STRATEGI ENTRY FRACTALS
Fractals adalah salah satu kaedah trading yang diperkenalkan oleh Bill Williams. Kaedah ini terdiri daripada 5 susunan candlestick lalu ia membentuk potensi entry samada reversal ataupun breakout. Kaedah ini tidaklah rumit bahkan tidak memerlukan terlalu banyak indikator dan masih boleh dikategorikan sebagai price action.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kedudukan indikator fractals dalam MT4:
Chart anda akan kelihatan seperti berikut;
Kenapa anda perlu pelajari kaedah ini?
Teknik ini sesuai digunakan untuk entry point bagi apa jua teknik trend following. Masalah utama menggunakan candlestick pattern adalah false signal, oleh itu anda masih perlukan kaedah lain untuk confirmation entry. Maka teknik ini wajar anda pelajari.
Trading melalui smartphone dan tablet- Adakah anda di antara jutaan trader yang menggunakan smartphone ataupun tablet untuk menjalankan trading anda? Teknik indikator ini antara yang sesuai untuk anda gunakan malah ia tidak serabut dengan pelbagai kaedah gabungan.
Fractals
Kaedah ini sangatlah simple dan tak memeningkan kepala. Jangan risau, ia adalah sangat mudah dipelajari bahkan anda tak perlu ingat banyak sangat.
Sedikit ringkasan mengenai fractals.
Susunan dari 5 candlestick akan membentuk fractals. Candle ditengah dari 5 candle ini adalah fractal. Fractal juga terdiri dari berberapa pattern.
Dari gambar di atas apa yang kita perlu tahu adalah –
- candle tengah adalah fractal
- Susunan adalah berbeza-beza mengikut keadaan
- Dalam sesuatu masa, fractal tidak semestinya 5 candle sahaja.
Untuk memudahkan pemahaman, kita fokus fractal yang terdiri dari 5 candle sahaja.
Teknik Entry
Untuk entry ia terbahagi kepada dua iaitu;
- Breakout
- Pullback
Entry breakout
Entry cara ini adalah merujuk kepada breakout pada fractal tersebut. Untuk uptrend, anda perlu bagi perhatian kepada up fractal. Untuk downtrend, anda perlu fokuskan pada down fractal.
Uptrend – fokus pada up fractal. Entry buy dibuat jika berlaku breakout pada fractal ini.
Perhatikan candle breakout terlebih dahulu. Jangan entry sehinggalah ia betul-betul close sebagai breakout. Ini bertujuan untuk elakkan dari false break.
Price naik sangat tinggi iaitu mencecah +170 pips hanya dengan satu single entry sahaja. Sebagai trader, inilah contoh entry yang menguntungkan yang paling dicari-cari. Simple dan tidak terlalu rumit.
Downtrend – fokus pada down fractal sahaja. Entry sell akan dibuat jika breakout berlaku pada fractal ini.
Tunggu sehingga candle break close dahulu barulah membuat entry.
Lihat potensi kejatuhan selepas break fractal down. Price drop sehingga lebih +227 pips hanya dengan satu single entry sahaja.
Anda pembaca setia blog ini? Tawaran terhad berikut khas untuk anda!
MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!
Entry Pullback
Entry cara ini hanya berpandukan kepada susunan candlestick. Entry akan dibuat apabila cukup 5 candle close dan keluarnya signal fractal.
Entry buy :
Entry buy dibuat apabila munculnya fractal down.
Entry sell :
Entry sell dibuat apabila munculnya fractal up.
Kaedah ini memerlukan indikator tambahan jika anda merasakan perlu. Anda juga boleh gunakan kaedah trendline breakout jika anda tidak mahu menggunakan indikator lain selain fractal.
Saya akan gunakan kaedah teknik 821 untuk memudahkan pemahaman entry berdasarkan teknik trend following.
Untuk kaedah ini anda perlukan 2 gabungan indikator moving average.
Method : Exponential. Apply to : Close
Paparan chart anda mestilah seperti berikut;
Uptrend – Candle di atas EMA 8,21
Downtrend – Candle di bawah EMA 8,21
Timeframe sesuai dan beri pulangan pips yang besar : D1 ataupun H4 sahaja. Tak perlu multi timeframe.
TIPS: Untuk dapatkan entry terbaik, disarankan pada permulaan trend iaitu pada mula-mula bersilangnya EMA8,21 dan trend berubah dari uptrend kepada downtrend dan begitu juga sebaliknya.
Contoh setup:
Entry pada permulaan trend sangat menguntungkan. Anda boleh kesan peluang ini melalui persilangan moving average. Jika anda di dalam trending dan belum ada perubahan trend ini saya sarankan tunggu dahulu hinggalah ia sudah betul-betul membentuk reversal.
Potensi ratusan pips dapat dicapai dengan mudah dan paling penting tak perlu entry layer-layer bahkan tak perlu pun habiskan masa berjam-jam dan berhari-hari lamanya hanya untuk peluang profit ini.
Jika anda mahukan lebih banyak profit, anda hanya perlu tambahkan pair trading sahaja dan entry jika adanya peluang seperti yang ditunjukkan.
Ringkas bukan?
Akhir kata..
Saya harapkan strategi ini akan membantu anda mendapatkan lebih banyak pips dalam trading sebelum anda pergi jauh kepada nilai profit.
Bagi pemula, anda sangat digalakkan utamakan quantiti pips dahulu iaitu pips yang banyak dan 1 atau 2 trade, seterusnya barulah fokuskan kualiti pula.
Kualiti bermaksud setiap trade anda itu anda akan menjana bukan sahaja pips yang banyak malah bernilai mahal setiap satu.
Inilah rahsianya bagaimana untuk menjadi trader yang terbaik!
ADMIN
09/01/21