STOCHASTIC + BB + EMA UNTUK TRADE PULLBACK | HASIL MAKSIMUM
Trading boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan apabila anda mendapat banyak winning rate -buy, kemudian naik dan sell ianya turun. Cara terbaik untuk trade keadaan ini adalah melalui pullback!
Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk gabungkan berberapa elemen penting berikut untuk dapatkan potensi trade pullback terbaik dan memuaskan.
Ikuti kami di telegram untuk update dan promosi terkini. Sila klik banner di bawah untuk menyertai.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Sebelum kita bermula
Berberapa elemen berikut akan saya terangkan satu-demi-satu agar anda dapat memahami teknik ini dengan baik dan seterusnya dapat execute teknik ini dengan berkesan termasuklah meminimakan kerugian jika dalam keadaan tak menentu pasaran.
INDIKATOR TEKNIKAL
Untuk bahagian pertama saya akan terangkan indikator yang digunakan dalam teknik ini. Ia terbahagi kepada 3 jenis indikator iaitu Stochastic, EMA dan Bollinger Bands.
Stochastic a.k.a Stoch
Secara teorinya, Stochastic ini jika dalam tempoh pasaran yang kukuh, pasaran akan cenderung untuk ditutup ke arah hujung atas julat, manakala dalam aliran menurun, harga akan ditutup berhampiran bahagian bawah julat. Indikator jenis oscillator yang terdiri dari 2 garisan %K dan %D yang bersilang antara 20 dan 80.
Dalam keadaan tertentu, indikator ini membentuk divergence sebagai petanda market yang hendak berbalik arah atau reversal.
BACA : https://pullbackforextrading.com/kuasai-reversal-dan-breakout-dengan-stochastic/
EMA
EMA atau nama penuhnya Exponential Moving Averages adalah indikator trend Moving Averages. Untuk teknik ini 2 jenis EMA iaitu EMA 50 dan EMA 100. Warna terpulang anda. Sila apply to close untuk setting indi ini dan jangan ubah setting lainnya.
Fungsi EMA adalah sebagai dinamik support resistance untuk panduan buy dan sell berdasarkan trend ketika itu.
Bollinger Bands a.k.a BB
Bollinger band akan berfungsi sebagai confirmation tambahan iaitu sell jika overbought dengan candle menyentuh upper band dan buy jika menyentuh lower band.
Seperti EMA, indi ini berfungsi dua dalam satu iaitu sebagai trend indikator dan juga overbought/oversold indikator seperti stochastic.
Fungsi middle band – Ia boleh jadi sebagai confirmation sell dan buy jika ia bertindih dengan EMA diikuti confirmation oleh stochastic. Situasi ini bergantung trend semasa pada waktu itu.
Ok, selesai topik indikator, kita pergi ke elemen seterusnya pula.
SUPPORT DAN RESISTANCE
Support Resistance atau singkatannya SNR, adalah garisan harga di mana ia berfungsi sebagai rintangan untuk harga terus naik dikenali sebagai resistance dan garisan harga penyokong atau support untuk menyokong kenaikan.
Secara ringkasnya, buy jika di atas support dan sell jika di bawah resistance.
FIBONACCI
Tools ini berperanan untuk mendapatkan entry level yang lebih spesific pada carta graf anda selain anda melihat elemen lain seperti BB dan EMA.
Fibonacci akan berfungsi seperti SNR cuma bezanya ia mempunyai level retracement tertentu seperti 23.6, 38.2 dan lain-lain. Selain itu fungsinya juga adalah untuk mendapatkan take profit level.
Kegunaan fibonacci ini adalah subjective dan tidak wajib.
CANDLESTICK
Candlestick pattern akan menjadi panduan entry anda iaitu berdasarkan jenis closing candle. Anda boleh gunakan candlestick pattern jika anda mahu tetapi untuk kaedah yang lebih mudah, memadai anda hanya merujuk kepada jenis candle bullish atau bearish.
Ia akan lebih mudah jika anda tetapkan warna candlestick pada chart anda kepada merah dan hijau atau hitam dan putih untuk mewakili bullish dan bearish.
Untuk entry anda akan;
- buy jika candle bullish closed di atas support dan,
- sell jika candle bearish closed di bawah resistance
TIMEFRAME
Anda boleh gunakan timeframe bermula dari H4 atau H1 hinggalah ke M5 bergantung kemahiran anda. Kemahiran ini anda akan perolehi melalui latihan di demo account secara berterusan. Sila ke halaman ini untuk membuka akaun demo anda.
Saya sarankan anda gunakan H1 ataupun M30 untuk daytrading anda.
Pair Forex/Komoditi
Gunakan pada major pair utama ataupun cross pair. Anda boleh gunakan pada Oil ataupun Emas(xauusd) jika anda mahu. Untuk spread terendah, anda boleh gunakan akaun jenis Ultra Low spread dari XM. Sila ke halaman ini untuk lihat perbandingan akaun. Spread yang rendah akan bagi banyak kelebihan kepada anda.
TRADE SETUP
Berikut saya akan berikan dua jenis trade setup untuk buy dan sell berdasarkan gabungan dari kesemua elemen di atas.
Konsep entry adalah berdasarkan overlap ataupun confluence lebih dari 1 atau 2 indikator ataupun signal entry antara candle dan juga semua indikator.
BACA : https://pullbackforextrading.com/diskaun-adalah-segalanya/
Buy setup
Untuk buy, trend perlulah uptrend iaitu candlestick akan berada di atas kesemua EMA dan juga MID BB. Untuk entry pullback, pastikan harga buat penurunan(retrace) ke EMA dan BB.
Tarik fibonacci retracement dari high kepada swing low untuk dapatkan level retracement.
ENTRY –
- Buy jika candle menyentuh lower bb(oversold) atau mid bb.
- Buy jika stoch bersilang di atas level 20
Candle bullish/pin bar closed di atas dua EMA iaitu EMA 50 dan 100 diikuti stoch berikan signal buy(oversold).
Dalam kedaan di atas, candle hanya berada di middle band namun syarat entry dipenuhi berdasarkan candle rejection atas EMA dan signal buy dari stoch.
Sell setup
Untuk sell, candle mestilah berada di bawah kesemua EMA dan MID BB. Untuk entry, pastikan candle retrace dahulu ke EMA dan upper band ataupun mid band.
Tarik fibo dari atas ke bawah untuk dapatkan secara tepat level retracement manakah candle berhenti. Untuk memudahkan, sila skip penggunaan fibo dahulu.
Entry akan dibuat jika dua perkara berikut dipenuhi;
ENTRY –
- Sell jika candle menyentuh upper band atau mid bb.
- Sell jika stoch berikan signal sell(overbought).
Di atas adalah situasi signal sell yang terbaik iaitu candle bearish closed di bawah EMA50 yang bertindih dengan upper bb diikuti dengan stoch membentuk sell signal overbought di bawah 80.
Stoploss
Kedudukan SL boleh diletakkan 10 pips di atas candle bearish untuk sell trade manakala untuk buy pula, kedudukan SL adalah 10 pips di bawah candle bullish.
Akhir kata
Strategi trend ini sangat baik untuk day trading dan berfungsi dengan baik untuk kedua-dua trend naik dan turun. Untuk memaksimakan potensi trade anda, silakan trade mengikut zon Eropah pada sebelah petang waktu Malaysia dan zon Amerika pada sebelah malam waktu Malaysia.
Untuk meminimakan risiko pula silakan gunakan timeframe 4H ataupun 1H.
Untuk dapatkan hasil terbaik, silakan berlatih dahulu di demo account. Disebabkan teknik ini menggunakan indikator default yang sedia-ada dalam mt4/5 anda, maka ia juga secara tak langsung sesuai digunakan untuk trading pada smartphone.
Terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa membaca dan jika terdapat sebarang komen sila tinggalkan diruang komen di bawah.
Selamat mencuba!
ADMIN
18/08/22