SHIBA INU – ANOTHER PAIN IN THE ASS?
Takziah buyers last minit untuk coin shiba inu ini. Price terus menunjukkan trend menurun dalam minggu ini dan masih belum ada tanda-tanda kenaikan lagi. Resistance sudah pun terbentuk dan nampaknya perlukan kekuatan majoriti buyers untuk menekan price naik.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Setakat artikel ini ditulis pada 10/11/21, 0.00006178 masih kekal sebagai harga resistance.
Ini bermakna setiap kali price sentuh area ini ia akan jatuh semula selagi ia tidak break. Yang dah masuk buy pada harga FOMO di 0.00008667 nampaknya sedang menderita kerugian dan hati resah sebab adakah mampu lagi ia naik atau terus downtrend berberapa bulan lagi -hanya tuhan yang tahu.
Inilah pentingnya untuk memahami strategi anda! Adakah anda melabur sebab faham risiko ataupun cuma ikutkan nafsu perasaan.
Key support berikutnya..
0.00004449 akan menjadi harga support berikutnya. Jika tembus lagi maka ia akan ke support berikutnya lagi iaitu di 0.00003281. Mungkin turning-point kepada uptrend akan berlaku di sini memandangkan coin ini masih punyai populariti dikalangan pelabur-pelabur coin crypto dan perebut-perebut peluang kaya singkat. LOL!
Tapi ingat, ia tak mungkin akan berlaku sekelip-mata. Oleh itu bertahan lagilah untuk 2-3 bulan lagi. Mungkin hingga januari 2022 nanti akan ada sinar harapannya.
Akhir kata..
Apa-apa pun jangan berhenti berharap. Semoga selepas ini harga melonjak, hati mula tenang dan seterusnya impian menjadi kaya segera akan tercapai.
Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran bagi mereka yang bercadang hendak menjadi pelabur coin crypto di masa akan datang. Ingat, jangan beli sebab FOMO dan jangan pula merisikokan wang yang tak sanggup kerugian.
Nanti panas bont*t duduk depan chart hari-hari sebab berharap ia akan naik.
Salam sayang dari admin!
ADMIN
10/11/21