FIBONACCI CHANNEL | TRADING DARI SUDUT PANDANG BERBEZA
Fibonacci secara umumnya banyak yang digunakan untuk lihat SNR secara melintang. Fibonacci retracement akan digunakan untuk mencari area SNR ini untuk potensi entry. Fibonacci extension pula digunakan untuk mencari potensi pemanjangan sesuatu trend selepas breakout sesuatu high atau low untuk membentuk new low atau new high.
Bagaimana jika kita melihat potensi sesuatu SNR itu dalam sudut condong pula? Pasti sedikit membingungkan tetapi keadaan naik turun market juga sebenarnya boleh dilihat melalui sudut berlainan dan tak semestinya melintang sahaja.
Dalam artikel kali ini saya mengajak pembaca untuk explore kaedah ini agar membuka mata kita mengenai suatu kemungkinan dalam sudut lain.
Sebelum kita lanjutkan, saya ucapkan terima kasih kepada pembaca setia blog pullback kerana terus menyokong kami. 🙂 Teruskan berkongsi artikel-artikel kami kepada trader-trader di luar sana.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Fibonacci Channel
Untuk menggunakan tools ini, anda boleh cari di bahagian INSERT > CHANNEL > FIBONACCI CHANNEL
Anda juga boleh akses lebih cepat dengan ubah setting di bahagian atas. Sila tekan right click button tetikus di bahagian simbol tools dan pilih customize.
Paparan fibonacci channel akan tersedia di bahagian akses tools.
Cara menggunakan fibonacci channel
Seperti fibo retracement, fibonacci channel juga mempunyai cara tersendiri untuk disambungkan. Terdapat tiga titik penting yang perlu anda sambungkan dengan tepat untuk dapatkan kedudukan extension yang tepat.
Fibo channel boleh digunakan untuk kedua-dua kaedah trading iaitu follow trend dan juga counter trend. Sebelum anda pergi kepada trading cara fibo channel ini, anda perlu ketahui dahulu cara menyambungkannya.
Cara menyambung fibo channel
Untuk mendapatkan extension untuk uptrend, sambungan dua titik di bawah adalah sama seperti trendline.
Satu lagi titik atas pula di resistance terdekat. Berdasarkan gambar di atas, lihat gambar kedua di bawah apabila saya menyambungkan fibo channel tersebut.
Bagi anda yang sudah biasa menggunakan trendline, anda akan lebih mudah menyambungkan fibo channel ini. Cuma sebagai tambahan, anda perlu sambungkan titik atas ke resistance pula.
Seterusnya extension channel akan tersedia. Lihat bagaimana titik ke-3 fibo channel ini bertindak sebagai SNR apabila ia ditembusi(break). Extension 61.8 pula bertindak sebagai resistance dan apabila ia gagal ditembusi, price kembali jatuh.
Dengan menggunakan channel ini, anda sudah boleh membuat keputusan entry buy dan sell hanya melihat trend dan potensi exit point. Apabila titik ke-3 atau upper channel fibo channel ini ditembusi, ia menjadi SBR kemudian exit boleh dibuat pada lower channel.
Lihat gambar di bawah.
Melalui cara channel ini juga kita boleh lihat historical SNR lepas sebagai panduan mencari SNR untuk entry dan exit juga cuma bezanya dari cara market trending secara condong.
Apabila channel ditembusi, extension level akan menjadi SNR hadapan. Dalam masa yang sama juga sesuatu pergerakan trend masih mengikuti pergerakan SNR melintang. Anda boleh gabungkannya untuk dapatkan kedudukan tepat SNR berdasakan dua kawasan bertindih ini.
Kawasan bertanda biru sebagai strong SNR berdasarkan sudut condong channel dan juga SNR melintang.
Kawasan biru yang bertindih dengan extension channel menjadi area tepat untuk entry sell ketika price rejected di bawah SBR.
Trading Reversal Trend menggunakan fibonacci Channel
Anda boleh trade reversal trend berdasarkan extension level ini. Andab oleh gunakan indikator oscillator seperti MACD, RSI ataupun Stoch untuk confirmkan entry.
Berdasarkan artikel sebelum ini iaitu teknik RSI 5, anda boleh gabungkannya bersama fibonacci channel untuk dapatkan area berpotensi.
Untuk kemasan pada chart, sila remove bollinger bands. Timeframe masih kekal di D1.
Entry anda adalah rejection yang berlaku di extension level sahaja.
Konsep entry setup masih sama iaitu untuk uptrend mestilah candle bullish diikuti candle bearish. RSI pula mestilah berikan signal overbought. Beza kali ini adalah bukan di upper bands tetapi di extension level.
Jika downtrend pula dan entry adalah buy(oversold), candle mestilah bearish kemudian diikuti candle bullish. RSI oversold di level 30.
Timeframe lain
Timeframe lain yang sesuai juga adalah H4 dan H1 namun disebabkan terlalu banyak noise dan trend retracement, ia mungkin akan sedikit mengelirukan. Ia hanya akan sangat efektif jika trending sahaja.
Akhir Kata
Menggunakan fibonacci sangat bagus untuk predict SNR hadapan. SNR pula tidak tertakluk pada keadaan melintang sahaja. Ia boleh jadi juga dalam keadaan condong dalam darjah tertentu.
Penggunaan fibonacci channel memberikan sudut pandang berbeza untuk melihat potensi SNR hadapan. Umumnya kita melihat sesuatu SNR itu berdasarkan kedudukannya yang melintang sahaja namun sebenarnya terdapat juga kaedah lain selain itu. Fibonacci channel memberikan gambaran yang tersendiri untuk melihat SNR ini dalam keadaan condong dan berbeza dengan cara tradisional.
SNR ini tetap valid dan boleh digabungkan dengan SNR melintang. Ia memberikan kedudukan SNR overlap yang sangat tepat untuk entry dan juga exit.
Terdapat banyak lagi kaedah analisis menggunaan tools technical ini dan setiap darinya mempunyai keunikan tersendiri dan strategi penggunaannya tersendiri.
Ilmu itu luas dan carilah ilmu itu sebagai keutamaan. Wang akan datang sendirinya kemudian.
Sekian,
ADMIN
01/05/23