Tag Archives: Fibonacci

MANTAPKAN STRATEGI EXIT ANDA DAN KUMPUL LEBIH BANYAK PIPS!

Exiting trade ini nampak mudah tetapi adakalanya ia sedikit memeningkan kepala apabila price reversal awal. Ia bukan sahaja menyebabkan anda terlepas TP anda tetapi membuatkan trade anda berakhir dengan kerugian. Tidak sepanjang masa price akan bergerak trending ratusan pips maka dengan itu bukanlah sepanjang masa TP anda boleh hit lagi-lagi dalam situasi ekonomi dunia yang terkesan ketika pandemik COVID-19 ini.

Walaupun breakeven(BE) adalah penyelesaian terbaik untuk trading reversal dan hit stoploss tanpa kerugian, namun tidak dinafikan jika anda menutup posisi lebih awal sebelum ia reversal bukan sahaja memberikan anda profit malah menggandakan akaun anda secara compounding.

Anda wajar pertimbangkan untuk exit manually trade anda.

Exit secara manual penting apabila market sudah beri petanda-petanda ia akan berpatah-balik(reversal). Biasanya tanda-tanda itu akan muncul melalui pattern-pattern tertentu seperti candlestick reversal pattern mahupun chart pattern.

Dua strategi exit berikut mungkin anda perlu pertimbangkan dalam live trading anda.

1. Menggunakan fibonacci retracement untuk exit manually

Fibonacci retracement adalah cara terbaik untuk dapatkan exit point secara manual dalam live trading.

Apa yang anda perlu beri perhatian adalah apabila sesuatu price sudah mula stop trending dan mula bounce di sesuatu area itu, ia mungkin petanda bahawa ia bakal reversal. Apa yang anda perlu tahu adalah adakah ia di atas atau di bawah level fibonacci.

Oleh itu anda bolehlah tarik fibonacci dalam trend tersebut.

Berdasarkan rule trendline breakout, trend dalam keadaan reversal iaitu dari uptrend kepada downtrend sebab sudah break uptrendline(UTL).

Anda membuat entry sell selepas berlakunya retest dan reject pada trendline tersebut dan lowest support sebagai target(gambar). Namun sesampainya price di support terdekat, ia sudah mula stop dan bouncing di area itu. Mungkinkah ini petanda anda perlu exit trade? Untuk confirmkan, anda bolehlah sambungkan fibonacci pada keseluruhan high dan low dalam trend itu. Exit trade anda jika price bouncing atas level fibo dan hold entry jika price breakout low ataupun bawah level fibonacci.

Price retest area low sebelum ini iaitu secara tepatnya di area 61.8 jika anda sambungkan dari atas ke bawah seperti dalam gambar.

Selepas itu price stop secara tepat di atas 61.8 fibo ini sebelum membentuk 3 candle reversal yang membawa kepada signal buy. Oleh itu syarat untuk hold sell terbatal dan trade wajib ditutup(exit) pada candle ke-3 dalam signal tersebut.

Anda boleh muat-turun ebook 3 candle reversal secara percuma di sini > http://pullbackforextrading.com/free-gift/

Perhatikan satu lagi sell signal yang dihasilkan melalui teknik trendline breakout. Namun sayangnya price tidak bergerak terlalu jauh dan hanya stop tidak sampai pun ke area low(fibo 0.0). Berdasarkan formasi candlestick di area 50.0 situ dapatlah kita simpulkan bahawa trend hendak membuat reversal. Oleh itu sell wajib ditutup selepas candlestick sudah kerap rejected di atas level fibo.

Rejection sehingga 86 pips hingga membentuk shadow panjang tak semestinya membawa maksud trend hendak bergerak kuat. Jika anda perhatikan betul-betul, price stop dan bounce atas 76.4. Ini seakan membetikan hint price bakal reversal naik. Oleh itu sell tidak boleh melebihi area ini.

Selepas price closed bullish di atas 76.4, seterusnya closed lagi satu batang candle bullish engulfing sebesar 80 pips. Ia kemudiannya naik lagi 230 pips selepas itu.

Jika anda tidak beri perhatian kepada level-level retracement ini, anda bukan sahaja exit tepat pada waktunya, malah anda mungkin boleh mengambil peluang reversal tersebut. Lagipun dalam artikel sebelum ini saya sudah menjelaskan pro dan contra trading satu arah. Mungkin anda perlu mengambil arah yang lain jika keadaan market sudah memberikan hint kepada revesal ini.

Pro dan Con trading satu arah : http://pullbackforextrading.com/kelebihan-dan-kekurangan-teknik-satu-arah/

MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

2. Menggunakan hi dan lo mingguan dan harian untuk exit trade

Hi dan Lo(high dan low) juga adalah support resistance dalam trading. Oleh itu ia juga mempunyai peranan dalam membaca price action untuk menentukan entry dan exit.

Note: Period separators H4 adalah untuk tempoh 1 minggu, oleh itu harga tertinggi dan terendah dalam timeframe ini mewakili harga tertinggi dan terendah mingguan(weekly hi dan lo). manakala untuk H1, 1 tempoh adalah satu hari, oleh itu ia mewakili daily hi dan lo.

Untuk strategi ini anda perlu setkan period separator terlebih dahulu.

Selain menggunakan period separators ini juga, anda boleh gunakan data dari candlestick Weekly dan Daily untuk dapatkan high dan low. Sila tick pada Show objects descriptions untuk memudahkan paparan data pada candlestick. Lihat gambar di atas. Jika anda tidak mahu ada period separators pada chart, anda boleh gunakan kaedah ini.

Note : Jika anda mahu mengambil data hi dan lo terus melalui chart tanpa membuka TF Weekly dan Daily, sila buka TF H1 untuk Daily dan H4 untuk Weekly.

Untuk dapatkan data ini anda hanya perlu halakan arrow tetikus anda pada candlestick untuk dapatkan price high dan low.

Jika paparan data tidak muncul pada candlestick, anda perhatikan pada bahagian bawah metatrader anda untuk dapatkan data yang anda perlukan. Salin atau catat untuk memudahkan anda menanda pada chart nanti.

Data hi dan lo adalah pada H dan L.

Menandakan data hi dan lo pada chart

Gunakan horizontal line dan masukkan data hi lo ini untuk ia menjadi SNR pada chart.

Di atas adalah contoh pada timeframe Weekly di mana kita mengambil data hi dan lo berdasarkan candle minggu terakhir.

Lukiskan data ini pada timeframe yang lebih rendah seperti H1 ataupun H4. Gunakan horizontal line dan masukkan data dari candle TF weekly.

Kenapa perlu jadikan hi lo sebagai panduan exit manual?

Tidak semua setup itu akan mempunyai keupayaan untuk membuat new hi dan new lo. Adakalanya cukup sekadar menjejak previous hi dan lo kemudian ia reversal.

Sebagai langkah berhati-hati, kita wajar pertimbangkan untuk exit di hi dan lo ini untuk elakkan dari market reversal.

Price mulanya break weekly lo tapi berbalas dengan candle engulfing menandakan price membuat false break di situ. Oleh itu exit trade adalah langkah paling tepat dilakukan.

Lihat bagaimana Daily hi dan lo memainkan peranan penting dalam memahami trend harian(intraday). Kelihatan price membuat false break pada Daily hi 1.32239. Price kemudiannya menjejak semula Daily hari sebelumnya dan gagal membuat new low. hari berikutnya price naik kemudian turun retest semula low ini. Akhirnya setelah gagal break 2x kali, price reverse naik.

Secara tidak langsung kita simpulkan bahawa level 1.30632 ini adalah strong support.

Kaedah yang sama ini anda boleh gunakan di timeframe yang lain.

Hold position

Sesuatu trade itu hanya boleh dikekalkan(hold) hanya apabila price betul-betul breakout sesuatu hi atau lo.

Perhatikan GBPUSD pada september tahun 2020, price break last week’s lo kemudian pullback. Jika anda dalam situasi ini, anda boleh hold position anda.

Rumusan

Exit manual penting kerana bukan sepanjang masa TP anda akan mengena terutamanya yang menentapkan pips target yang besar.

Exit manual boleh dilakukan menggunakan strategi fibo retracement dan juga high low harian dan mingguan.

Dalam waktu tertentu price akan reverse dan ia boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri berikut;

  1. Price action
  2. Level fibonacci
  3. Candlestick pattern

Exit manual bukan sahaja selamatkan akaun dari kerugian malah membantu anda memanfaatkan peluang berdasarkan situasi semasa iaitu reversal trend yang dikenalpasti melalui price action di sesuatu fibo level.

Anda mahu belajar lebih lanjut dan join live trading? Bolehlah sertai membership hari ini.

sekian.

ADMIN
24/01/21

ADJUSTMENT FIBO UNTUK SHARP ENTRY

Assalam dan Salam sejahtera semua pembaca yang budiman..

Penggunaan fibonacci retracement adalah subjective. Anda boleh gunakannya dalam pelbagai cara samada custom setting ataupun default setting.

BACA : FIBO KREATIF – 5 SETTING FIBO ANDA WAJIB TAHU

Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk menggunakan fibo di dalam sesebuah trend untuk membantu anda membuat entry berdasarkan trend itu tanpa mengubah plan.

Ini bermaksud, jika anda memilih untuk buy atau sell sahaja untuk sepanjang minggu atau bulan tersebut, anda perlu menetapkan fibonacci selaras dengan plan tersebut berdasarkan trend ketika itu.

Sambungan fibo retracement

Jika downtrend, anda perlu sambungkan 100.0 fibo anda ke support baru.

Jika uptrend, anda perlu sambungkan 100.0 fibo anda ke resistance baru.

Bilakah adjustment ini dibuat?

Sesuatu adjustment akan dibuat apabila price break 23.6 ataupun 0.0 fibo. Tetapi kebiasaannya sambungan akan diubah sebaik sahaja price break 23.6.

Logik teknik ini?

Tujuan utama kaedah ini adalah untuk membantu mengenal-pasti SNR berikutnya yang berpotensi untuk menjadi entry berdasarkan trend tersebut. Ini kerana apabila price break sesuatu SNR, ia akan menuju ke SNR berikutnya.

Tetapi disebabkan ia cuma satu fasa correction yang bersifat sementara, apabila cukup masanya, ia akan kembali meneruskan trend asal. Oleh itu break sesuatu SNR hanyalah akan membawa ke SNR berikutnya yang akan menjadi entry.

Cth:

Jika trend adalah uptrend dan price break support, price akan turun ke support berikutnya. Support ini samada berdasarkan fibo retracement level ataupun SNR pada chart sesuatu pair. Apabila breakout ini berlaku hingga ke 23.6, maka setup fibo tersebut akan dibuat adjustment iaitu dengan memindahkan sambungan fibo ke support berikutnya.

Rule sambungan fibo(default):

Untuk uptrend, dari resistance ke support.
Untuk downtrend, dari support ke resistance.

False break dan sambungan baru

False break adalah antara punca kenapa trader sering keliru mengenai sambungan fibo yang dibuat kerana merasakan seolah-olah salah sambungannya.

Contoh downtrend:

Pernah mengalami masalah di atas? Saya yakin ramai trader mengalami masalah ini namun jangan khuatir kerana ia bukan bermaksud sambungan anda salah tetapi anda hanya perlu buat sedikit adjustment sahaja.

Apa yang anda perlu buat adalah mengubah sambungan fibo anda kepada SNR baru tersebut. Dalam gambar saya berikan contoh kepada downtrend. Oleh itu anda akan menyambungkan fibo lama ke support baru.

Contoh uptrend:

False break di dalam uptrend adalah bermaksud terbentuknya resistance baru. Oleh itu sambungan fibo akan diubah ke resistance ini.

Live chart
Jom lihat pada live chart bagaimana ia dilakukan. Proses ini akan berulang hinggalah price tidak lagi kembali ke retracement zone. Ohya, andaikata anda kurang jelas apakah yang dimaksudkan berpatah balik? Jawapannya adalah apabila candle break semula level 100.0 dan kembali memasuki zone retracement level.

Contoh sell setup:

Contoh buy setup:

Penting!
Hanya sambungan fibo 100.0 sahaja yang diubah. Level 0.0 tidak perlu diubah. Level 0.0 tidak perlu diubah kerana jika price break 0.0, ini lebih kepada reversal trend dan barulah plan anda diubah atau fibo anda perlu diubah kepada sambungan berdasarkan trend baru tersebut.

Kedudukan fibo yang asal akan diubah. Contohnya downtrend di mana level 0.0 berada di atas akan diubah ke bawah pula. Sambungan seterusnya mengikut cth gambar di atas.

Akhir kata..

Strategi ini memerlukan pemahaman tinggi mengenai trend dan SNR. Berikut berberapa link ke halaman penting yang saya sarankan untuk anda pelajari :
1. Support Resistance
2. Timeframe

GOODLUCK!

ADMIN
23/01/20

LIVE TRADE DENGAN TOOLS DAN INDIKATOR ASAS

Hai assalam dan selamat sejahtera!

Terima kasih diucapkan kepada subscriber-subscriber channel youtube pullback.

Alhamdulillah pada minggu ini berkesempatan untuk sharekan kaedah analisa teknikal yang saya sudah gunakan sejak dari 2010 lagi. Kaedah ini masih sesuai dan releven sehingga hari ini.

Sememangnya sudah jadi keinginan saya untuk hasilkan video seperti ini tetapi belum ada kesempatan hinggalah tahun ini iaitu sudah 9 tahun berlalu barulah saya dapat peluang untuk hasilkannya dan berikan secara percuma kepada follower blog ini.

Kali ini saya nak share video pilihan saya yang dirakamkan pada minggu ini. Semoga video ini bermanfaat buat anda!

FIBONACCI KREATIF?

FIBONACCI KREATIF? 5 KAEDAH BERIKUT ANDA PERLU KETAHUI

  • 5 jenis fibonacci

  • Setting khas fibonacci

Berbanding pengunaan asal fibonacci untuk mencari ‘future support dan resistance’ kali ini konsep masih sama cuma cara penggunaan sahaja yang agak diluar kotak.

Penggunaan fibonacci tidak semestinya perlu terikat dengan peraturan asas. Berikut berberapa kaedah penggunaan fibo secara kreatif.

1) . Fibonacci candle

2). Fibonacci overlap

3). Fibonacci Reversal

4). Fibonacci Trend

5). Fibonacci Elliot waves

1). Fibonacci candle

Cara tarik fibo masih sama seperti asal, cuma bezanya kali ini ia digunakan terus kepada candlestick tersebut.

Biasanya tujuan sedemikian dibuat adalah untuk melihat sejauh-manakah retracement akan berlaku dalam tempoh tersebut berdasarkan candle yang lepas.

Level yang menjadi keutamaan atau kepentingan adalah 50% fibonacci retracement.

Kesemua level dipadam kecuali 50.0 sebagai tanda ada hanya fokus untuk entry 50% fibonacci.

2). Fibonacci overlap

Overlap atau pertindihan antara fibo juga adalah antara strategy penggunaan fibonacci yang sudah sekian lama diguna-pakai kedalam analisa teknikal.

Para penganalisa berpendapat bahawa level yang bertindih membawa maksud tafsiran yang sama dengan trader-trader lain diseluruh dunia. Melihat sesuatu kemungkinan yang sama adalah objektif utama strategi ini di mana kita hendak menjadikan sesuatu level itu untuk entry ataupun exit. Disebabkan penggunaan fibo yang pelbagai, maka penggunaan lebih dari satu iaitu dua fibo -adalah bertujuan untuk mendapat tahu di manakah level terpenting pada waktu itu.

Perhatikan pada gambar. 1 set fibo digunakan untuk mencari retracement level, manakala satu lagi untuk mencari extension level. Perhatikan candlestick sampai ke 61.8 dan juga dalam masa yang sama ia menyentuh extension 200.0 lalu terbentuk pin bar atau rejection candle, pada waktu ini kita dapat tafsirkan bahawa TRADER A melihat 61.8 sebagai sell area. TRADER B pula melihat ia sebagai potensi reversal kerana berpendapat bahawa di situ area profit taking kerana mencecah 200.0 level.

Apabila ia closed sebagai rejection, TRADER A dan B berpendapat di situ sesuai untuk selling, maka price akan turun disitu kerana melihat satu keadaan yang sama iaitu sell.

3). Fibonacci reversal

Jika penggunaan asal fibonacci adalah untuk mendapatkan jangkaan masa hadapan support dan resistance untuk entry buy low ataupun sell high, penggunaan fibo kali ini adalah untuk tujuan yang berbeza iaitu hendak menggunakan fibo untuk tujuan trading reversal trend. Jika trend adalah uptrend, maka fibonacci akan digunakan untuk mendapatkan harga jangkaan reversal berdasarkan kedudukan extension level.

Logik penggunaan kaedah ini adalah level extension tersebut adalah sebagai kegunaan untuk take profit level. Dalam forex trading apabila kita sell, maka kita sebenarnya menjual dahulu. Apabila kita menutup posisi sell itu, kita sebenarnya membuat belian kepada matawang pasangan tersebut. Begitulah sebaliknya iaitu buy. Bermaksud kita buy dulu dan sell kemudian.

Cth: Buy EURUSD adalah bermaksud buy EUR dengan menjual USD. Apabila menutup posisi itu, kita secara tidak langsung menjual EUR tersebut untuk membeli USD.

Perbezaan harga ketika jual dan beli atau beli dahulu jual kemudian adalah untung dan juga rugi. Untuk menutup posisi ini pula kebiasaannya trader professonal akan menggunakan fibonacci extension untuk mendapatkan harga jangkaan untuk menutup posisi.

Pada waktu inilah berlaku sedikit reversal.

Extenstion level yang menjadi keutamaan adalah 161.8, 200.0, 261.8, 300.0 dan 423.6.

Perhatikan sell di buat pada extension level 300.0.

4). Fibonacci trend

Saya menggelarnya sebagai Fibonacci trend di mana penggunaan fibonacci adalah 100% disambungkan atau dilukis mengikut trend tersebut.

Untuk tujuan ini custom setting diperlukan.

Sila buka MT4 anda dan insert fibonacci retracement terlebih dahulu.

 

Double click pada titik-titik merah fibonacci anda, kemudian point-kan arrow tetikus anda dan klik button kanan tetikus. Pilih ‘fibo properties.’

Klik di bahagian fibo levels. Seterusnya masukkan ikut setting dalam gambar mengikut level dan description.

*Note: saya lebih memilih menggunakan 127.2 sebagai extension level maka saya akan abaikan 138.2.

Apabila sudah siap, maka paparan fibo anda mestilah seperti di bawah ini;

Lihat betapa mudahnya menyambungkan fibo:

Jika trend adalah uptrend, tarik sahaja fibo dari bawah ke atas seperti pergerakan trend tersebut.

Saya telah mengulasnya secara terperinci pada halaman ini.

5). Fibonacci elliott wave

Seperti fibonacci trend, fibonacci elliott wave juga menggunakan custom setting namun kali ini lebih banyak level tambahan kerana setiap level mempunyai maksud tersendiri dalam waves tersebut terutamanya impulsive waves, di mana wave ke-3 adalah terpanjang dan mempunyai SNR tertentu yang berkait terus dengan custom level fibo ini.

Setiap dari extension level mempunyai peranan dan kaitan terus kepada teori elliott wave ini terutamanya wave terpanjang iaitu wave ke-3.

Akhir kata..

Diharapkan perkongsian ini bukan sahaja dapat menambah ilmu bahkan juga memantapkan lagi skill trading pembaca sekalian.

Kesemua ilmu ini saya kumpulkan selama saya berkecimpung dalam dunia trading ini. Ia sudah banyak memberikan manfaat kepada saya dan saya harapkan ia juga memberikan manfaat kepada anda sekalian.

Bagi yang ingin pelajari strategy price action candlestick bolehlah sertai laman membership saya dengan harga diskaun pada waktu ini. Sila ke sini untuk menyertai > klik sini

Sekian terima kasih!

 

ADMIN
19/07/18

 



TEKNIK FIBONACCI PALING MUDAH: CUSTOM SETTING FIBONACCI YANG WAJIB ANDA KETAHUI

Tidak lengkaplah bagi seseorang trader itu tanpa mempelajari ataupun mengetahui mengenai fibonacci. Fibonacci adalah salah-satu keajaiban alam dalam bentuk matematik di mana ia wujud dan boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk seperti kedudukan gunung-ganang, bentuk spiral siput, bunga malah pada manusia itu sendiri mempunyai kiraan fibonacci sendiri! Tak percaya, cubalah google sendiri.

Fibonacci merupakan tools yang boleh dikira sebagai ajaib dalam forecasting ataupun analisa teknikal. Ia bukan sahaja dalam perdagangan forex, malah juga saham dan apa juga analisa yang melibatkan charts.

Di sebabkan popularitinya yang begitu tinggi dikalangan trader, terdapat satu masalah yang sering menjadi kebingunan trader itu sendiri, iaitu bagaimana nak ada sambungan fibonacci retracement yang tepat? Adakah dari bawah ke atas atau atas ke bawah? Kali ini saya akan kongsikan satu setting mudah yang membolehkan anda menyambungkannya tanpa risau betul atau salah sambungan anda itu.

Fibonacci default setting

Melalui artikel saya ini saya telah tunjukkan bagaimana untuk membuat sambungan fibo dan bila hendak menggunakannya. Namun selain dari cara di atas, sebenarnya terdapat cara lain penggunaan fibo ini dan mempunyai cara setting yang agak berbeza berbanding asalnya.

Lihat foto di atas, terdapat dua fibonacci yang berbeza. Di sebelah kiri adalah fibonacci asal dan sebelah kanan adalah fibonacci yang sudah diubah settingnya. Jika anda perasan, kedudukan retracement level adalah berbeza bermula dari 23.6 hinggalah 61.8. Ia kelihatan agak terbalik.

Cara penggunaan adalah masih sama namun fibonacci yang kedua(custom) adalah berbeza dari segi cara penggunaan.

Menyelesaikan kebingungan sambungan fibo retracement dengan menambah 76.4

Level retracement adalah sama walaupun tarik terbalik atas bawah, bawah atas??

Walaupun terbalik namun kedudukan level retracement tetap sama untuk 38.2, 50.0 dan 61.8

Perhatikan kedudukan yang ditandakan.. ia adalah sama kecuali 23.6 sahaja.

Jadi, cara penyelesaiannya adalah tambahkan level 76.4 pada fibo anda. Maka semua level retracement akan sama.

Sekarang tiada lagi masalah konfius nak tarik fibo. Yang penting adalah semua level sudah ada.

Kini masalah sambungan sudah selesai bagi anda yang menggunakan kaedah fibonacci retracement untuk entry dan exit anda. Selanjutnya saya akan kupas mengenai kaedah fibonacci bersama extension level. Kaedah ini memerlukan anda menyambungkan secara betul agar mendapatkan level extension sesuai dengan trend yang anda trading ketika itu.

BACA : RAHSIA MULTI-TIMEFRAME

Hidden level fibonacci yang anda perlu tahu

Sebelum anda mengubah sepenuhnya fibonacci anda, terdapat berberapa level penting yang tidak dipaparkan(hidden level) pada fibonacci asal. Level-level ini kita akan masukkan secara manual sebagai sebahagian dari custom fibonacci ini.

PENTING!!! Sebelum kita lanjutkan topik ini, perlu saya ingatkan bahawa dengan menggunakan setting ini, cara sambungan fibo anda adalah dari bawah ke atas untuk uptrend dan dari atas ke bawah untuk downtrend.

Antara hidden level yang dimaksudkan adalah;

  • 127.2
  • 138.2(optional)
  • 200.0
  • 76.4(sudah diterangkan sebelum ini)

Note: Level 138.2 adalah optional iaitu pilihan jika anda gunakan 127.2 maka anda boleh abaikan 138.2 ini atau jika anda menggunakan 138.2 ini anda boleh abaikan 127.2.

Custom Setting

Berikut saya dedahkan selengkapnya custom fibonacci ini. Sila buka MT4 anda dan insert fibonacci retracement terlebih dahulu.

Double click pada titik-titik merah fibonacci anda, kemudian point-kan arrow tetikus anda dan klik button kanan tetikus. Pilih ‘fibo properties.’

Klik di bahagian fibo levels. Seterusnya masukkan ikut setting dalam gambar mengikut level dan description.

*Note: saya lebih memilih menggunakan 127.2 sebagai extension level maka saya akan abaikan 138.2.

Apabila sudah siap, maka paparan fibo anda mestilah seperti di bawah ini;

Letakkan price di tepi level fibo

Bagi memudahkan lagi anda untuk melihat price yang berkaitan dengan fibo level anda, anda hanya perlu tambah %$ di tepi level fibo di bahagian description. Sila letakkan di semua level fibo di bahagian description. Pastikan anda letakkan jarak(space) antara level fibo dan %$. Akhir sekali, klik OK.

Custom edit yang sudah siap;

Cara mudah penggunaan

Semenjak ramai yang agak keliru nak gunakan samada ke kanan atau ke kiri untuk sambungan, dengan menggunakan custom setting ini anda hanya perlu terus sambungkan dari kiri ke kanan mengikuti arah trend tersebut.

Jika trend adalah uptrend, tarik dari kiri ke kanan bermula dari bawah ke atas dan jika downtrend tarik dari atas ke bawah. Apa yang penting adalah anda fahamkan betul-betul cara titik sambungan fibonacci sahaja.

Uptrend – Tarik sahaja dari bawah ke atas sama seperti trend tersebut.

Downtrend – Tarik sahaja dari atas ke bawah sama seperti trend itu.


Lebih mudah bukan?

Kesimpulan

Cara penggunaan ini adalah sangat ringkas jika anda masih sukar untuk aplikasikannya ke dalam analisis harian anda. Diharapkan perkongsian mudah ini dapat membantu mempercepatkan masa anda untuk membuat analisis dan seterusnya tidak membuang masa anda berjam-jam di depan pc.

Setelah mahir fibonacci, seterusnya bolehlah anda gunakan pula kaedah gabungan dengan price action lagi. Kaedah-kaedah price action ini saya huraikan lebih lanjut dalam membership pullback.

SERTAI MEMBERSHIP HARI INI.

Sekian.

ADMIN
12/11/17


EURUSD PROFIT 138PIPS HANYA DENGAN 1 SINGLE ENTRY DAN TIPS ENTRY LAYER

PROFIT 138 PIPS SELL EURUSD

EURUSD jatuh dan terus jatuh bermula dari awal bulan oktober ini hinggalah sekarang(12 oktober 2016). Sentiment bearish ini mungkin akan berterusan jika FOMC subuh nanti USD terus mengukuh dan EURO melemah.

 

 

Tanda-tanda kejatuhan EURUSD ini sudah pun sebenarnya kelihatan pada timeframe weekly dan daily. Apa yang anda perlu buat adalah zoom-out pada chart anda dan cuba perhatikan kedudukan overal price pattern dan S&R.

 

Jika dilihat pada sambungan trendline dan horizontal line, kita dapat lihat momentum price adalah menurun dan semakin ‘menekan’ pada support level. Hinggalah akhirnya berlaku breakout di mana price sudah menembusi rintangan kepada downtrend dan menjunam sebanyak 100 pips dari breakout point(support level).

ENTRY POINT

Bagaimana saya boleh mendapat entry sell lebih awal berbanding menunggu price breakout support? Dengan menggunakan kaedah fibonacci S&R saya mendapat peluang entry berdasarkan retracement price dan rule S&R. Pelajari kaedah ini di sini > www.fibo966.com

 

Saya yakin majoriti trade memahami apa itu breakout dan retest serta pullback dan cara terbaik memahami kaedah ini adalah dengan mengetepikan dahulu pemahaman mengenai candlestick pattern dan fahamkan dulu apa itu price action. Ia adalah sememangnya dua perkara berbeza. Memahami perbezaan ini akan berikan kelebihan kepada anda terutama pada keadaan yang mengelirukan antara kefahaman candlestick pattern dengan apa itu sebenarnya breakout dan pullback.

Hala-tuju berikutnya?

EURUSD perlu berada kekal di bawah 1.11232 untuk downtrend dan satu-satunya key level yang ada terdekat dengan price semasa adalah broken support 1.11232 ini yang kini bertindak sebagai resistance price untuk kekal downtrend.

Sekiranya berlaku kenaikan, maka kita tahu ia adalah bersifat sementara dan jika price rejected semula dari key level 1.11232 ini, ia secara tidak langung menjadi confirmation kepada downtrend berikutnya dan dijangka akan menguji semula low terdekat pada bulan  jun dan julai iaitu sekitar 1.0950(historical support).

Perubahan trend adalah apabila price break key level 1.1200 dan pullback di atasnya. Jika anda sell eurusd, anda wajib cutloss jika price melimpasi area ini.

ENTRY LAYER?

Bagi yang ingin membuat layer entry, anda boleh tetapkan entry buy limit di sekitar 1.0960, 1.0950, sehinggalah ke  1.0910. Anda boleh gunakan indikator seperti bollinger band, RSI ataupun stochastic untuk lihat turning point price di kawasan historical support ini.

BACA : BELAJAR ENTRY LAYER

 

Untuk sebarang data dan news release sila ke www.forexfactory.com untuk maklumat lanjut.  Untuk trading layer pula, pastikan anda sediakan satu akaun khas untuk entry tersebut dan jangan gunakan ke dalam akaun trading harian anda. Risk adalah 100% dan sila gunakan akaun berasingan. Anda boleh membuka akaun dan membuat deposit melalui saya. Sila ke LOCAL DEPOSITOR untuk maklumat lanjut.

Sekian dulu perkongsian dari admin.

Sekian terima kasih.

ADMIN
13/10/16
Pengasas,
www.pullbackforextrading.com

Buy Low Sell High menggunakan Fibonacci Retracement dan Price Action

Bagaimana untuk Buy Low Sell High menggunakan gabungan Fibonacci Retracement dengan Price Action

Artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana hendak menggunakan tools fibonacci retracement untuk membuat entry berdasarkan rejection price pada sesuatu level yang juga dikenali sebagai harga entry ‘diskaun’ untuk buy low, sell high. Artikel kali ini lebih memfokuskan mengenai strategi untuk trading menggunakan tools ini.

BACA ARTIKEL TERDAHULU : KLIK SINI

Pada artikel sebelum ini saya telahpun kongsikan bagaimana hendak menggunakan fibonacci retracement dan tips menggunakan indikator zigzag yang boleh membantu anda mengenal-pasti dan melukis fibonacci retracement ini.

Best entry menggunakan fibonacci retracement

Fibonacci retracement adalah tools yang ringkas dan boleh memberikan peluang trade yang sangat profitable jika anda mahir menggunakannya. Apa yang anda perlukan adalah kemahiran mengenal-pasti trend dan retracement sahaja. Selebihnya adalah kemahiran anda untuk melihat peluang entry.

Saya cadangkan anda membaca artikel mengenai teknik entry pin bar dan juga artikel mengenai teknik BPT(best price trading).

Dengan mudahnya fibonacci retracement membantu trader mendapatkan entry retracement pada harga terbaik untuk sell from high.

LIVE TRADE

Lihat bagaimana gabungan price action dan fibo boleh memberikan profit yang besar kepada anda. Saya jamin chart anda bersih dan tidak semak dengan pelbagai indikator. Sila lihat contoh live trade di bawah;

Sekiranya anda punyai pemahaman mengenai melukis fibo, anda bolehlah skip menggunakan indikator zigzag dan terus kepada lukisan anda. Seterusnya nantikan price action membentuk signal sebagai reaction di level fibo tersebut. Setelah semuanya memenuhi syarat, maka ambillah entry tersebut. Jika belum memenuhi syarat, abaikan trade tersebut.

AKHIR KATA..

Anda telah pelajari secara ringkas bagaimana menggabungkan price action dan fibonacci dalam trade anda dan bagaimana anda boleh hasilkan profit dengan mudah sekali. Fibonacci terbukti satu tools yg ringkas namun berkesan membantu memudahkan trade anda berbanding tools yang lain.

admin

Menggunakan fibonacci retracement untuk buy low dan sell high

Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang terdahulu iaitu tips bagaimana untuk melukis fibonacci menggunakan indikator zigzag. Setelah mahir menggunakan indikator ini, anda bolehlah terus kepada cara menggunakan fibonacci untuk buy low(uptrend) dan sell high(downtrend).

BACA : TIPS LUKIS FIBO GUNA ZIGZAG

ASAS

Terdapat banyak cara untuk entry buy low/sell high ini. Antaranya seperti trendline breakout, S&R breakout, Elliot Waves dan yang paling popular adalah menggunakan kaedah CRS(Candlestick Reversal Signal).

Berikut berberapa pattern-pattern penting untuk pembelajaran kali ini.

Menggabungkan CRS dengan Fibonacci trading

Apabila pattern-pattern candle ini terbentuk pada sesuatu level retracement fibonacci, maka entry akan trigger. Exit trade boleh dibuat pada 100.0 atau 161.8 fibonacci atau 200.0(hidden level).

Saya tidak akan menggabungkan zigzag ke dalam contoh di bawah agar apa yang disampaikan lebih jelas dan membantu trader faham mengenai topik yang disampaikan.

Ini adalah sebahagian contoh sahaja dan saya yakin pembaca-pembaca blog ini pasti boleh buat lebih baik lagi. Bagi yang tertanya-tanya mengenai timeframe dan pair yang sesuai, jawapan saya adalah semua pair sesuai dan untuk timeframe pula, digalakkan menggunakan timeframe H4, atau D1(daily) atau pun Weekly.

BACA : RAHSIA PIN BAR

Silakan share artikel ini jika ia dapat membantu anda meningkatkan pemahaman candlestick dan fibonacci. Jumpa di artikel yang akan datang.

Sekian.

ADMIN

Tips melukis fibonacci retracement dalam trading bersama indikator ZigZag

Kenal-pasti setup dan bagaimana hendak mula melukis fibonacci retracement

Artikel ini akan memfokuskan kepada dua perkara iaitu, mengenal-pasti setup retracement(price berpatah-balik) dan juga bagaimana hendak melukis fibonacci.

Ramai dari kalangan trader baru dan lama mesti pernah mendengar mengenai fibonacci retracement akan tetapi belum ramai yang tahu bagaimana hendak menggunakannya dalam trading.

BACA : TRADING PART TIME LEBIH UNTUNG?

Cara mudah kenal-pasti retracement price

Cara paling mudah dan ‘simple’ untuk kenal-pasti price yang membuat retracement ini adalah dengan kenal-pasti trend tersebut dan perhatikan jika price sudah berhenti bergerak trending dan mula untuk berpatah-balik.

Terdapat berberapa cara untuk kenal-pasti retracement ini samada menggunakan indikator atau hanya berpandukan price action. Untuk artikel kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk menggunakan indikator zigzag.

1. Menggunakan indikator Zig Zag

Penggunaan indikator zigzag dapat membantu trader mengenal-pasti setup retracement ini dengan mudah hanya dengan merujuk kepada garisan zigzag yang berhenti terbentuk atau tiada line semasa price berhenti untuk bergerak trending.

Kelebihan menggunakan indikator ini adalah anda hanya perlu perhatikan jika price berhenti untuk bergerak trending dan seterusnya membentuk reversal atau retracement(berpatah-balik). 

Anda boleh menggunakan indikator ini dengan cara INSERT>INDICATORS>CUSTOMS>ZIGZAG

 

2. Mengenal-pasti retracement berdasarkan price action.

Selain menggunakan indikator anda juga boleh menggunakan price action untuk kenal-pasti retracement price.

Berdasarkan dua cara ini saya syorkan bagi pemula(newbie) untuk menggunakan indikator kerana ia juga akan memberikan maklumat yang sama seperti price action.

JOIN THE MOST ACTIVE COMMUNITY TRADER IN MALAYSIA!

Setelah selesai mempelajari kaedah/teknik untuk kenal-pasti retracement ini, seterusnya adalah melukis fibonacci tersebut.

Melukis Fibonacci harus dikaitkan dengan fakta Support dan Resistance

Perkara pertama yang wajib anda tahu sebelum mula mengenal-pasti sesuatu setup fibonacci itu hendak dilukis atau tidak, adalah dengan mengenal-pasti support dan resistance(S&R) price terlebih dahulu.

RINGKASAN FAKTA SUPPORT/RESISTANCE
Fakta support/resistance adalah merujuk kepada swing high yang menjadi harga resistance dan juga swing low yang menjadi harga support.

Untuk kenal-pasti S&R ini ia cukup mudah. Anda hanya perlu tahu kawasan-kawasan swing high dan swing low price yang terdekat sahaja. Untuk memudahkan pembelajaran ini saya sarankan anda bermula pada timeframe yang lebih besar kerana lebih mudah mengenal-pasti S&R ini.

Setelah mengenal-pasti swing high dan low terdekat ini yang juga adalah S&R price, maka langkah berikutnya adalah anda boleh membuat marking line pada price ini.

Saya memilih untuk membuat marking line pada dua point swing high dan low terdekat sebagai rujukan melukis fibonacci retracement saya.

Berikut saya gabungkan bersama indikator zigzag.

Cara melukis fibo adalah dengan menyambungkan point S&R dari point support bawah(swing low) ke atas point resistance(swing high) bagi pergerakan downtrend. Untuk pergerakan uptrend, sambungan fibonacci disambung dari point resistance kepada point support.

2 objektif tercapai..

Saya telahpun selesai menulis perkongsian mengenai bagaimana untuk mengenal-pasti setup retracement(price berpatah-balik) dan juga bagaimana hendak melukis fibonacci.

Artikel yang akan datang saya akan kongsikan pula bagaimana untuk menggunakan fibonacci retracement untuk tujuan buy low dan sell high.

ARTIKEL BERIKUTNYA SILA KLIK SINI.

Sekian terima kasih.

admin

Fibonacci Tool- Bagaimana dan Bila nak digunakan?

Fibonacci Tool – Bagaimana dan Bila nak guna?

Fibonacci Tool – Fibonacci tools, ia merupakan tools dalam trading yang amat popular dikalangan trader. Berikut sedikit perkongsian mengenainya. Sebelum kita bercerita secara lanjut mengenai fibonacci ini mari kita kenali dahulu 2 bahagian utama kepada fibonacci ini di dalam trading.

1 – Fibonacci Retracement Levels

0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764

2 – Fibonacci Extension Levels

0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618, 2.000, 2.618, 3.000, 3.618

Fibonacci merupakan tools utama di dalam trading bagi mengenal pasti zon-zon retracement(berpatah-balik) dan extension(pemanjangan) bagi sesuatu pergerakan price. Fibonacci retracement akan digunakan apabila price membuat pergerakan berpatah-balik(retrace) dan fibonacci extension pula akan digunakan bagi mendapatkan arah pemanjangan sesuatu trend oleh price.
Sesetengah trader menggunakan level-level fibonacci ini untuk forecast arah hadapan market ataupun lebih dikenali sebagai future support & resistance.
 –

FIBONACCI RETRACEMENT

Bila nak digunakan?

– Fibonacci retracement digunakan apabila price berhenti dalam sesuatu pergerakan(samada up atau down trend) dan mula berpatah-balik.
Cara menggunakan fibonacci retracement.
Kenal-pasti last swing high dan last swing low terdekat. Tarik fibonacci retracement sama seperti retracement price tersebut. Untuk memudahkan pemahaman, tandakan point 1 dan point 2. Point 1 mewakili permulaan sambungan dan point 2 sebagai sambungan fibonacci.
Cara tarik fibonacci yang betul.
  • Jika uptrend, tarik fibo dari atas ke bawah dari kanan ke kiri.
  • Jika downtrend, tarik fibo dari bawah ke atas dari kiri ke kanan.
 Contoh penggunaan fibonacci dalam trading.
Berdasarkan pergerakan price pada gambar di atas, pergerakan adalah naik. Akan tetapi price kelihatan sudah berhenti untuk naik dan sudah mula untuk membuat penurunan ataupun berpatah-balik. 2 point utama yang ditandakan sebagai point 1 dan 2 berdasarkan last swing high dan low terdekat.
Sambungan fibonacci retracement akan dibuat dengan menyambungkan point 1 kepada point 2. Hasil dari sambungan ini berberapa level support berdasarkan fibonacci retracement level akan dapat dilihat dan menjadi panduan untuk entry point apabila price berhenti ketika sampai ke level support fibonacci retracement tersebut.
Price membuat retracement hingga ke level 61.8 dan kelihatan reversal candle di situ. Price kemudiannya naik semula berdasarkan trend asal sebelum ini.

FIBONACCI EXTENSION

Bila nak digunakan?

– Fibonacci extension digunakan untuk kenal-pasti pemanjangan sesuatu trend. Level extension adalah seperti berikut 127.2, 138.2, 161.8, 200.0 dan 261.8
Cara menggunakan fibonacci extension
Gambar di bawah adalah contoh pemanjangan sesuatu pergerakan price setelah melimpasi level 100.0. Price akan bergerak dan berhenti ke salah-satu level fibonacci extension.
Jika sebelum ini saya telah kongsikan fibonacci retracement untuk kenal-pasti entry point, fibonacci extension pula akan digunakan sebagai take profit. Pemanjangan sesuatu trend biasanya 2x lebih besar berbanding retracement level. Jarak yang jauh ini berbeza-beza mengikut timefram yang digunakan. Semakin besar timeframe maka semakin jauhlah pergerakan price akan menuju extension level.

Fibonacci pada live trading

Anda hanya perlu kenal-pasti last swing high dan last swing low terdekat untuk melukis sambungan fibonacci retracement.
Ia akan mula digunakan apabila pergerakan price berhenti membuat new high atau low dan mula berpatah-balik. Berdasarkan pada gambar di atas, price berhenti nmembuat new low pada 21 januari 2015 dan mula untuk membuat retracement hinggalah menyentuh level 78.6.
Sekiranya price meneruskan pendakian, level 61.8 dan 50.0 akan menjadi resistance seterusnya untuk price uji.
 –
Jika price break 0.0, maka seterusnya kita dapat menjangkakan ia akan ke 127.2 atau 161.8

Fibonacci dan S&R

Trading menggunakan fibonacci sebagai panduan S&R pada charts. Ia menggunakan konsep yang sama seperti fibonacci retracement setup di mana price berhenti membuat new low atau new high dan sudah mula berpatah-balik(retracement).
GBPUSD TIMEFRAME WEEKLY

Perhatikan gambar di bawah ini, kita dapat menggunakan secara efektif mengenai fibonacci dalam menentukan entry berdasarkan level fibo dengan mengaitkan ia dengan fakta S&R/SBR/RBS.
Fakta ini adalah merujuk kepada tindak-balas price menyentuh support dan apa akan berlaku jika break dan tidak break.
Berdasarkan gambar di atas dengan hanya satu lukisan fibonacci kita sudah dapat melihat arah masa hadapan price berdasarkan pergerakan lepas price.
 –
Berdasarkan gambar di atas juga saya menjangkakan price akan turun ke 78.6 jika gagal tembusi 61.8 atau, akan naik ke 50.0 jika berjaya tembusi 61.8.

Entry/Exit yang clear

Apabila price pernah menjejak sesuatu level fibo di masa lampau, ia kemungkinan mengulang lagi di masa akan datang. Selain ia digunakan untuk entry, ia juga digunakan untuk exit point di mana jika anda sell paga GBPUSD hari ini(04-03-15), maka exit anda adalah pada 78.6 atau, jika anda buy pada hari ini, maka exit anda adalah pada 50.0.

KESIMPULAN..

 Fibonacci bersifat universal dan boleh didefinasikan dalam pelbagai cara dan kaedah untuk mentafsir arah market menggunakan fibo extension dan entry point menggunakan fibonacci retracement.
Sekian dulu untuk masa ini.
Jumpa lagi pada entry berikutnya.

-admin-