APA YANG ANDA TAHU SELAMA INI ADALAH SALAH | RAHSIA DISEBALIK ENTRY MARTINGALE
Hai pembaca budiman sekalian.. Sebelum ini saya ada kongsikan mengenai strategy entry martingale. Teknik entry ini menggunakan pendekatan risk management yang saya percaya bertentangan dengan sesetengah pengamal risk management professional trader di mana risk sangat besar jika dibandingkan dengan reward.
Straight to the point saya ingin katakan, siapa nak risk-kan 100 pips loss hanya untuk 20 pips? Hahaha… Tetapi walaupun macam tu, janganlah kita judge ia berdasarkan rupa luarannya kerana walaupun demikian, pengguna kaedah ini memang agak ramai suatu masa dahulu. Maksudnya, walaupun rupanya sedemikian, tapi ia masih diamalkan. Kenapa ya? Jawapannya sudah tentu, kerana ia adalah sangat profitable.
Secara umumnya memanglah risk sangat besar namun sebelum judge ia sebagai teknik ‘sampah’ adalah penting untuk fahamkan dahulu elemen-elemen penting kaedah ini kerana jika anda berpendapat anda perlu masuk market ini pada bila-bila masa anda mahu anda sudah terdahulu silap.
Okeylah, saya akan senaraikan berberapa elemen penting teknik ini dan kenapa risk sehingga 100 pips tersebut? Paling penting bilakah entry akan dibuat? Namun sebelum itu, silakan join telegram pullback untuk dapatkan entry seperti ini lebih awal berbanding orang lain.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Matlamat utama teknik ini
Kaedah entry ini bukanlah teknik analisa untuk dapatkan arah pasaran. Sebab tu saya katakan tadi jangan judge ia melulu sebelum mengetahuinya lebih lanjut. Ini kerana teknik entry ini bukanlah kaedah untuk tentukan arah sebaliknya ia adalah strategi money management(teknik mm) untuk memasuki pasaran.
Teknik MM ini digunakan untuk trend retracement dan juga pullback(continuation trend).
Retracement
Ia adalah situasi di mana pasaran berpatah balik atau membuat correction. Entry akan dibuat berlawanan arah pasaran. Jika uptrend, kita akan sell kerana trend pasaran yang sedang berpatah balik.
Pullback
Trend melakukan pullback untuk continuation trend. Waktu ini entry dibuat berdasarkan trend semasa pasaran pada waktu itu.
Entry dan Reentry
Entry dan Reentry akan dibuat melawan arah tersebut. Terdapat jarak tertentu sebelum reentry dibuat. Ramai trader menyangka bahawa entry layer akan dibuat di satu tempat. Kaedah ini adalah salah sama sekali kerana entry bukan dibuat di satu kawasan sama sahaja.
Jarak entry dan reentry sekitar 20 pips, 30 pips bahkan ada juga mencecah 50 pips antara entry pertama dan kedua dan seterusnya.
Kesemua entry akan ditutup samada apabila dari entry terakhir menjejak semula ke entry pertama atau sekadar overall profit(untung atasi kerugian) di mana mungkin entry pertama atau kedua akan loss tetapi entry terakhir adalah profitable.
Cara menjadikan entry profitable
Lot pertama dan kedua serta seterusnya akan berganda. Dengan cara ini ia akan menjadikan entry profitable sebelum menjejak entry pertama.
Sila ke post ini untuk maklumat lanjut entry/reentry dan stoploss/TP menggunakan teknik Minachi yang diperkenalkan oleh group MOCFX >> https://pullbackforextrading.com/teknik-entry-layer-minachi/
Note: Contoh kaedah kenalpasti entry juga diterangkan dalam artikel di atas.
Stoploss dan Target profit
Walaupun dalam artikel(link di atas) saya jelaskan setiap entry mempunyai SL 100 pips namun sebenarnya SL juga boleh ditetapkan pada SL entry pertama.
Akan tetapi jika reentry dibuat pada jarak 20 pips, maka entry anda terhad untuk 4 entry sahaja kerana entry ke-4 akan mempunyai SL 20 pips dari SL entry pertama.
Kedudukan SL adalah 100 pips dari entry pertama, kesemua entry seterusnya akan mempunyai stoploss mengikut entry pertama.
Jika anda merancang untuk entry lebih dari 4, maka SL mestilah lebih besar dari 100 pips. Disarankan maksima adalah 150 pips sahaja. Jika anda merancang SL 150 pips, memadailah anda membuka 3 entry di mana jarak adalah 30 pips untuk setiap entry dan reentry.
Stoploss 100 pips
Kenapa stoploss sehingga 100 pips kemudian TP pula hanya sekadar 20 atau 30 pips malah dalam keadaan tertentu sekadar 10 pips. Dari segi ratio, ia sangatlah berisiko tinggi kerana saya percaya pasti ada dikalangan pembaca yang akan membayangkan bagaimana jika setiap entry 100 pips hanya untuk 20 pips, sekiranya ada win 5 trade sahaja kemudian trade ke-6 loss, maka hilanglah semua profit itu tadi.
Itu betul tetapi sebelum itu fahamkan dahulu kenapa angka ‘100 pips’ itu di situ terlebih dahulu.
100 pips ini adalah mewakili range sesuatu trend itu sebelum ia dikira sebagai trend yang berubah dan seterusnya plan asal gagal. Ini bermakna jika trend bergerak melebihi 100 pips ini, ia akan terus bergerak lagi dan sesuatu SNR yang ditembusi tidak akan menjadi SBR atau RBS pada waktu itu. Akan tetapi perlu diingat, entry akan ditentukan dahulu sebelum SL ini ditetapkan. Selepas entry tersebut barulah kita menentukan setup gagal jika ia terus naik atau turun lagi. Had kerugian adalah 100 pips.
Jika hit stoploss ini bermakna trend sedang rally dan tidak akan membentuk retracement.
Note: chart di bawah adalah menggunakan MT4 dari XM. Sila download di sini >> DOWNLOAD
Saya yakin ramai trader sudah memahami konsep SNR dalam trading. Jika anda masih baru atau belum faham, bolehlah ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/memahami-fakta-snr-ini-akan-bantu-anda-entry-lebih-baik/
Jangkaan trend berpatah balik
Terdapat dua faktor;
- New high atau new low terbentuk atau berlaku
- Trend continuation selepas menjejak RBS atau SBR yang terbentuk selepas new high/new low terbentuk ketika itu
Range untuk dua pergerakan di atas ini antara 100 ke 150 pips. Pastikan untuk pair yang bukan high range seperti XAUUSD, GBPJPY, GBPAUD dan lain-lain.
Pair yang mempunyai range kecil dan sederhana dan sesuai untuk kaedah ini adalah seperti EURUSD, GBPUSD, USDJPY dan USDCAD.
Entry martingale dibuat apabila trend membentuk new low(gambar). Entry buy dibuat dan jika ia turun lagi, reentry akan dibuat lagi.
Kesemua trade akan profit apabila mencapai target untuk TP entry pertama.
Penjelasan ini tidak lengkap jika ia tak disertakan dengan contoh setup. Berikut penjelasannya.
TIPS ENTRY
Berikut saya sediakan contoh entry untuk memudahkan pemahaman anda. Entry ini terbahagi kepada dua iaitu retracement dan pullback.
Entry Retracement
New low terbentuk. Berdasarkan sifat pasaran ini, ia akan membuat retracement semula ke area breakout. Oleh itu support yang ditembusi akan menjadi resistance(SBR). Entry buy akan dibuat untuk situasi ini dan reentry akan dibuat setiap kali ia turun lagi 20 pips. SL adalah berdasarkan dari SL entry pertama.
Adalah menjadi fakta atau sifat pasaran ini untuk berpatah balik apabila new high atau low terbentuk dan sebab itulah RBS atau SBR wujud. Ini kerana sesuatu SNR yang ditembusi itu akan berlaku correction atau retracement menjejak semula kawasan SNR itu.
Retracement ini akan mengukuhkan lagi perubahan arah trend selepas new high/low terbentuk apabila kemasukan seller/buyer di area tersebut. Seperti dalam gambar, apabila new low terbentuk, price menjejak semula SBR yang ditembusi sebelum ia pullback meneruskan perubahan arah tersebut.
Semasa proses retracement ini, entry boleh dibuat.
Entry Pullback
Di atas adalah contoh entry pullback untuk continuation trend. Selain TP 20 pips, sebenarnya anda boleh setkan TP lebih besar kerana trade mengikuti trend adalah sebaik-baik trading. Anda boleh setkan sehingga 50 pips untuk entry pertama dan reentry lain juga di TP yang sama ini.
Kaedah ini digunakan kerana adakalanya selepas new high atau low berlaku diikuti retracement, adakalanya retracement ini sedikit terlebih atau terlajak melebihi area SBR atau RBS pada waktu tersebut.
Lihat contoh di atas, selepas break resistance yang menjadi support(RBS), pergerakan sedikit jatuh ke bawah sebelum ia pullback naik. Retracement berlaku sehingga ke 78.6 fibonacci retracement.
Jika anda trade mengikut trend dan berada dalam situasi ini, reentry bolehlah di buat mengikuti arah tersebut.
Kesimpulan
Saya ringkaskan keseluruhan topik untuk artikel kali ini kepada poin-poin berikut;
- Entry martingale/minachi di buat untuk memanfaarkan situasi retracement dan pullback.
- Entry ini bukanlah layer di satu kawasan sebaliknya melibatkan entry berjarak dengan satu kedudukan TP dan SL berdasarkan entry pertama.
- Had kerugian ditetapkan adalah 100 pips kerana ini adalah angaran range sesuatu pair untuk ia retrace atau pullback dan sesuatu setup dikira gagal jika ia meneruskan pergerakannya selepas entry dikenalpasti.
- Kaedah minachi digunakan untuk memanfaatkan pergerakan retracement yang melebihi SBR/RBS untuk setup pullback.
*note: teknik minachi adalah teknik martingale yang diperkenalkan oleh MOCFX
Untuk perhatian, setiap entry adalah berisiko tinggi dan sebaiknya berlatih di akaun demo yang anda boleh buka di sini atau claim modal percuma tanpa risiko di sini.
Terima kasih!
ADMIN
26/05/23