WITHDRAWAL USD2,140 @ RM9,202 DARI FOREX KE NETELLER
Withdrawal Altenatif Popular Forex selain Local Transfer IB dan Wire Transfer
Popularity digital currency bermula dari zaman LR
Withdrawal cara altenatif ini sudah pun sekian lama popular di kalangan trader lama sejak dari zaman Liberty reserve(LR) lagi. LR telah dilancarkan sejak dari 2001 dan berakhir pada 2013 dengan penutupan oleh kerajaan Amerika kerana terdapatnya kesalahan berkaitan dengan jenayah siber seperti penggubalan wang haram dan juga pembiayaan keganasan.
Point penting:
- Maklumat lanjut mengenai LR ini boleh didapati di sini https://en.wikipedia.org/wiki/Liberty_Reserve.
- Website asal(kini ditutup) http://www.libertyreserve.com/index.html
Sejak dari penubuhan LR ini saban tahun makin bertambah jugalah penyedia-penyedia khidmat matawang digital ini. Ia popular kerana memudahkan urusan pemindahan wang antara pengguna dan juga saudagar(merchant), antaranya FOREX dan juga Perjudian(…opss… jangan main judi yer..)
Bagaimana ia berfungsi?
Terdapat banyak penyedia namun fokus saya adalah neteller. Sila ke laman web neteller untuk membuka akaun anda > https://www.neteller.com/en/
Pertama sekali anda perlulah ada akaun terlebih dahulu dan wajib untuk anda verify akaun itu. Seterusnya anda perlu ‘isikan’ atau deposit akaun tersebut dengan wang samada melalui wire transfer dari bank anda ataupun beli USD dari pemilik akaun lain. Wang yang ada dalam akaun seterusnya bolehlah digunakan untuk trade forex di broker-broker yang menyediakan kemudahan deposit dan withdrawal menggunakan kaedah neteller ini.
Perlu diingat, jika anda deposit menggunakan neteller, maka withdrawal anda mestilah menggunakan neteller juga.
Ringkasan:
Buka akaun > Deposit wang > transfer kepada broker/Deposit
Majoriti broker popular masakini memang menyediakan neteller ini seperti Mocaz, Fortfinancial, XM, FBS, Superforex, Paxforex dan banyak lagi. Terdapat syarat minimum deposit, ada antaranya 5 USD dan ada yang 10 USD. Tak kurang juga ada yang syaratkan 100 usd dan 500 usd sebagai minimum deposit.
Senarai broker menggunakan neteller boleh rujuk sini > https://www.100forexbrokers.com/neteller-brokers
Withdrawal fund/Pengeluaran dana
Setelah wang masuk ke akaun Neteller anda, anda boleh jualkan kepada pembeli lain pada kadar tukaran tertentu yang ditetapkan oleh anda mahupun si pembeli. Anda perlulah ada persetujuan yang sama untuk jual/beli ini. Jual kepada pengguna lain/pembeli adalah melalui transfer ke email pengguna tersebut. Juga boleh di-transfer ke mobile phone pembeli tersebut.
Jual kepada pengguna lain/pembeli adalah melalui transfer ke email pengguna tersebut.
Selain jual kepada pengguna lain, anda juga boleh withdraw terus wang anda ke bank tempatan anda. Akan tetapi cara ini akan ambil masa 2-3 hari waktu bekerja untuk ia siap/selesai.
Withdrawal hasil forex saya
Seperti yang saya terangkan dari awal artikel ini, saya menggunakan neteller sebagai salah satu cara pengeluaran wang forex saya. Di bawah adalah contoh withdrawal dari salah satu broker forex yang saya gunakan.
Broker yang saya gunakan adalah dari FORTFS ltd.
Update tahun 2022: Broker ini sudah pun ditutup dan tidak beroperasi lagi.
Transaksi yang selesai akan tertera ‘accepted’. Warna hijau sebagai masuk/deposit dan merah keluar/withdrawal.
Berberapa lagi transaksi ke Neteller:
Wang ini kemudiannya saya jualkan kepada orang lain atau withdraw terus ke bank tempatan/kad debit visa/mastercard mahupun transfer ke broker yang lain pula untuk trading. Perlu diingat, wajib verify dokumen-dokumen berkaitan jika anda mahu melakukan transaksi yang lebih besar.
Yuran/Caj perkhidmatan
Yuran adalah sekitar 1.9%(bakal dikurangkan kepada 1.45%) Untuk senarai lengkap yuran sila ke sini > https://www.neteller.com/en/fees
Strategy saya gunakan untuk buat profit forex?
Pasti ramai pembaca di sana yang ingin tahu apa strategy yang saya gunakan untuk hasilkan profit dari forex kan?
Baca : S.O.P entry profitable
Berikut berberapa strategy kegemaran saya.
5 Strategy profitable forex:
1). Support/Resistance
Support resistance a.k.a SNR adalah panduan utama saya dalam menentukan arah tuju trend, SL dan juga TP. Melalui SnR juga saya boleh kenal-pasti momentum sesuatu matawang.
2). Candlestick pattern
Candlestick pattern adalah umpama bahasa pertuturan trader. Sesuatu pattern candle itu terbentuk hasil dari tindak-balas pasaran terhadap sesuatu permintaan dan penawaran. Contoh mudah adalah jika price lebih banyak buyers berbanding seller, trend akan menaik. Dalam keadaan ini pada timeframe yang lebih besar akan terbentuk pattern seperti bullish engulfing candle.
3). Price pattern
Price pattern seperti breakout pullback, bounce reverse, pullback dan rejection adalah antara strategy entry kegemaran saya. Saya menggelarnya sebagai price pattern, mungkin berbeza dengan kefahaman trader lain.
4). Chart pattern
Chart pattern berbeza dengan candlestick pattern dan price pattern namun membawa maksud hampir sama iaitu ia akan memberikan clue arah pasaran. Antaranya Double/Tripple top and bottom. Head and shoulder pattern, cup and handle dan lain-lain.
5). Moving average
Moving average adalah antara cara terbaik kenal-pasti trend dan pullback. Saya kerap menggunakannya untuk kenal-pasti hot spot untuk reentry pada sesuatu trend rally. Sudah tentu sekali untuk buy low dan sell high.
Kesemua point-point di atas adalah antara yang saya muatkan dalam bentuk artikel, ebook dan video tutorial dalam laman membership. Nak tahu lebih lanjut lagi? – sertai membership hari ini!
>>> saya nak…!! <<<
Lebih banyak artikel teknik, ebook pdf, indicator dan video tutorial saya telah sediakan untuk anda selain group support/signal whatsapp/telegram saya sediakan sebagai bantuan jika anda perlukan.
Okeylah sampai sini dahulu.
Jumpa lagi di artikel yang akan datang.