FOKUS UTAMA DALAM BULAN APRIL
Bulan march sudah pun melabuhkan tirainya. NFP awal bulan ini sudah pun diketahui datanya. Berberapa pair menjadi fokus utama untuk bulan ini berdasarkan data terakhir bulan lepas dan berikut analisa teknikal untuk bulan april.
Kesemua fokus utama adalah major pair popular iaitu AUDUSD, GBPUSD, EURUSD, dan USDJPY. Untuk perhatian, ini bukanlah trade call tetapi adalah untuk perkongsian ilmu untuk pembelajaran semata-mata. Anda perlu rujuk kepada pakar yang bertauliah(berlesen) untuk nasihat perdagangan anda.
Kesemua analisis teknikal adalah berdasarkan top-down analysis. Analisa pair lain seperti EURAUD, XAUUSD(emas), GBPJPY dan EURJPY, sila ikuti dalam group berbayar pullback dan group percuma.
Melalui telegram, anda akan mendapat mesej signal terus ke smartphone anda!
AUDUSD
Monthly Chart
AUDUSD masih kekal dalam reversal setup berdasarkan last month bearish dan juga candle rejection bulan sebelumnya(pin bar). Awal bulan ini kita dapat lihat ia dalam keadaan bullish sebagai petanda trend dalam retracement ataupun correction sebelum ia sambung semula penurunan.
Weekly Chart
Pada Weekly chart kita dapat lihat last week candle rejected atas 0.7561 namun masih di bawah EMA 8 tetapi di atas EMA 21. Ini adalah petanda bahawa market dalam sideways dan perlu untuk berada jelas di atas EMA 8 untuk uptrend dan juga di bawah EMA 21 untuk downtrend. Di sebabkan candle terakhir adalah pin bar dan close di atas Major support, oleh itu plan sepatutnya adalah buy kecuali price break dan pullback di bawah 0.7561
Daily Chart
Pada daily chart sedikit sebanyak memberikan gambaran lebih jelas mengenai arah pair ini. Pada Weekly, ia memberikan hint buy tetapi pada Monthly pula ia beri hint sell, jadi mana satukah yang tepat? Ok berikut penjelasan saya. Pada timeframe daily ini perhatikan kedudukan price dan lihat kedudukannya terhadap SNR dan juga EMA 8,21. Apa yang kita boleh lihat adalah ia dalam downtrend kerana berada di bawah resistance termasuklah EMA sekali.
Trading plan
Oleh yang demikian kita akan melihat peluang sell di kawasan-kawasan key resistance jika terbentuk rejection pada minggu ini. Untuk tujuan ini kita perlu menunggu price naik membuat retest terlebih dahulu kemudian barulah membuat selling jika ia rejected.
Akan tetapi, jika kita lihat price gagal break 0.7561, maka kemungkinan tinggi ia menjadi buy setup adalah tinggi terutamanya jika terbentuknya rejection di area ini dan seterusnya price break resistance 0.7639 yang sepatutnya menjadi panduan selling. Jika ini berlaku, fokus buy sahaja untuk jangka pendek.
Key resistance untuk selling(long term) untuk sepanjang bulan ini adalah;
1 – 0.7639
2 – 0.7675
3 – 0.7700
Break key resistance ini bermakna trend lebih kepada uptrend.
GBPUSD
Monthly Chart
Berdasarkan candle monthly terakhir, kita dapat lihat bulan lepas closed sebagai engulfing kerana ditutup bearish dan melebihi 50% candle bullish sebelumnya. Berdasarkan dua candle ini plan sepatutnya adalah sell kerana candle bullish adalah closed di bawah 1.4188 sebagai tanda rejection. Ini dikukuhkan lagi dengan bulan lepas closed sebagai bearish. Akan tetapi price semasa adalah di atas uptrend-line. Ini memungkinan price kembali uptrend semula.
Weekly Chart
Pada Weekly, minggu lepas telah closed sebagai bullish pin bar mengikuti candle pin bar terdahulu walaupun body candle adalah bearish. 2X rejection ini pula berlaku dan terbentuk secara confluence di atas RBS 1.3684 dan juga uptrend-line. Secara Weekly dan Monthly, pair ini adalah dalam uptrend.
Daily Chart
Pada Daily chart kita dapat lihat price berada di atas 1.3793/1.38000. Berdasarkan kedudukan price di EMA, ia berada di EMA21 dan di atas EMA8. Ini adalah petanda ada kemungkinan ia akan naik jika ia retest dan reject atas 1.3793 dan juga break atas 1.3863.
Trading plan
Buy gbpusd jika rejected atas 1.3793 dan juga atas 1.3863 jika break dan pullback berlaku. Confirmation uptrend juga adalah jika EMA 8 bersilang dan EMA 21 di Daily chart. Trend di kira berubah arah jika break bawah 1.3733 dan 1.3680. Stoploss area 1.3750. Target profit adalah 1.3900. Close manual adalah perlu jika H4 terbentuk signal sell berdasarkan candlestick pattern.
EURUSD
Monthly Chart
Pada monthly chart, eurusd break downtendline, kemudian pullback berlaku, hit major SBR 1.2321. Price drop dan break 1.1934 dan berada di atas major support 1.1719 dan EMA 21. Trendline ini sudah terbentuk sejak 2008, petanda ia adalah strong downtrend. Breaking trendline ini adalah petanda trend berubah kepada uptrend dan juga kemungkinan sideways jika tidak terbentuknya uptrend structure.
Weekly Chart
Pada timeframe Weekly kelihatan candle hammer terbentuk di atas 1.17000/1.1719. Untuk uptrend, ia perlu break atas candle hammer. Ini boleh dipantau pada timeframe Daily dan dijelaskan di bawah;
Daily Chart
Untuk buy low, kita perlu perhatikan jika rejected terbentuk atas 1.1715. Plan buy juga akan valid jika candle Daily closed bullish di area 1.1750. Long term buy adalah jika price break dan pullback atas 1.18000 dan 1.1844 dengan EMA 8 dan 21 bersilang.
Trading plan
Buy jika candle daily closed bullish di 1.1750, target pertama adalah di 1.1844 dan target kedua adalah di 1.1900. Stoploss area adalah di 1.1710. Close manually adalah perlu jika signal reversal terbentuk.
USDJPY
Monthly Chart
USDJPY last month telah ‘clear breakout’ downtrendline yang terbentuk dari 2015 dengan satu candle bullish. Close di luar trendline – oleh itu bulan ini kita melihat kemungkinan uptrend yang lebih lanjut namun perlu diingat, sebelum kenaikan, pasti ada penurunan ataupun correction berlaku dahulu. Oleh itu jika akan melihat di Weekly dahulu.
Terbentuk supply demand zone atau secara tepatnya demand zone di 109.000 area yang ditandakan dengan kotak biru. Menandakan buy akan dibuat jika rejected atas zone ini. Buat masa ini price stop di bawah resistance 110.77, jadi possible sell itu ada kemungkinan akan berlaku.
Daily Chart
Terdapat formasi mother candle dan inside bar terbentuk di bawa resistance 110.77, ini mengukuhkan lagi peluang sell mungkin akan terbentuk dalam masa terdekat dengan syarat price tidak boleh break atas 110.77 ini.
Trading plan
Untuk long term, plan masih buy tetapi kita perlulah menunggu price retest dahulu area SND 109.00 seperti dalam gambar. Stoploss adalah di 108.50 dengan target 110.00, 111.00 dan 112.00. Close manual adalah perlu jika reversal terbentuk.
Short term adalah selling degan area 109.10 sebagai target dan 110.80 sebagai stoploss.
ADMIN
05/04/21