FAIR VALUE GAP | KONSEP TRADING HEBAT DARI ICT
Konsep Fair Value Gap(FVG) dikaitkan dengan Inner Circle Trader (ICT), yang merupakan platform pendidikan perdagangan dan komuniti yang diasaskan oleh Michael J. Huddleston. Michael Huddleston, juga dikenali sebagai ICT, terkenal dengan pengajarannya yang meluas tentang struktur pasaran, tindakan harga dan strategi perdagangan, termasuk konsep Fair Value Gap, yang merupakan ketidakseimbangan dalam pasaran yang boleh memberikan peluang dagangan.
Penubuhan ICT
The Inner Circle Trader (ICT), yang diasaskan oleh Michael J. Huddleston, muncul dalam dunia perdagangan pada awal 2000-an. ICT menjadi terkenal kerana memperkenalkan konsep analisis teknikal lanjutan dan menyediakan bimbingan percuma dan terperinci kepada bakal pedagang, memfokuskan pada algoritma pasaran, tindakan harga dan pengurusan risiko.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Apa itu FAIR VALUE GAP
FVG ialah corak price action khusus yang muncul pada carta, biasanya dalam susunan tiga candle. Ia mewakili ketidakseimbangan antara tekanan belian dan jualan, menandakan peluang perdagangan yang berpotensi tinggi pada retest yang akan datang.
Ciri-ciri candle FVG:
Ia melibatkan 3 candle. Candle kedua akan engulfing candle pertama. Candle ketiga pula melebihi high atau low shadow candle kedua yang terletak di tengah-tengah.
Kedudukan GAP itu ada antara shadow candle pertama dan candle ke-3 dalam susunan 3 candle ini. Sila rujuk gambar di bawah;
Pedagang menggunakan FVG untuk mengenal pasti kawasan di mana pasaran mungkin kembali untuk “mengisi” jurang GAP tersebut, mewujudkan peluang untuk memasuki pasaran sama ada ke arah asal pasaran ataupun berlawanan arah andaikata GAP itu ditembusi.
Inverse Fair Value Gap
FVG yang menjadi tidak sah dari satu arah tetapi masih cukup bernilai untuk mengekalkan harga ke arah yang lain. Sebagai contoh, FVG kenaikkan harga menjadi tidak sah apabila ia gagal mengekalkan harga sebagai zon demand. Tetapi ia menjadi FVG menurun songsang yang berpotensi mampu mengekalkan harga sebagai zon supply.
Apakah yang Menyebabkan FAIR VALUE GAP(FVG) Terbentuk?
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh membawa kepada pembentukan jurang nilai saksama:
Peristiwa Berita Mengejut
Berita tidak dijangka yang memberi kesan drastik kepada sentimen pasaran boleh mencetuskan lonjakan dalam pembelian atau penjualan, meninggalkan jurang apabila harga melonjak. Bayangkan berlaku sesuatu seperti perang antara negara mahupun bencana alam seperti gempa bumi ataupun tsunami yang melanda sesebuah negara.
Keluaran Data Ekonomi
Keluaran data ekonomi penting, seperti perubahan kadar faedah atau angka pengangguran, boleh menyebabkan ketidakseimbangan yang sama. Jika data itu mengejutkan, ia boleh membawa kepada pergerakan harga yang pantas dalam satu arah, mewujudkan jurang gap.
Perdagangan Institusi Besar
Dagangan besar oleh pelabur institusi juga boleh menyebabkan FVG. Apabila dana lindung nilai atau bank membeli atau menjual sejumlah besar sekuriti, ia boleh melonjakkan harga dan juga menjatuhkan sesuatu harga. Kita ambil contoh tragedi kejatuhan matawang pound sterling akibat dari tindakan George Soros yang membuat penjualan besar-besaran pada waktu tersebut.
Pembukaan atau Penutupan Pasaran
Jurang kadangkala boleh terbentuk semasa kecairan yang lebih rendah, seperti semasa pembukaan atau penutupan pasaran. Dengan lebih sedikit peserta, daya beli atau jualan yang lebih kecil boleh mencipta lonjakan harga yang tidak dapat diatasi dengan serta-merta.
GAP Hujung Minggu
FVG boleh menjadi lebih kerap antara penutupan Jumaat dan buka Isnin, mencerminkan berita atau peristiwa yang berlaku pada hujung minggu.
Mengenal-pasti FVG pada Price Chart
Mengenalpasti FVG pada chart adakalanya agak mencabar sama seperti chart pattern lain. FVG adalah terdiri daripada formasi 3 candlestick utama di mana candle kedua merupakan yang panjang berbanding pertama. Namun dalam waktu tertentu adakalanya keadaan ini akan sedikit berbeza. Apa yang penting sebenarnya adalah jurang GAP di tengah-tengah candle ke-2 dengan hilo candle pertama dan ketiga.
3 candle ini mempunyai peraturan khusus. Berikut tips untuk mengenalpasti pattern ini.
1. Perhatikan dahulu candle terpanjang
Langkah pertama adalah mengenalpasti dahulu candle terpanjang. Ia serupa mengenalpasti candlestick engulfing pattern.
2. Kenalpasti candle berdekatan
Setelah mengesan candle terpanjang, seterusnya kenalpasti pula candle pertama dan ketiga. Ia mestilah dalam pergerakan trending dan bukannya sideways. Terdapat jurang antara shadow high candle pertama dengan shadow low candle ke-3. Jurang inilah GAP yang dicari.
Dua shadow candle pertama dan ketiga ini akan bertindak menjadi SNR untuk entry pada masa akan datang jika berlakunya retest dan reject di situ..
Contoh entry:
Gambar: perhatikan bagaimana shadow candle ke-3 bertindak sebagai support untuk entry buy berdasarkan trend utama dari candle panjang no.2.
Berlaku 2x retest dan reject menandakan ia adalah area penting untuk buy dan juga merupakan area kuat untuk entry.
Gambar: candle ke-2 tidaklah panjang seperti yang sepatutnya namun ia masih tetap valid. Cara untuk mengetahui ia valid atau tak adalah dengan melihat candle retest dan reject yang saya tandakan sebagai ‘entry’ di mana dua candle reject terbentuk berdasarkan shadow dan closing body candle yang berada dalam kawasan gap. Secara tepatnya shadow low candle pertama adalah sebagai resistance(SBR) yang menjadi panduan entry sell setelah candle memberi reaksi pada kawasan gap ini.
Kenapa FVG penting buat pedagang forex?
Pedagang teknikal terutamanya SMC(smart money concept) amatlah merujuk kepada FVG atas dua sebab:
- Terdapatnya potensi harga menjejak semula ke area gap FVG ini. Melalui keadaan ini mereka akan melihat potensi untuk entry berdasarkan supply dan demand.
- FVG ini walaupun gagal, ia masih valid untuk potensi entry berdasarkan perubahan arahnya itu. Ia masih boleh digunakan untuk inverse FVG.
Bagaimana untuk berdagang berdasarkan setup FVG ini?
Apabila FVG dikenalpasti, maka sebagai pedagang anda akan menjangkakan gap tersebut akan dipenuhi(retest) di masa akan datang. Seterusnya anda kenalpasti entry dan ikutilah arah pasaran yang telah terbentuk.
Kita telah bincangkan mengenai karakter setup FVG ini dan kini kita akan pergi kepada strategi untuk berdagang berdasarkan setup FVG ini.
1. Kenalpasti trend
Memahami bias atau sentiment pasar akan membantu anda menggunakan kaedah ini dengan lebih baik. Setup yang dihasilkan adalah trend following semata-mata kecuali setup itu gagal sahaja.
Anda boleh rujuk TF seperti Weekly, Daily dan 4H untuk dapatkan setup terbaik.
2. Menentukan Entry dan Exit point.
Entry boleh ditentukan secara melihat apakah reaksi candle pada kawasan gap. Ini sudah dijelaskan pada perenggan sebelum ini. Cara entry boleh dibuat berdasarkan reaksi candlestick pada kawasan gap tersebut secara tepatnya di shadow high/low candle pertama dan ketiga.
Exit pula dibuat pada SNR terdekat.
Akhir kata
FVG adalah kaedah paling ringkas dan mudah difahami. Ia juga adalah konsep perdagangan yang mengikuti arah pasaran. Jika dibandingkan dengan chart pattern lain, FVG lebih ringkas dan mudah difahami kerana ia hanya melibatkan stuktur 3 candlestick dengan syarat candle pertama dan ketiga mempunyai gap antara shadow high dan low. Shadow ini seterusnya menjadi panduan entry di masa akan datang.
Terdapat lebih banyak lagi topik menarik dalam ICT ini seperti liquidity sweep dan inducement, break of structure dan lain-lain, dan insyaAllah akan saya kupas dikesempatan akan datang. Namun apa yang menjadi motivasi kepada saya untuk berkongsi lebih banyak lagi ilmu menarik adalah kerana sokongan anda untuk bernaung di dalam network saya di XM dan HFM. Anda yang ingin terus menyokong saya bolehlah mendaftarkan akaun anda melalui pautan ini dan ini.
Sekian terima kasih!
ADMIN
09/07/24
Credit: tradingview, howtotrade.com