REENTRY – MENAMBAH UNTUNG ATAU MENAMBAH RUGI? | FAHAMKAN DULU BARU BUAT
Terdapat banyak cara untuk Reentry trade anda. Reentry dalam trading boleh jadi satu kelebihan dan boleh jadi satu musibah. Ini kerana trading forex ini sendiri adalah berisiko tinggi oleh itu dalam setiap tindakan anda itu bermaksud anda terdedah dengan risiko. Trader yang asyik memfokuskan kepada reward dan mengabaikan tentang risk biasanya adalah antara yang kecundang awal. Ini belum lagi disentuh bab psikologi, mindset dan emosi.
Reentry dalam trading boleh menjadi kelebihan dan boleh juga menjadi kekurangan kepada anda. Oleh itu pada artikel kali ini kita akan mengupas mengenai strategi ini dan bagaimana impaknya terhadap perjalanan trading anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Apa itu Reentry?
Reentry bermaksud anda menambah posisi trade anda. Ia boleh dilaksanakan dalam tiga keadaan iaitu;
- Tambah entry ketika profit
- Tambah entry untuk mengambil risk
- Reentry jika hit stoploss
Dalam artikel ini saya akan mengupas mengenai point #1 dan point #2. Manakala point #3 pula saya tidak akan kupas lebih lanjut kerana cara reentry ini lebih kepada entry yang dibuat semula apabila berlaku stoploss hunting namun price kembali ke entry point asal.
Oleh itu reentry akan dibuat selagi plan asal masih valid. Okey mari lanjutkan kepada point #1 dan #2.
Menambah entry semasa profit
Ia bermaksud anda membuat compounding melalui entry anda. Dalam situasi ini market bergerak trending mengikut analisa dan plan anda lalu anda menambah entry semasa proses tersebut.
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah piramid.
Sebagai contoh market trending menaik(uptrend) untuk EURUSD kemudian anda membuka posisi buy pada 1.2200 dan kemudian apabila price naik lagi ke 1.2220 anda menambah lagi entry buy anda. Price naik melonjak ke 1.2250, dan sekali lagi anda menambah lagi posisi anda. Akhirnya anda menutup posisi tersebut apabila price mencapai 1.2300.
Daripada semua posisi trade ini anda menghasilkan profit sebanyak +230 pips dari 3 lot entry anda tadi.
Menambah entry semasa loss
Menambah entry semasa loss adalah tindakan martingale(lawan arah) untuk dapatkan entry price samada harga lebih tinggi untuk sell iaitu anda membuat selling lagi selagi harga menaik atau, harga lebih rendah untuk membeli ketika harga semakin menurun.
Contoh, anda ingin menjual GBPUSD berdasarkan analisa teknikal anda. Anda percaya bahawa price sudah overbought berdasarkan RSI anda dan bakal reversal tidak lama lagi.
BACA : DISKAUNKAN ENTRY ANDA UNTUK MAKSIMUM PROFIT
Dalam proses ini anda menambah posisi sell apabila price semakin menaik. Anda trade pair GBPUSD dan mula membuka entry sell pertama anda pada price 1.3100. Price naik lagi membuat harga mahal iaitu naik ke 1.3130. Anda menambah lagi posisi sell di sini. Price melonjak sekali lagi menyentuh harga resistance 1.3150 lalu membentuk divergence higher-high sementara indikator membentuk higher-low. Oleh itu anda menambah lagi posisi sell di 1.3150.
Akhirnya price jatuh ke 1.3000 dan anda menghasilkan profit +430 pips dari kesemua trade tersebut.
PRO dan CONTRA Teknik Reentry
Reentry boleh jadi kelebihan jika anda menggunakannya dengan betul. Tetapi ia juga boleh jadi kelemahan dan perosak kepada trading anda jika anda melakukanya secara salah.
Anda boleh menggandakan profit ketika market trending berbanding anda hanya membuka satu posisi sahaja.
Pro Reentry(kelebihan)
Teknik reentry pada market trending tidak perlukan strategi yang rumit. Anda hanya perlu fahamkan market correction ataupun market retracement, sambungkan fibonacci anda dan dapatkan entry berdasarkan confirmation candlestick pada SNR fibo tersebut.
Reentry pada market yang masih bergerak naik tinggi atau turun rendah dan anda membuat entry sell top dan buy bottom sesuai keadaan market tersebut, membolehkan anda mendapat harga setinggi mungkin untuk sell dan serendah mungkin untuk buy.
Cara ini agak popular bagi trader forex Malaysia dan sering dikenali sebagai teknik entry layer. Ia menjadi layer apabila entry dibuat agak banyak dan dibuat selagi berlaku pergerakan lawan arah. Ia dulu dipanggil sebagai teknik minachi.
Contra Reentry(kelemahan)
Tidak lengkap rasanya jika kita ayik fokuskan profitability tanpa membincangkan mengenai risiko kerugiannya. Oleh itu saya akan sertakan dalam artikel ini berberapa kelemahan teknik reentry ini agar melengkapkan pengetahuan anda di sini tanpa perlu melalui proses kerugian pada live trading anda kemudian anda sendiri terkejut dengannya. 🙂
Kelemahan Reentry piramid
Ia biasanya tidak berapa menjadi atau tidak berapa sukses jika anda trading pada penghujung trend. Ia hanya sangat sesuai pada permulaan trend. Jika anda tahu mengenai Elliott waves, saya gambarkan ia sebagai trade yang berjaya jika anda trade pada permulaan trend Wave 3 sahaja. Apabila sudah mula memasuki Wave 4 atau 5, anda akan berdepan dengan loss.
Anda pasti menyesal dibuatnya.
Kelemahan lain adalah, jika anda memasuki lot lebih besar selepas lot pertama ataupun entry kedua dan ketiga lebih banyak, ia akan menganggu margin anda dan seterusnya boleh menyebabkan margin call jika berlaku sedikit reversal. Entry pertama yang profit boleh menampung entry berikutnya kerana margin profit bertambah apabila floating profit berlaku namun jika anda tersilap masuk lot, akaun boleh saja MC jadinya.
Kelemahan Reentry Martingale
Reentry pada harga yang semakin menaik dengan membuat sell dan menambah sell lagi. Trading anda sedang dalam kerugian, dan akibatnya kerugian tersebut bertambah.
Untuk mudahkan pemahaman, anda mempunyai satu loss. Jika anda tambah entry, kini anda punyai dua loss. Jika anda tambah lagi lebih banyak lot, maksudnya anda kini punya lebih banyak loss.
Loss-loss ini akan memakan margin anda dan seterusnya akaun anda boleh margin call. Untuk trade cara ini, anda wajib punyai akaun yang bersaiz besar yang mampu menampung loss tersebut semasa floating hinggalah ia menjadi profit.
Trading divergence dan juga overbought/oversold boleh jadi cara mudah menghasilkan profit tapi jika market masih strong untuk naik tinggi atau turun rendah, overbought dan oversold ini akan menjadi mimpi ngeri anda yang sangat mengecewakan.
Kesimpulannya
Trading Reentry semasa profit dan loss mempunyai pro dan contra masing-masing. Ia boleh jadi kelebihan, ia juga boleh jadi kekurangan.
Trader yang mempunyai kawalan risiko dan money management yang baik biasanya boleh selamat dalam situasi-situasi yang mencabar dalam trading.
Personally bagi saya, Reentry ini biasanya saya akan buat selepas hit SL tetapi plan masih valid dan juga membuat reentry piramid jika dipermulaan trend.
Tetapi, apapun yang kita lakukan, kita wajib ingat risk kita. Semakin kita trading maka semakinlah kita terdedah risiko kerugian. Mengurangkan size lot dan tidak terlalu reentry akan membantu anda mengawal risk dan seterusnya menyelamatkan akaun anda dari kerugian besar.
Saya harap artikel ini akan membantu anda menambah-baik lagi skill trading anda dan seterusnya mencipta lebih banyak kejayaan dalam karier trading anda!
Bantu saya untuk bantu lebih ramai trader dengan mengongsikan artikel ini ke laman sosial anda. Dengan itu, sekian dari saya buat masa ini.
ADMIN
03/02/22
foto credit: fxtrending