry level dan prediction entry jika berlaku retest di masa akan datang. History akan repeat itself dan ia akan menjadi suatu advantage kepada yang mengetahuinya. Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahuinya? Jom ikuti artikel ini!
Bagi anda yang mahu mengikuti perkembangan terkini dan juga signal analisis di masa akan datang, sila subscribe ke channel kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Engulfing menggambarkan apa yang berlaku dalam pasaran
Apabila selling atau buying berlaku dalam sekala besar, ia akan menekan harga naik tinggi atau jatuh menjunam dalam satu tempoh masa. Ini akan mempengaruhi bentuk candle tersebut untuk menjadi panjang. Bukaan awal harga akan jauh dengan harga penutupan.
Kemasukan seller dan buyer pada price level tersebut menandakan price atau harga tersebut mempunyai nilai penting dalam pasaran.
Ia akan menjadi key SNR penting di masa hadapan untuk buying dan selling. Keadaan berulang ini dipanggil repeating history.
Kesimpulannya, Engulfing adalah satu cara kita mengetahui level price penting kerana sejarah akan kerap berulang di masa akan datang. Untuk secara tepat, kita akan mengetahui level tersebut melalui pattern price lama iaitu sejarah engulfing yang pernah berlaku di sesuatu SNR tersebut.
Ciri-ciri Engulfing
Ciri-ciri setup adalah terdiri dari dua candlestick iaitu satu panjang dan satu lagi pendek.
Bullish Engulfing:
Candle bearish bersaiz pendek diikuti candle bullish bersaiz panjang. Ini menandakan pasaran bertukar arah dari turun kepada naik; dari sell kepada buy.
Bearish Engulfing:
Candle bullish pendek, manakala candle bearish adalah panjang. Ini mendakan pasaran bertukar arah dari naik kepada turun iaitu dari buy kepada sell.
Dalam waktu tertentu, candle bullish dan bearish engulfing juga valid walaupun candle kecil bukanlah bearish/bullish;
- Candle pendek bullish, candle panjang bullish
- Candle pendek bearish, candle panjang bearish
Lain-lain bentuk engulfing:
Candle di atas juga adalah engulfing tapi untuk artikel ini kita akan fokuskan engulfing dari jenis candle pendek dan panjang sahaja.
Fungsi candle engulfing dalam pasaran dan entry panduan entry
Candle engulfing adalah petanda reversal trend dan juga panduan untuk entry buy dan sell. Candle ini juga untuk panduan entry mengikuti trend.
Contoh:
Untuk uptrend, candle bullish engulfing terbentuk sebagai petanda pullback berlaku untuk continuation up trend. Entry akan dibuat selepas candle ini siap terbentuk.
Untuk downtrend, candle bearish engulfing terbentuk sebagai petanda pullback berlaku untuk continuation down trend. Entry akan dibuat selepas candle ini terbentuk.
Mengaitkan dengan SNR
Anda sudah memahami untuk mencari candle ini untuk trend dan reversal trend, kini anda wajar mengaitkannya dengan fakta SNR untuk filter signal entry yang terbentuk iaitu;
- Buy jika engulfing terbentuk atas support atau RBS,
- Sell jika engulfing terbentuk bawah resistance atau SBR.
Candle engulfing untuk reversal trend adalah;
- Jika terbentuk di dasar/atas support selepas downtrend
- Jika terbentuk di puncak/bawah resistance selepas uptrend
Reversal trend dari downtrend kepada uptrend adalah apabila di harga dasar(bottom) terbentuknya bullish engulfing di atas support level.
Reversal trend dari uptrend kepada downtrend adalah apabila candle bearish engulfing terbentuk di harga puncak di bawah resistance level.
Candle engulfing untuk Supply Demand[trade setup]
Untuk supply demand, candle engulfing penting untuk memberitahu kita apa sebenarnya yang berlaku dalam pasaran. Candle panjang memberikan indikasi bahawa di sesuatu price level itu terdapatnya penjualan dan pembelian besar-besaran dan ini seterusnya menjadi panduan di masa hadapan apabila sejarah itu berulang.
Lihat ke kiri
Untuk menganalisa dan membuat prediction di masa hadapan, anda perlu melihat data lepas iaitu di sebelah kiri dalam chart. Masa hadapan adalah apa yang akan terbentuk di sebelah kanan.
Marking
Sila marking jika terdapatnya setup ini pada history lepas. Prediction akan dibuat jika ia dijejak semula pada masa hadapan. Marking atau trade setup boleh didapati di semua timeframe tetapi yang valid biasanya di H1, H4 dan D1. Anda boleh juga apply di Weekly dan Monthly.
Apabila anda membuat marking, ini akan memudahkan anda merancang trading anda. Apa yang perlu dibuat adalah tunggu saja candle buat retest ke marking tersebut dan entry akan dibuat berdasarkan history lepas.
Cara marking
Cara marking adalah tandakan pada candle pendek sebelum candle panjang. Contoh adalah seperti berikut;
Berdasarkan keadaan semasa, trend adalah naik pada waktu tersebut. Berdasarkan history ini, kita jangka di masa akan datang ia akan mengulang lagi.
Lihat apa berlaku apabila ia dijejak semula? Pengulangan sejarah berlaku iaitu ia naik semula.
Cara marking teknik ini yang anda perlu buat
Cara marking teknik ini berbeza sedikit berbanding contoh di atas. Sila tandakan pada candle pendek dan shadow paling bawah/atas. Lihat contoh di bawah;
Dalam gambar di atas, marking pada shadow atau body candle kecil dan marking bawah pada shadow candle engulfing. Tetapi dalam masa tertentu, keadaan adakalanya berbeza.
Di atas adalah contoh SND sell setup untuk market downtrend. Lihat pada marking yang ditanda dengan arrow. Marking paling atas berbeza dengan marking kedua di bawah. Marking di atas adalah pada shadow candle panjang.
Marking dibuat pada candle kecil kerana mempunyai shadow yang panjang.
Cara marking paling mudah
Sila gunakan ‘box’ rectangle untuk membuat marking anda.
Entry setup adalah seperti bawah;
Entry
Untuk entry, Supply bermaksud sell manakala Demand pula bermaksud buy. Anda akan sell pada marking supply dan buy pada marking demand.
Contoh Trade Setup Engulfing SND
Sebelum melihat contoh-contoh berikut, sedikit tips untuk anda.
- Gunakan Timeframe lebih besar kerana ia lebih lebih baik berbanding lower timeframe. Saya tak kata ia 99.9% tepat tetapi ia memberikan peluang yang kurang kerap, bermaksud kurang risiko berbanding setup-setup yang kerap terbentuk di M30 ke bawah. Timeframe terbaik adalah H1, H4 dan D1.
- Pastikan anda melihat gambaran keseluruhan di TF D1 untuk lihat ke mana hala-tuju pair tersebut.
- Fokus dahulu 1 atau 2 pair. Jangan terlalu taksub nak income harian lepas tu nak profit ribu-ribu. Ini lebih memungkinkan anda kerugian ribu-ribu dan hari-hari kerana anda akan berdepan dengan risiko yang terlalu banyak, setiap hari.
- Sila belajar atau backtesting pada chart anda dengan cara belajar marking contoh setup lepas untuk membantu kefahaman anda.
Untuk profit taking, sila fokuskan scalping trade iaitu mengambil profit kecil-kecil antara 10-30 pips per-entry dan anda boleh gunakan strategi entry minachi.
Cutloss boleh dibuat jika candle break area SND.
Low Risk High Return untuk full margin trading
Jika anda mahu trade full margin untuk pulangan tinggi dalam masa singkat, tips berikut adalah untuk anda;
- Pastikan trade ikut trend besar di D1 atau Weekly.
- Fokus untuk ikuti arah trend sahaja dan abaikan entry lawan arah(reversal).
- Download ebook money management ini dan fahamkan jadual money management dan leverage.
- Gunakan modal kecil yang anda sanggup rugi sahaja agar jiwa tak kacau semasa floating gara-gara tak sanggup loss.
- Mencari broker yang sesuai? -Gunakan broker ini untuk minima deposit USD15. Selain itu anda juga akan mendapat pulangan rebate untuk setiap trade lot 0.01 standard yang anda buka.
Untuk setiap modal yang anda deposit, pastikan anda withdraw modal anda setiap kali akaun anda grow 100%-200%.. Selebihnya biarkan trade lot besar untuk hasilkan pulangan tinggi tanpa risau tidak balik modal.
Untuk broker yang mempunyai withdraw laju dan selamat sila ke halaman ini untuk mendaftar. Jika anda mahu mencuba teknik ini secara lebih selamat tanpa merisikokan sebarang wang anda, sila claim 50USD percuma di sini.
Tips emosi/psikologi
Ada masanya kita win streak…dan akan ada masanya loss streak juga iaitu kerugian berturut-turut. Ini petanda market dalam keadaan tak menentu dan bukannya salah teknik. Berhenti seketika sehingga market trending semula dan waktu itu anda boleh trade semula.
Market ini mempunyai fasa consolidation atau sideways sebelum ia bertukar arah. Ia berlaku ikut kitarannya dan tiada siapa boleh halang. Oleh itu jadilah trader bijak, berhenti dan masuk semula jika market sudah trending semula kerana market trending inilah yang akan ‘memberikan’ wang yang banyak kepada anda!
Contoh setup:
Anda boleh setkan marking seperti di atas dan pantau pergerakan price jika ia naik retest area marking SND anda. Dalam gambar di atas ada dua marking yang tidak dijejak price dan kita kira sebagai tidak trigger sebarang entry.
3 setup tidak trigger kerana market rally begitu aktif. Peluang akhirnya terbentuk apabila adanya retest ke marking area.
Kelebihan Teknik Entry SND cara ini
Antara kelebihan yang anda perolehi adalah;
- Entry sell highest dan buy lowest
- Jelas kawasan entry yang berpotensi tinggi berdasarkan history lepas
- Risk Reward Ratio terbaik iaitu risk kecil, reward besar
Bagaimana untuk kerja sikit tapi untung besar?
Untuk tujuan ini, anda perlukan sedikit kesabaran dan hanya gunakan timeframe besar minima H4 dan sebaiknya D1 ataupun Weekly. Di timeframe ini, satu pergerakan trending sahaja sudah boleh mencapai ratusan dan ribuan pips. Untuk dapatkan pulangan pips yang banyak ini pula tak perlukan hari-hari untuk menghadap chart dan membuat entry.
Anda hanya akan masuk pada waktu tertentu sahaja.
Teknik ini memang boleh berikan potensi besar – Lihat pada 24 febuari 2022 lepas. Entry buy USDJPY terbentuk di H4.
Berikut saya zoom-out untuk lihat sejauh-mana kenaikan tersebut.
Selepas entry buy terbentuk, price terus rally menaik dan sehingga artikel ini ditulis, price USDJPY masih belum menjejak semula entry ini. Inilah dikatakan potensi besar teknik ini.
Lihat pair EURJPY, Daily chart.
Potensi entry bottom terbentuk apabila price EURJPY menjejak semula history lepas iaitu pada tahun 2021 kemudian rally ke puncak.
Jika anda membuat entry berdasarkan TF D1, ia akan memberikan potensi ratusan dan ribuan pips dengan hanya 1 atau 2 setup sebulan. Ini jauh lebih bagus berbanding anda cuba memasuki setiap hari. Hanya dengan satu kesilapan sahaja semua keuntungan anda boleh hilang lesap memandangkan FOREX ini adalah pasaran yang sangat berisiko tinggi. Ia hanya sesuai untuk mereka yang kuat berangan tetapi bukan kepada mereka yang realistik.
Pair GBPJPY, Daily chart.
Lagi satu contoh dan sebab kenapa anda perlu trade di Daily chart -kerja sikit tapi untung gila-gila banyak bahkan beribu-ribu pips secara santai – Buy di harga bottom hanya berpandukan engulfing SND. Berdasarkan gambar di atas,terdapat 5x reentry dengan potensi profit ratusan dan ribuan pips.
Di atas juga SND dan SNR berfungsi dalam satu masa untuk menjelaskan betapa level price tersebut adalah strong support dengan cubaan berkali-kali untuk break gagal dan seterusnya menjadi manfaat kepada anda jika anda tahu kaedah ini.
Akhir kata
Teknik yang ringkas ini kini ditangan anda. Terpulang kepada anda bagaimana untuk memanfaatkannya untuk menghasilkan profit untuk anda.
Jika anda punyai pertanyaan, silakan follow channel telegram kami di https://t.me/pullbackforextrading dan PM saya untuk bertanyakan soalan. Anda juga boleh hubungi saya melalui email admin@pullbackforextrading.com
Silakan share teknik ini jika anda merasakan ia bermanfaat dan jika anda mahu memberikan sokongan kepada saya, anda bolehlah mendaftar live account di bawah saya melalui link ini. Account-account yang anda buka sentiasa menjadi dorongan dan motivasi kepada saya untuk terus berkongsi dan menyampaikan ilmu melalui blog ini.
Sekian terima kasih!
ADMIN
08/02/23
Credit foto: tradingview, forextraininggroup
One Reply to “TEKNIK SND CANDLE ENGULFING | SUPPLY AND DEMAND FOREX STRATEGY”
Comments are closed.