DALAM FOKUS MINGGU HADAPAN AUDUSD, GBPUSD, XAUUSD DAN USDCAD
Bulan May dan NFP sudah pun berlalu, berikut pair menjadi pilihan saya untuk minggu hadapan. Fokus entry adalah satu jenis entry sahaja agar memudahkan untuk mencari sell high ketika price membuat high dan buy low jika price membuat low.
Kaedah ini juga akan memudahkan trader untuk tidak keliru semasa market tak menentu(kerana anda fokus satu jenis entry sahaja) dan akan memudahkan anda menguruskan risiko termasuklah mengabaikan market jika ia memang tidak memenuhi syarat entry.
4 pair dalam fokus:
- GBPUSD
- AUDUSD
- XAUUSD
- USDCAD
Fokus entry adalah:
- Sell – USDCAD, XAUUSD
- Buy – AUDUSD, GBPUSD
Analisis adalah menggunakan kaedah candlestick analysis(price action), anda boleh sertai membership percuma di sini. Sila download ebook panduan percuma bagaimana saya membuat analisis ini dan juga bagaimana untuk exit trade anda.
Saya akan kongsikan analisis di sini berserta fibonacci setup. Sambil belajar teori dalam nota, anda boleh belajar secara live melalui artikel analisis yang saya terbitkan di blog ini, insyaAllah.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
GBPUSD
GBPUSD bergerak trending dengan begitu cantik pada awal tahun ini bermula dari signal pin bar kini ia dalam rally trending.
TF WEEKLY
Salah-satu kelebihan membuat analisis di timeframe weekly adalah 1 candle cukup memberikan plan trading untuk sepanjang minggu dan minggu-minggu berikutnya. Untuk situasi semasa, pullback berlaku di atas RBS 1.2446 di mana candle break sebelumnya ditutup engulfing di atas area RBS ini, Retest dan reject berlaku pada minggu lepas.
Untuk jangkaan, minggu hadapan ia akan naik lagi.
Fibo Setup
Untuk fibo retracement(entry), kita akan melihat potensi tersebut di H4.
Untuk sambungan fibo, saya menyambungkan pada SNR weekly high dan low. Berdasarkan SNR high low candle dalam uptrend ini, area 38.2 adalah area terbaik untuk buy low. Area ini terdapatnya bounce candle dan akan menjadi area terbaik untuk buy jika rejected.
Deeper retracement adalah sehingga 78.6, jika break bawah area ini, kemungkinan besar plan buy ini adalah invalid.
AUDUSD
Berbeza dengan GBPUSD, pair ini bergerak sideways dalam masa berberapa minggu sebelum ini(pada awal tahun ini).
TF WEEKLY
Dua candle terakhir adalah candle bullish engulfing di mana candle minggu lepas ditutup melebihi candle bearish sebelumnya yang bersaiz lebih kecil.
Oleh itu direction untuk minggu hadapan dijangka akan sambung menaik lagi.
Untuk sambungan fibo, saya akan menyambungkan pada candle bullish tersebut. Selepas itu buka H4 untuk lihat potensi entry SNR berdasarkan candlestick dan fibo level.
Fibo Setup
Berdasarkan fibo retracement, area 38.2 adalah area SNR terbaik untuk entry jika berlaku rejection di situ. Area lain adalah di 61.8 di mana di area ini juga terdapatnya SNR berdasarkan candlestick yang bounce di situ.
Area terakhir untuk mencari buy low adalah di 78.6 di mana, jika break area ini termasuklah break lagi Weekly lo, ini menandakan plan ini invalid kerana trend berpotensi untuk berubah arah.
XAUUSD
Pair gold ini memberikan hint penting tentang kekuatan USD, jika USD melemah ia akan naik, jika USD menguat, ia akan melemah. Gold pada minggu lepas mencuba untuk membuat new high dan setelah menjejak semula historical high, ia jatuh semula.
TF WEEKLY
Secara tidak langsung ia membentuk triple top di TF Weekly.
Candle mirip pin bar terbentuk memberikan hint ia akan turun minggu hadapan, namun disebabkan ia candle bullish, ia masih ada kemungkinan untuk naik semula untuk retest area historical high dan jika gagal, ia akan jatuh semula. Akan tetapi, plan utama adalah sell kerana dua faktor iaitu rejected historical high selepas NFP, kemudian faktor kedua adalah triple top yang terbentuk menandakan ia berpotensi berlaku reversal trend dari buy kepada sell.
Fibo Setup
Saya berharap ia akan naik dahulu buat sedikit high di area 61.8 sebelum ia jatuh semula. Adalah sifat semula jadi trend ini untuk membuat retest dahulu sebelum ia betul-betul confirmed berubah arah.
Dua area berpotensi sell high adalah;
- 50.0
- 61.8
Invalid sell jika break atas 78.6 atau new historical high di atas 2081.46. Jika ini berlaku bermaksud USD akan melemah atau menjunam lagi. USDJPY dan USDCHF boleh di-sell minggu hadapan.
USDCAD
Pair terakhir dalam senarai adalah USDCAD. Pair ini menyambung penurunan selepas signal pin bar terbentuk pada minggu sebelumnya.
TF WEEKLY
Candle minggu sebelumnya adalah pin bar, candle bearish berikutnya adalah candle engulfing. Oleh itu plan minggu hadapan adalah sell.
Fibo Setup
Untuk fibo setup dan entry, kita lihat di H4.
Berdasarkan H4, pair ini nampak jatuh teruk pada NFP minggu lepas(jumaat). Candle terakhir yang ditutup, adalah sebagai support atau last week’s low.
Keadaan seperti ini biasanya adalah oversold dan akan membuat reversal naik(correction) sedikit sebelum ia jatuh semula.
Potensi entry berdasarkan fibo dan snr adalah di 61.8. Namun dalam keadaan tertentu untuk situasi ini, perhatikan jika SNR baharu akan terbentuk di kawasan-kawasan yang lebih rendah dari 61.8.
Jika ia terbentuk, carilah entry di kawasan tersebut. Dua kawasan berpotensi adalah 38.2 dan 50.0.
Invalid plan buy adalah jika break last week high.
Akhir kata
Semoga posting ini memberi manfaat kepada anda yang setia membaca artikel-artikel dalam blog ini. Diharapkan anda semakin bertambah baik dalam trading anda dan berhasil untuk konsisten menghasilkan profit setiap bulan dari pasaran ini.
Terima kasih juga kerana sudi kongsikannya di laman sosial anda.
Hingga jumpa di posting akan datang!
ADMIN
08/05/23
One Reply to “DALAM FOKUS MINGGU HADAPAN AUDUSD, GBPUSD, XAUUSD DAN USDCAD”
Comments are closed.