RIBUAN KOMPUTER KERAJAAN UK DI’CEROBOH’ DAN DIJADIKAN ALAT MELOMBONG OLEH PENGGODAM
RIBUAN KOMPUTER KERAJAAN UK DI’CEROBOH’ DAN DIJADIKAN ALAT MELOMBONG OLEH PENGGODAM BITCOIN DAN MENJADIKAN KOMPUTER PELAWAT SEBAGAI MESIN MELOMBONG BITCOIN
HIGHLIGHT:
-
Laman web Pejabat Suruhanjaya Maklumat, Syarikat Pinjaman Pelajar dan Scottish NHS helpline dijangkiti virus
-
Kesannya, komputer pelawat dijadikan alat menjana wang kepada hacker
-
Penjenayah siber menanam virus yang dikenali sebagai ‘coinhive’ ke perisian laman web mangsa
-
Apabila pengguna menekan link pada website yang dijangkiti virus, virus tersebut akan dipindahkan ke laman web pelawat itu
12 Febuari 2018 – Penggodam hari ini telah mengambil-alih komputer kerajaan UK dan menjadikan laman web kerajaan tersebut sebagai mesin melombong dan mengumpulkan matawang crypto seperti Bitcoin. Terdahulu, sebuah laman tukaran matawang crypto Itali – Bitgrail – telah kerugian sebanyak $195 juta kepada penggodam hari ini.
Antara laman web tersebut adalah Pejabat Suruhanjaya Maklumat, Syarikat Pinjaman Pelajar dan Scottish NHS helpline, telah dijangkiti virus tersebut. Sebagai kesannya, pelawat yang tidak mengetahui hal tersebut akan menyebabkan komputer mereka dijangkiti virus dari laman web kerajaan. Lebih 4,700 laman web telah dijangkiti seluruh dunia setakat ini.
Penjenayah siber ini akan menanam virus yang dikenali sebagai ‘coinhive’ di perisian yang digunakan oleh laman web mangsa dan seterusnya pelawat yang melayari laman web tersebut, apabila menekan link tertentu pada laman web yang dijangkiti, komputer pelawat juga turut akan dijangkiti virus berkenaan.
Penggodam kemudiannya akan menggunakan pemproses tambahan dari mangsa untuk melombong matawang crypto seperti bitcoin.
Melombong adalah proses di mana matawang digital baru akan dihasilkan dengan membantu menyelesaikan masalah matematik kompleks, menggunakan kuasa pemprosesan komputer yang agak tinggi.
Apabila syiling maya dilombong, ia boleh disimpan atas talian dan kemudiannya ditukarkan kepada wang tunai sebenar. Sejak penciptaan matawang crypto seperti bitcoin ini, nilanya sudah meningkat ribuan dollar untuk 1 bitcoin sahaja.
Menurut penganalisa keselamatan, Scott Helme, pelawat yang berisiko termasuklah yang menggunakan alatan seperti tablet, handphone dan komputer – juga boleh digodam.
‘Akibatnya, alatan mangsa akan menjadi perlahan kerana ia sedang digunakan untuk melombong. Secara tidak sedar mangsa bekerja-sama dengan penjenayah siber tanpa mengetahuinya sekalipun. Tidak diketahui secara khusus adakah ia dirancang oleh persendirian mahupun berkumpulan.’
Serangan ransomware Wannacry pernah menggegarkan dunia pada Mei 2017 lepas
Terdahulu, masalah godaman ini bermula daripada virus ‘wannacry’ yang telah membuat serangan terhadap komputer milik NHS Trust.
Laman web yang terkesan dengan ancaman ini sedang diturunkan(offline) untuk mengurangkan dan mengawal masalah ini.
NOTE:
Admin cadangkan agar dapatkan extension untuk menghalang masalah melombong haram ini dengan memasang extension pada browser anda. Komputer bukan sahaja jadi ‘berat’ malah penggunaan elektrik di rumah juga akan bertambah. Bagi yang menggunakan smartphone atau tablet pasti rasa geram bila terlalu lagging dan cepat habis bateri.
Baca sini untuk ketahuinya > https://fossbytes.com/block-cryptocurrency-mining-in-browser/
admin
Credit: Dailymail.co.uk