TEKNIK ENTRY LAYER MINACHI
JANA RIBUAN PIP DENGAN TRADE MELAWAN TREND
Hari ini saya akan kongsikan mengenai suatu teknik yang agak popular pada tahun sekitar 2009-2010. Popularnya teknik ini sampai ada yang menjualkannya antara ratusan ke ribuan ringgit hanya untuk belajar! Teknik ini saya telah pun gunakan untuk sekian lama dan ia masih releven profitable hingga hari ini.
Umumnya kita tahu bahawa dalam trading jangan sekali-kali melawan arah trend. Tapi sebenarnya bukanlah trend itu akan bergerak terus naik tanpa penurunan atau turun tanpa kenaikan. Maksudnya dalam setiap pergerakan trending, akan ada range kecil trend ini melawan arah trend. Ia dipanggil martingale.
Martingale ini seumpama teknik entry pyramid tetapi ia berbeza sikit. Sama tapi tak serupa. 🙂
BACA : TEKNIK ENTRY PYRAMID UNTUK MAKSIMUM PROFIT
Trading cara ini sangat berbahaya, anda mungkin akan floating berhari-hari lamanya dan dalam sesetengah keadaan, akaun boleh margin call. Risk adalah besar, gain adalah sikit. Bunyinya sangat tak berapa baik kan?
3 SYARAT RAHSIA WAJIB TAHU
Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai teknik ini, adalah wajib utk tahu dahulu 3 syarat wajib tahu ini. Sebenarnya bukanlah ada apa-apa rahsia di sini tetapi saya cuba untuk menarik perhatian anda secara serius mengenai syarat wajib ini kerana ia adalah penentu trading anda berikutnya samada ia berjaya atau akan jadi satu lagi koleksi kerugian anda.
Syarat #1
Letak modal yang sanggup untuk loss sahaja
Syarat #2
Breakeven atau ambil modal jika untung mencatat 100%
Syarat #3
Trade full margin dan Withdraw untung anda
Rule ini menjadi pegangan saya untuk terus kekal ‘survive’ dalam forex market sehingga hari ini. Jika saya boleh lakukan, maka anda pasti lebih lebih lagi boleh lakukan. OK cukup dengan 3 syarat tersebut dan jika anda sudah bersetuju dengannya, maka sila proceed kepada teknik asas atau cara-cara untuk ‘execute’ kaedah minachi ini.
ASAS MINACHI
Minachi adalah kaedah Money Management yang digunakan untuk trading lawan arah trend ataupun martingale. Matlamat utama anda adalah untuk entry lawan trend dan exit pada kuantiti pips yang sedikit sahaja.
Trading cara ini adalah scalping, maka TP anda sekitar 10 – 20 pip sahaja untuk sekali entry pada lot pertama sahaja. Jika entry lebih dari 1 lot, maka TP lot kedua adalah ikut lot pertama(penerangan mengenai TP ini akan dijelaskan lebih lanjut di bawah). Di atas adalah contoh bagaimana trade ini bermula, dan berikutnya saya akan jelaskan bila waktu sesuai kita akan membuka lot-lot lain. Ia hanya akan berlaku jika 1st entry tidak TP dan price terus bergerak melawan arah yang kita trade(cth, price turun maka kita pun buy tetapi price masih terus turun). Pada waktu inilah kita akan buat minachi.
Gambar di atas menunjukkan pergerakan turun price dan jarak entry minachi anda iaitu 20 pips setiap satu. Jika price turun hingga 80 pips seperti di atas, maka entry anda akan menjadi 4x lot. Tetapi jika price cuma turun 40 pips, maka entry anda cumalah 2x lot sahaja. Pastikan maksima open trade anda 5 atau 7 lot sahaja yer.. Jika gerak lagi, maka biarkan sahaja ia cutloss hit SL.
RISK & REWARD MANAGEMENT
TOTAL RISK(JAWAPAN JUJUR)
Setiap entry akan diletakkan SL sebanyak 100pips(aduhhhhhh….!!! banyaknya??). Worse cast scenario, tak guna SL, letak full margin. Trade sampai MC(margin call).
Seperti kat gambar, katalah ada 5 lot entry. 100pips SL setiap satu, maka total kerugian adalah seperti berikut:
Total risk anda adalah sebanyak USD150 jika loss 5 lot trade hanya dengan trade 0.10 sen, 0.20 sen, 0.30 sen, 0.40 sen dan 0.50 sen pertrade anda. Gila ke tak gila tu? Well, begitulah dia scalping. Risk besar macam jerung tapi cuma nak tangkap ikan bilis sahaja.
TOTAL REWARD
2 Cara untuk take profit, cara 1 adalah setkan TP anda pada TP lot pertama atau cara 2, iaitu close semua trade apabila sudah overall profit(close loss trade apabila untung lebih banyak dari loss trade).
Di bawah saya akan tunjukkan bagaimana cara close trade mengikut kaedah pertama iaitu setkan TP ikut TP 1st lot.
Jika dibandingkan dengan risk, iaitu -$150 pip dan reward +$110 dengan berdasarkan SL 100 pip, maka secara tidak langsung sebenarnya akaun anda akan loss sedikit demi sedikit jika anda sering loss dalam trade. Oleh yang demikian back 2 basic mengenai 3 rule wajib anda tahu, iaitu jangan sesekali letakkan modal yang tak sanggup rugi.
- Syarat #1
Letak modal yang sanggup untuk loss sahaja - Syarat #2
Breakeven atau ambil modal jika untung mencatat 100% - Syarat #3
Trade full margin dan Withdraw untung anda
Logik ke teknik minachi ini boleh jana wang? 3 teknik entry DIDEDAHKAN!
Pair : EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, NZDUSD, USDCAD, USDCHF
Cara trade : Masuk instant execution untuk trade pertama dan Pending Order pada trade yang berikutnya.
TEKNIK #1 – RSI 5
Timeframe yang digunakan adalah Daily Chart
Indikator RSI setkan pada period 5
Entry buy – Buy jika RSI 5 menyentuh level 30
Entry sell – Sell jika RSI 5 menyentuh level 70
RSI 5 akan berikan alert pantas apabila terdapatnya tanda-tanda reversal pada TF Daily. Setakat ini ia sangat berhasil di TF Daily. Anda tidak disyorkan menggunakannya pada TF lebih rendah(H4 ke bawah).
TEKNIK #2 – BOLLINGER BAND
Timeframe yang digunakan adalah Daily Chart
Insert dua indikator Bollinger bands
– Bollinger bands 1 – standard setting(jangan ubah setting)
– Bollinger bands 2 – ubah kepada 1.5 deviations. Rujuk gambar
Entry buy – Buy jika price menyentuh salah satu atau kedua-dua lower band
Entry sell – Sell jika price menyentuh salah satu atau kedua-dua upper band
Anda boleh mula untuk buy atau sell apabila price menyentuh upper atau lower band. Sesuatu trade itu akan dibiarkan open sehingga price TP dan tidak punyai tanda-tanda untuk naik atau turun menuju order anda
TEKNIK #3 – Fibonacci Support dan Resistance
Timeframe yang digunakan adalah 4Hourly Chart
Tanpa indikator
Fokus utama menggunakan fibonacci sebagai S&R dan minachi adalah apabila price menjejak dan menyentuh level fibo. Menggunakan kaedah ini memerlukan anda mahir menggunakan fibonacci retracement. Anda boleh pelajari fibonacci melalui blog ini.
BACA : BELAJAR FIBONACCI RETRACEMENT
Trade minachi berdasarkan S&R ini mestilah dibuat hanya apabila price hendak menjejak previous high atau low pada kali ke 2 atau ke-3 sahaja.
Selain trade price yang menjejak high dan low terdekat, keadaan SBR/RBS juga boleh digunakan dalam trading minachi ini.
kesimpulan…
Saya amat menggalakkan anda mengubah-suai penggunaan teknik ini mengikut kesesuaian anda dan money management anda. Apa yang dikongsikan cumalah asas sahaja dan ia pasti berubah-ubah mengikut tahap kemahiran masing-masing.
Profit trade martingale/minachi.
Sedikit pengubahan-suaian dibuat dari segi entry dan MM dan hasilnya sangat bagus dan menarik.
Screenshot live trading saya dalam minggu ini(05/09/16):
Di atas adalah contoh trade minachi dan ubah-suai MM mengikut size account. Saya yakin anda pasti punyai idea tersendiri mengenai teknik ini.
Sekian dulu.
ADMIN
www.pullbackforextrading.com