MENGENAL-PASTI SWING SETUP MELALUI MOVING AVERAGE
Moving Average adalah salah satu indikator yang paling popular untuk mengenal-pasti trend jangka panjang dan pendek.
Bagaimana moving average boleh dijadikan panduan short dan long term trend.
Adalah penting untuk mengetahui samada kita berada dilaluan yang betul ataupun salah agar kita boleh simpan sesuatu posisi untung dalam jangka masa lama ataupun berada dalam market untuk tempoh lama bagi pulangan profit maksima atau keluar dari market(stay out) kerana berada pada trend yang salah.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Ramai dikalangan trader terutamanya trader-trader baru tidak mengambil serius akan hal ini dan sebab itulah kita dapat lihat sesetengah trader itu menyimpan sesuatu posisi trade rugi dalam jangka masa lama dengan harapan ia akan kembali ke trend asal. Itu pun jika ia kembalilah.. jika tidak bagaimana?…
ada sesetengah trader yang memang profit menggunakan cara ini(simpan loss lama-lama hinggalah ia profit semula). Tetapi berapa ramai yang berjaya macam tu. Kemudian apabila profit pula, mulalah exit pada 5 – 10 pips.. -Merisikokan sesuatu yang besar untuk pulangan kecil.. umpama nelayan yang beli kelengkapan bot yang mahal hanya untuk pulangan ikan kecil yang dijual hanya dapat untung yang kecil.
Oklah, mari kita mulakan. Berikut saya senaraikan MA long term dan short term..
Moving Average untuk long term
Moving average 100 dan 200
Moving average untuk short term
Moving average 10,20,30 dan 50
Terdapat banyak lagi moving average namun yang saya nyatakan sini adalah yang paling popular digunakan oleh trader.
Short term moving average
– Menghasilkan signal trading dalam masa kurang sehari dan juga dalam tempoh jam-jam tertentu.
– Signal adalah berdasarkan perubahan trend dalam masa singkat.
Long term moving average
– Signal trade dalam tempoh yang lama kerana perubahan price juga dalam tempoh lama.
NOTE.
Anda boleh gunakan Exponential ataupun Simple moving average untuk kaedah ini.
Di bawah ini saya bagi contoh SIMPLE MOVING AVERAGE.
EMA200, TF 4H
Menggunakan MA200, kita dapat lihat bahawa trend bagi pair GBPJPY uptrend selama 6 minggu. Oleh yang demikian kita boleh memfokuskan entry buy sahaja untuk trend tersebut. Namun ia berbeza jika kita gunakan MA jangka pendek.
Menggunakan MA20 kita dapat lihat lebih banyak signal perubahan trend dalam jangka pendek berbanding MA jangka panjang 200.
Apabila digabungkan kedua-dua MA ini maka dapatlah kita tafsirkan trend jangka pendek dan jangka panjang sesuatu trend. Tak kurang juga kita dapat lihat secara jelas bilakah perubahan sesuatu trend itu untuk jangka masa lebih panjang.
Berdasarkan gambar anda pasti boleh faham kenapa sesetangah trader itu boleh kebetulan bernasib baik simpan posisi loss hingga profit dan bagaimana seseorang trader itu menyimpan posisi loss hingga mc kerana trend tidak berubah ke arah yang diharapkan.
Biasanya MC dipertengahan jalan sebelum price gerak lebih jauh.. Anda mahukah trade anda jadi begini?
Kesimpulan..
Trend jangka panjang bermaksud sesuatu pergerakan trend itu dalam jangka masa panjang. Maksudnya jika kita berada dalam keadaan long term sesuatu trend, kita boleh simpan sesuatu posisi profit itu untuk tempoh lebih lama. Trend jangka pendek pula mewakili correction trend dalam masa singkat di mana ia akan berubah dan apabila kita berada dalam trend ini namun price telah berubah trend ke arah jangka panjang, maka kita tahu kita sedang dalam kesilapan dan tindakan cutloss atau menutup posisi adalah wajar dilakukan untuk mengawal kerugian tersebut.
Diharap melalui perkongsian ini, ia dapatlah menambah ilmu anda selain dapat meningkatkan kualiti trading anda.
Jangan lupa kongsikan bersama rakan!
-admin-