5 TEKNIK ENTRY YANG PERLU ANDA KETAHUI
Teknik entry sering dikaitkan dengan entry rules di mana price atau candlestick akan melakukan suatu pergerakan tertentu dan jika memenuhi syarat, entry buy atau sell akan dibuat sesuai dengan teknik yang digunakan.
Topik ini agak subjektif bagi sesetengah trader kerana teknik entry tidak semestinya terikat dengan sesuatu rules teknik. Sebaliknya ia juga boleh jadi suatu price action di mana pergerakan price iaitu tindak-balas price menjadi suatu strategi untuk trader memasuki pasaran.
5 teknik entry dalam artikel kali ini;
- Breakout
- Pullback dan Throwback
- Bullish/Bearish candle
- Candlestick pattern
- Rejection
Sebelum menggunakan teknik entry di atas, biasanya langkah pertama yang trader akan lakukan adalah kenalpasti trend terlebih dahulu, kemudian nantikan retracement kemudian barulah entry.
Trading sangat memerlukan disiplin dan kesabaran, barulah tanda-tanda entry akan muncul kemudian barulah si trader itu akan membuat tindakan.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Breakout
Breakout adalah suatu keadaan di mana price/harga melepasi atau menembusi peringkat harga dan membuat harga tinggi baharu atau harga rendah baharu.
Ia dapat dilihat melalui candlestick yang siap(ditutup) lebih tinggi atau lebih rendah berbanding candle sebelumnya.
Selain itu, ia juga dapat dilihat melalui candlestick yang melepasi sesuatu harga support ataupun harga resistance(SNR).
Pullback dan Throwback
Pullback: Merujuk kepada keadaan harga yang berpatah-balik selepas menyentuh sesuatu SNR.
Throwback: Bermaksud harga yang berpatah-balik semula meneruskan trend selepas menyentuh sesuatu SNR.
Bullish dan Bearish Candle
Teknik entry ini hanya merujuk kepada candle closing sebagai bullish untuk confirmation entry buy ataupun bearish untuk confirmation sell. Tiada pattern candle tertentu yang dijadikan rujukan sebaliknya hanya melihat kepada jenis candle sahaja.
Candlestick pattern
Candlestick pattern atau pola candlestick adalah merujuk kepada pattern-pattern tertentu seperti hammer, shooting star, morning dan evening star, doji, engulfing, 3 white soldier, dark cloud cover dan lain-lain.
Ia digunakan sebagai confirmation entry selepas sesuatu retracement atau trend yang dikenal-pasti. Cara ini merupakan yang paling popular di kalangan trader.
Rejection
Adalah merujuk kepada situasi price rejected pada sesuatu SNR level. Ia akan ditafsirkan dalam bentuk candlestick pattern seperti hammer, shooting star ataupun engulfing(bullish dan bearish).
Rejection biasanya diikuti dengan retest terlebih dahulu. Rejection berlaku menandakan kemasukan buyer/seller seperti mana trend asal yang ditentukan.
Rejection adalah opposite(berlawanan) kepada breakout. Breakout bermaksud penembusan, manakala rejection bermaksud kegagalan untuk menembusi sesuatu SNR level.
Apa pendapat anda dengan artikel ini? Sila kongsikan komen anda di bawah.
ADMIN
10/03/22
Credit: MQL5