STOPLOSS TRIGGER – APA SETERUSNYA UNTUK GBPUSD?
Walaupun sudah break major UTL seperti yang dimention pada artikel sebelum ini namun kebarangkalian untuk hit SL semula itu ada dan ia terletak di atas major broken UTL yang menjadi SBR. Walaupun hit SL, sekurang-kurangnya tak perlulah floating loss besar jika ia naik lebih tinggi. Bagi yang mahir hedging bolehlah hedge entry di area SL. Sila download ebook hedging di sini.
Sila ke pautan ini untuk artikel tersebut https://pullbackforextrading.com/gbpusd-bearish-trend/
GBPUSD Daily
Pada Daily chart jelas kelihatan price sudah sampai ke major DTL pada hari ini. Dalam masa yang sama ia adalah kawasan yang sepatutnya akan berlaku reversal jika hari ini berlaku profit taking buy selain kemasukan seller memandangkan hari ini adalah minggu pertama setiap bulan iaitu data Non-Farm Payroll akan dikeluarkan.
Waktu ini boleh jadi waktu yang sangat berbahaya bagi trader yang kurang berpengalaman. Oleh itu sebaiknya elakkan sahaja trading waktu ini ataupun hari ini.
GBPUSD H4
Correction trend membentuk channel uptrend untuk GBPUSD dan selain hit major DTL, price juga sudah menyentuh upper channel. Ini mungkin peluang terbaik untuk exit buy dan juga entry sell semasa news nanti.
Long term sell adalah apabila price berjaya breakout channel dan seterusnya berada semula dibawah major UTL yang kan menjadi SBR untuk selling.
TAPI, jika price turun ke area UTL tetapi kembali naik semula, ia adalah petanda bahawa trend adalah cenderung untuk uptrend berbanding downtrend. Secara tidak langsung, breaking pada UTL tersebut adalah false break, whipsaw dan hanya bertujuan untuk stoploss trigger kepada seller sahaja.
Mampukah price kembali downtrend ataupun menjadi uptrend semula? Ikuti update artikel ini pada posting akan datang iaitu fokus pair untuk bulan September.
Stay tune!
ADMIN
03/09/21