Scalping Intraday H1 dan entry M15
Scalping intraday adalah sangat popular dikalangan scalper yang mencari peluang untuk entry dan exit market kurang dalam masa sehari. Jika anda antara penggemar trading intraday, kaedah ini mungkin antara teknik yang anda boleh gunakan. Anda juga boleh gunakan modal percuma $50 yang disediakan khas untuk pembaca blog pullback. -sila tuntut bonus tanpa deposit anda di sini!
Paling best, teknik ini boleh digunakan terus di smartphone anda kerana menggunakan indikator yang sudah sedia-ada dalam mt4/mt5 smartphone anda.
Anda yang belum subscribe bolehlah join channel telegram kami untuk update terkini dari kami.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Indikator yang diperlukan
Untuk indikator, anda hanya perlukan dua indikator berikut;
- Awesome Oscillator
- Fractal
Posting mengenai entry fracal breakout bolehlah ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/candlestick-fractal/
Timeframe
Timeframe untuk trend adalah di H1. Manakala timeframe entry pula adalah M15.
Chart anda akan kelihatan seperti berikut;
Entry M15
Entry pada lower timeframe seperti ini membolehkan anda mendapat potensi entry lebih awal, accurate dan profitable.
Entry cara breakout fractal pula tidak memerlukan anda menguasai jenis-jenis candlestick pattern dan juga SNR untuk entry. Anda hanya perlu kenalpasti fractal dan tunggu candle break untuk entry.
Kelebihan teknik ini adalah memudahkan anda membuat trade walaupun anda tidak mahir asal analisa menggunakan tools financial seperti SNR, fibo, candlestick dan juga trendline. Namun jika anda mahir menggunakannya maka ia satu kelebihan untuk anda.
Strategi MM
Strategi MM yang digunakan adalah martingale atau minachi. Sila ke halaman ini untuk penerangan lanjut >> https://pullbackforextrading.com/teknik-entry-layer-minachi/
Entry trigger adalah berdasarkan breakout fractal.
Untuk buy, candle mestilah break up fractal. Jika sell, candle mestilah break down fractal.
Anda akan membuat entry pertama, kemudian jika trend bergerak pada arah bertentangan sebanyak 20 pips, anda akan membuka lot entry kedua dan seterusnya jika bergerak lagi 20 pips.
Untuk entry martingale, close trade apabila kesemua trade sudah profit atau, profit melebihi losing trade.
Jika entry pertama anda profit, anda boleh close pada 20 atau 30 pips. Tak perlu menambah entry kecuali anda membuat analisa trend di timeframe besar dan mengikuti arah tersebut melalui teknik entry ini. Sebagai contoh anda fokus untuk satu jenis entry sahaja iaitu buy untuk sepanjang minggu, oleh itu anda bolehlah membuat reentry lagi jika syarat buy dipenuhi.
Jika anda hanya bergantung pada setup intraday, maka anda hanya perlu fokus pada profit-profit kecil sahaja. Intraday trend jarang bergerak ratusan pips, oleh itu anda akan scalp profit-profit dari pergerakan kecil ini.
Elakkan trade jika market 50/50 atau bergerak sideways.
Cutloss – Jika bar AO di H1 close pada arah bertentangan dengan plan asal. Jika buy, tapi AO close di bawah sifar. Begitu juga untuk sell, sila exit semua sell jika bar AO close di atas sifar.
Cara lain untuk cutloss juga adalah dengan menetapkan stoploss berdasarkan last swing high atau low(bergantung setup tersebut) atau menggunakan protective stoploss sehingga 100 pips. Kaedah protective SL yang besar ini memang digunapakai dalam scalping walaupun anda hanya menetapkan target profit kecil(SL besar, TP kecil).
AMARAN!!
Scalping intraday sememangnya berisiko tinggi dengan potensi pips yang kecil namun ia tetap popular dikalangan trader kerana walaupun demikian, masih ramai trader di luar sana yang mampu menjana ribuan dollar sehari! Hal ini kerana personaliti masing-masing dan skil entry dan exit yang berbeza-beza. Tak semestinya risiko besar itu buruk dan tak semestinya mengambil profit kecil itu tidak baik. Boleh jadi lebih konsisten dengan profit kecil berbanding mencuba untuk swing trading namun sukar untuk kekalkan disiplin menunggu peluang.
Apa-apapun, trading ini tetap berisiko dan anda yang mahu melibatkan diri, sila pastikan menggunakan wang yang sanggup rugi sahaja. Jangan letakkan wang simpanan anda dan jangan sekali-kali meminjam wang(berhutang) untuk trading!
Trade setup
Untuk trade setup di H1, anda perlu merujuk kepada signal bar yang dibentuk oleh AO. Syarat signal bar adalah berikut;
Buy:
- Bar di atas sifar
- Bar hijau selepas 2 bar merah
Sell:
- Bar di bawah sifar
- Bar merah selepas 2 bar hijau
Penjelasan signal bar:
Apabila uptrend, bar AO adalah hijau menandakan ia mewakili bullish trend atau uptrend. Bar merah pula mewakili correction trend sebelum trend menyambung pergerakan. Apabila bar kembali hijau, ia menandakan trend bersambung semula. Pada waktu ini anda akan mencari entry.
Untuk downtrend, bar merah adalah keutamaan anda sebagai mewakili downtrend/bearish. Oleh itu jika bar hijau terbentuk, tunggu sehingga bar merah kembali terbentuk menandakan trend selling bersambung semula.
Entry:
Anda akan mencari entry di M15 jika bar hijau keluar selepas 2 bar merah untuk buy atau, anda akan mencari sell di M15 jika bar merah muncul selepas 2 bar hijau.
Setelah bar signal terbentuk, buka pada M15 dan kali ini fokus anda pada fractal breakout sahaja. Entry adalah jika breakout berlaku. Entry martingal pula akan dibuat jika trend bergerak berlawanan arah yang anda trade.
Entry Setup
Setelah entry setup confirmed, sekarang anda perlu buka M15 dan mencari entry mengikuti fractal breakout sahaja. Untuk memudahkan kefahaman anda, saya sertakan gambar yang digandingkan antara H1 dengan M15.
Contoh buy:
Penerangan:
Bar hijau terbentuk semula selepas 4 bar merah menandakan trend bullish akan bersambung semula(continuation). Pada waktu ini buka M15 dan cari entry candle break fractal untuk entry trigger. Entry breakout berlaku apabila candle bullish terbentuk dan breakout up fractal.
Trade ini ditutup pada profit 20 pips.
Contoh sell:
Penerangan:
Bar signal terbentuk di H1 iaitu bar merah semula selepas berberapa bar hijau. M15 dibuka dan selepas berberapa candle terbentuk selepas down fractal di M15, entry sell dibuat selepas breakout berlaku. Trade ini ditutup selepas mencapai target profit 20 pips.
Anda boleh tetapkan profit target antara 30 dan 40 pips bergantung range harian pair tersebut. Pair seperti EURUSD, GBPUSD, GBPJPY ataupun EURJPY mempunyai range harian yang besar dan memungkinkan anda mencapai sehingga 60 pips untuk sesuatu trade setup terutamanya jika signal tersebut selari dengan arah di major trend.
Pair yang tidak mempunyai range besar seperti USDJPY dan USDCAD hanya memberikan potensi sekitar 15 ke 20 pips.
Contoh entry martingale:
Penerangan:
Signal bar terbentuk di H1, entry juga terbentuk di M15 namun selepas entry, price turun dan pada waktu ini entry martingale dibuat. Entry ini ditutup selepas semua trade profit.
Matlamat utama entry martingale:
- Tujuan utama entry cara ini adalah untuk memastikan trade profit ketika pergerakan bouncing/range bounce.
- Untuk memanfaatkan harga menaik dan menurun sedangkan dalam masa yang sama trade adalah profitable.
Contra teknik entry cara ini:
- Risk bertambah semasa losing trade.
- Cutloss akan menjadi lebih banyak.
Perlukah entry satu sahaja dan tunggu hingga profit? -Jawapannya adalah boleh.
Akhir kata
Kaedah intraday ini boleh memberikan profit konsisten kepada anda namun dalam masa yang sama juga anda perlu kawal risk anda dengan hanya meletakkan modal yang sanggup untuk rugi sahaja. Lakukan rutin withdrawal terutamanya apabila capital anda mencapai 100% ROI(return on investment).
Fokus pada profit kecil sahaja dan berhenti trade jika matlamat tercapai. Sambung trade pada keesokannya.
Anda punya pertanyaan? Bolehlah komen di ruang komen di bawah atau pm fb saya di sini.
ADMIN
29/03/23