Price Action and Market Structure Study | part 2
Untuk artikel kali ini saya akan menerangkan mengenai bagaimana untuk mencari entry dengan melihat clue berdasarkan price action di lower timeframe seperti M5 atau M15.
Signal atau trade setup adalah berdasarkan H4 ataupun D1.
KAJIAN KES – EURJPY
EURJPY bergerak dalam uptrend dan membuat deep retracement. Berdasarkan fibonacci retracement dan candle rejection dragon fly doji di atas 78.6 fibo, kemudian price pun bergerak naik semula.
Entry sharp boleh dibuat atau dicari pada lower timeframe iaitu apabila price membentuk minor snr. Kaedah entry ini memberikan potensi stoploss kecil dan potensi reward lebih besar.
Dua cara entry di M15
Anda boleh entry apabila price membuat support dan retest semula di support tersebut atau, ia bounce, breakout dan retest semula.
New support dan retest
Apabila price membuat new support kemudian ia retest semula ke area itu, ia boleh jadi petanda yang price ini mungkin tidak akan retest lagi area shadow. Testing area shadow atau sesuatu last low atau last high terdekat adalah keadaan di mana stoploss hunting mungkin akan berlaku. Lihat contoh di bawah;
Apabila berlaku new support kemudian ia diuji lagi semula dan rejected, ini adalah potensi untuk entry buy dan dalam masa yang sama ia mungkin tidak akan uji semula low terdekat untuk SL hunting.
Semakin banyak retest dan reject, maka semakin kuatlah level tersebut.
Berdasarkan gambar di atas, terdapat 6x retest pada support baru 161.48 selepas ia terbentuk, ini bermakna anda boleh menjadi ia sebagai potensi entry anda. Reentry pula adalah apabila price keluar dari zon ini dan membentuk lagi retest berikutnya.
Jika anda terlepas peluang entry pertama, retest selepas breakout adalah peluang entry anda. Akan tetapi elakkan entry jika price sudah bergerak jauh kerana stoploss anda juga menjadi lebih besar.
Entry
Entry adalah buy dan stoploss mestilah di bawah paras support baru(new support) yang dibincangkan tadi.
Berdasarkan kira-kira, stoploss max adalah 30 pips dan TP adalah 180 pips. Ia bersamaan 1:6 ratio.
Saya sempat mendapatkan dua setup ini pada permulaan ia terbentuk.
Pattern yang sama juga berlaku di pair GBPJPY, oleh itu entry juga adalah buy.
Logik disebalik kaedah entry
Retest dan reject berulang boleh jadi petanda sesuatu SNR itu kukuh. Jika ia tidak kukuh maka ia akan ditembusi(breakout) dan snr berikutnya pula akan diuji.
Dalam kes ini, jika break, maka lowest point akan diuji. SL akan dicari dan trade akan stopout sebelum plan asal menjadi. Namun dalam keadaan lain, boleh jadi ia adalah petanda trend berubah arah. Oleh itu jangan sesekali menyimpan posisi loss anda dan menaruh harapan yang tidak jelas.
Kita hanya mengambil logik kekukuhan sesuatu snr sahaja untuk memasuki pasaran dan bukannya entry sebab candle pattern terbentuk.
Kesimpulan
Kesimpulan yang kita boleh buat melalui artikel kali ini adalah;
- Trade setup di H4 untuk panduan memasuki entry. Ia berdasarkan candle pattern dan level fibonacci.
- SL hunting berlaku dalam pasaran melalui retest semula low atau high signal namun ada kemungkinan ia tidak akan berlaku jika terdapatnya new snr dan retest.
- New SNR terbentuk kemudian berberapa kali retest terhadapnya akan menjadi potensi entry.
Sekian dahulu untuk artikel kali ini, jumpa lagi pada artikel berikutnya. Teruskan menyokong saya dengan mendaftar live akaun melalui banner yang dipaparkan. Setiap trade yang anda buat akan mendapat pulangan rebate khas dari saya sebanyak 30% ataupun 40%.
Saya juga memberikan rebate sehingga 50% jika anda berdagang dengan modal USD1,000 ke atas. Anda hanya perlu hubungi saya di telegram untuk dapatkan rebate itu.
ADMIN
07/01/25