MENENTUKAN KEDUDUKAN SL MELALUI TRENDLINE BREAKOUT
Trendline merupakan tools mudah ringkas namun sangat efektif bukan sahaja untuk kenalpasti trend bahkan juga entry dan exit. Umumnya TL digunakan untuk kenalpasti trend dan juga breakout.
Untuk artikel kali ini saya kongsikan bagaimana untuk meletakkan kedudukan SL anda berdasarkan trendline breakout.
Sebelum lanjutkan, silakan subscribe channel kami untuk signal entry dan juga update-update menarik dari kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Trendline breakout
Trendline memerlukan cara sambungan antara resistance tinggi dengan resistance rendah untuk downtrend dan juga support terendah dengan support tertinggi untuk uptrend.
Apabila candle bergerak berlawanan arah dan ‘memotong’ trendline tersebut, maka trend dikira berubah arah. Trendline baru perlu dilukis untuk trend baharu tersebut.
Mengenal-pasti trend adalah asas paling utama sebab melalui cara ini kita boleh memasuki trend lebih awal jika perubahan itu dapat dikesan pada fasa permulaannya.
Memasuki trend di awal permulaannya terbentuk memberikan risiko kerugian minima atau minimum risk. Forex trading merupakan perniagaan yang sangat berisiko tinggi, oleh itu meminimakan risiko adalah keutamaan bagi seseorang pedagang itu.
Menghadkan kerugian dalam perdagangan dikenali sebagai stoploss. Dalam perdagangan, menentukan kedudukan stoploss ini sama pentingnya dengan mencari kedudukan entry dan exit/TP anda.
Menentukan Kedudukan Stoploss
Kedudukan Stoploss atau SL ini adalah di last swing low untuk entry buy atau last swing high untuk sell setup.
Last swing high dan low adalah yang terdekat sahaja. Untuk stoploss ini disarankan untuk meletakkan jarak 2 atau 5 pips dari shadow candle swing high/low.
Menentukan Kedudukan Stoploss dan TP
Kedudukan stoploss ini banyak berkait dengan fakta support dan resistance. Fakta ringkas SNR adalah seperti berikut;
- Break support bermakna trend mungkin berubah, candle akan mencari support berikutnya.
- Break resistance bermakna trend mungkin berubah dan candle akan mencari resistance berikutnya.
- Sesuatu SNR yang ditembusi, ia akan bertukar fungsi kerana trend yang berubah.
Entry dan Exit 100% menggunakan trendline
Untuk cara ini kita hanya berpandukan kepada trendline break untuk permulaan trend dan trendline break untuk penghujung trend.
Entry pada permulaan trend dan exit pada permulaan trend lain pulak.
Lihat gambar di atas, pengakhiran downtrend adalah permulaan uptrend. Melalui kaedah ini juga anda boleh jana pips yang banyak dengan risk yang sedikit.
Di atas adalah contoh sell trade selepas break UTL. Dengan risk sebanyak -51 pips, trade sell ini ditutup pada +150 pips profit.
Apa yang anda perlu tunggu adalah, TL break sahaja!
Bolehkah Saya Entry Buy dan Sell berdasarkan TL break ini?
Jawapannya boleh. Namun dalam waktu tertentu terutama trend sideways, entry buy dan sell ini mungkin akan merugikan anda. Oleh itu dengan memilih satu direction sahaja ia boleh memberikan kelebihan(advantage) ketika market tak menentu.
Di artikel ini saya jelaskan bagaimana dan kenapa:
- https://pullbackforextrading.com/kelebihan-dan-kekurangan-teknik-satu-arah/
- https://pullbackforextrading.com/bagaimana-untuk-trade-satu-arah-sahaja-untuk-seminggu-dan-apa-kelebihannya-untuk-anda/
Akhir kata
Trading menggunakan trendline adalah mudah dalam mencari entry dan exit. Bukan itu sahaja ia boleh membantu pedagang mendapatkan kedudukan tepat stoploss bagi menghadkan kerugian.
Kaedah exit pula membantu pedagang mendapatkan potensi profit yang lumayan dan tepat.
Jika anda berminat dengan content ini jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan anda di media sosial anda. Usaha anda itu menjadi motivasi buat saya untuk berkongsi lebih banyak lagi ilmu-ilmu menarik di masa akan datang.
Terima kasih!
Credit photo: tradingview