FOKUS UTAMA DALAM BULAN JUN
Fokus utama dalam bulan ini adalah pair GBPUSD. Pair ni berada di puncak resistance atau historical high. Kini ia bergerak sideways. Memberikan hint seakan nak reversal. Apa-apa pun masih perlu confirmation lagi.
Bulan ni agak terlewat sikit nak update sebab masih menunggu dan melihat reaksi pair ini dalam masa 1-2 minggu bulan ini sebelum membuat keputusan untuk menentukan plan jangka panjang pair ini untuk bulan ini dan bulan hadapan.
Mengurangkan pair akan menambahkan potensi profit melalui pengurusan trade yang lebih tersusun serta kemas. Jika anda trade pair yang banyak bermakna risiko juga akan meningkat. Oleh itu saya memilih untuk mengawal risk dengan memfokuskan 1 pair ini sebagai pair utama bulan ini.
Post terdahulu : Klik Sini
Berikut analisa top-down untuk GBPUSD.
GBPUSD MONTHLY
Pada timeframe monthly, kita dapat lihat bulan lepas pair ini agak kuat menaik/uptrend dan telah break high 2 bulan lepas dalam tahun ini. Akan tetapi ia berhenti naik selepas sampai ke high tahun ini. Bermakna masih belum ada kekuatan untuk membuat new high lagi.
GBPUSD WEEKLY
Pada timeframe Weekly pula kelihatan 2 minggu selepas hit high tahun ini berlaku sedikit retracement ataupun pullback. Minggu lepas sudah pun closed sebagai bearish. Di bawah candle semasa pula terdapat level psikologi 1.40000. Ia kini bertindak sebagai strong support yang kemungkinan akan diuji pada bulan ini sebelum ia meneruskan uptrend berdasarkan bulan lepas.
Ia mungkin akan ambil sedikit masa namun agak berbaloi untuk diberi fokus kerana potensi yang bakal diterima jika timeframe weekly memberikan hint pergerakan. Ia mampu bergerak hingga ratusan pips dalam seminggu.
GBPUSD Daily(D1)
Pada timframe daily ini nampak jelas pair ini agak sideways dan belum pun breakout lagi. Terakhir pada jumaat lepas pun sekadar closed bearish namun masih di atas major support dan masih di dalam range bound ini.
Trading plan
Untuk trading plan, saya menjangkakan trend masih menurun buat masa ini. 1.4000 adalah target utama untuk buy jika rejected. Timeframe D1 akan berikan hint awal dan diikuti Weekly.
H4 dan H1 agak high risk untuk entry awal namun ia masih boleh dijadikan panduan entry jika anda mengambil risk.
Short term plan:
Sell GBPUSD, TP 1.4000. SL 40 pips dari candle signal
Long term plan:
Buy GBPUSD jika rejected atas 1.4000. TP 1.42500. SL 50 pips dari candle signal entry.
Invalid long term jika..
Break dan kekal di bawah 1.4000 level.
Ikuti update pair ini dalam group premium pullback dan group public pullback.
ADMIN
17/06/21