GOLD RETEST LAGI 1700.00 | APA SETERUSNYA
Ok, data Core CPI di keluarkan dan kesannya USD menguat dan major pair lain melemah. EUR, GBP, AUD melemah. Gold juga melemah di mana XAUUSD jatuh semula ke paras 1700.00.
Sekali lagi level support major ini diuji. Beberapa kali ‘ketuk’ area ini boleh jadi ia akan tembus akhirnya.
Ini bermakna ia berpotensi ditembusi dan trend akan menjadi downtrend.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
4H chart
Pada H4 kelihatan candle bearish selama 4 jam dan diikuti candle 4 jam berikutnya yang retest dan rejected atas 1700.00.
Rejection ini berlaku akibat profit taking seller yang berakhir di kawasan ini.
Jika tiada momentum selling, maka ia akan naik. Akan tetapi H4 perlulah close bullish dahulu maka jika anda ingin membuat buy bolehlah ikuti arah candle bullish ini. Area-area support sebelum ini kini menjadi resistance yang memungkinkan menjadi panduan entry sell sekiranya sentimen selling masih berterusan.
Kita lihat H1 pula.
1H Chart
Berdasarkan fibonacci retracement, 3 level utama yang akan menjadi perhatian kita adalah di golden ratio 38.2, 50.0 dan 61.8. Dalam masa yang sama juga area SNR price.
Area fibo paling confluence nampaknya 50.0% dan juga key resistance 1712.941. Dua level price ini paling dekat dan merupakan kawasan paling berpotensi untuk menjadi selling jika rejection berlaku.
Petanda perubahan trend buy kepada sell adalah gagal jika…
Retest ini akan dikira gagal jika price break kesemua level fibo dan kembali close di atas 100.0% fibo. Situasi ini akan sedikit mencabar namun untuk memudahkan anda, saya sangat galakkan untuk menjadi pemerhati sahaja berbanding asyik mencari entry sahaja.
Jika mahu entry juga bagaimana?
Retest di 1700.00 ini boleh jadi peluang terbaik untuk buy low, tetapi perlu ingat, stoploss wajib anda adalah di bawah paras ini kerana jika ditembusi, anda boleh cutloss lebih awal. Jika anda mahu mengambil peluang ini juga, ini bermakna anda sedang risk taking.
Anda boleh hold buy anda hinggalah price break 100.0% fibo. Anda juga boleh exit manually di salah satu dari 3 golden ratio fibo jika rejection berlaku.
Petanda trend selling berjaya
Paling utama adalah jika break 1700.00. Untuk sell high pula adalah terbaik jika rejection berlaku di salah-satu dari 3 golden ratio.
Breaking 1700.00 adalah petanda kuat untuk selling lagi dan USDJPY akan naik tinggi semula memandangkan di TF D1 sudah terbentuk morning star dan dalam masa yang sama juga USDJPY dalam long term uptrend.
USDJPY D1
XAUUSD(GOLD) D1
Akhir kata
Trading agak mencabar pada bulan ini. USD yang mengukuh akan menyebabkan major pair dan gold akan turun lagi memandangkan memang trend asal adalah downtrend. Nampaknya ia akan turun lagilah jawabnya.
Ikuti perkembangan semasa di telegram kami >> https://t.me/pullbackforextrading
ADMIN
14/09/22
Credit: wojak universe, google images