GOLD GAGAL TEMBUS 1900 APA SETERUSNYA
Minggu lepas Gold gagal tembusi 1900.00 yang menjadi major support sejak bulan lepas. Untuk keseluruhan trend masih downtrend, mungkin ini adalah petanda bermulanya correction untuk downtrend iaitu short term uptrend.
Trading plan sebelum ini https://pullbackforextrading.com/xauusd-strong-bearish/
Sebelum lanjutkan, silakan subscribe ke channel telegram kami:
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan, analisis akan dibuat secara top-down analysis iaitu dari timeframe besar kepada kecil.
Kita akan mulakan dari timeframe D1.
XAUUSD D1
Untuk overall trend, xauusd masih downtrend. UTL sudah break, dan TL ganti sudah dibuat untuk downtrend(TL kini dipanggil DTL untuk downtrendline). Trend hanya dikira berubah arah jika DTL ini breakout.
Jika ia berlaku maka TL baharu untuk uptrend akan dilukis pula di Weekly low 1884.89 dalam gambar.
Jangkaan minggu lepas adalah gold akan meneruskan perjalanan downtrend di bawah 1900.00, namun apa yang berlaku adalah satu candle engulfing terbentuk dan close di atas price level ini.
Pada jumaat lepas seakan ia hendak retest semula 1900.00 ini namun akhirnya ia ditutup sebagai pin bar.
1923.38 kini menjadi resistance berdasarkan high dan low minggu lepas. Selain resistance, ia juga adalah weekly high dan menjadi clue untuk kita melihat potensi entry mahupun perubahan trend.
EMA dalam gambar adalah EMA21, area terakhir perhentian price minggu lepas. Kita lihat pula H4 untuk melihat stuktur trend.
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, stuktur uptrend terbentuk dan disokong pula dengan rejection atau pullback di atas 1904.51. Candle atau price ditutup di atas EMA21 untuk H4. Ini menandakan xauusd dalam bullish trend dan sebarang selling minggu lepas wajib di cutloss pada isnin terutamanya jika break di atas Weekly high 1923.38.
Gold ‘correction’ trend akan confirmed jika berlakunya pullback di atas Weekly high ini.
Saya menjangkakan DTL timeframe Daily(D1) akan diuji jika pullback atas Weekly high berlaku. Untuk xauusd atau gold ini saya masih bearish, oleh itu ada possible saya akan sell jika candle menyentuh DTL nanti.
Keputusan ini sangatlah high risk tetapi adakalanya berbaloi diambil. Harus diingat ini adalah keputusan peribadi saya dan anda tidak perlu untuk ikutinya kerana apa pun yang kita lakukan haruslah dalam tanggungjawab masing-masing.
Anda yang mengikuti analisis dalam blog ini boleh pelajari secara live market bagaimana analisis dan trading plan dibuat, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memahami risiko dan reward dalam perdagangan ini.
kesimpulannya
Short term plan adalah buy. Long term adalah sell. Entry sell akan dibuat jika candle menyentuh atau rejected di bawah trendline. Buy pula akan dibuat jika price buat low kemudian rejection candle terbentuk di atas 1904.00 atau 1910.00.
Altenatif
Sekiranya breaking weekly low di 1884.89, tunggu bounce dan cari sell sahaja.
Halatuju major pair lain
Pada waktu artikel ini ditulis, berikut arah semasa major pair;
- AUDUSD, GBPUSD dan EURUSD = Downtrend/Bearish
- USDJPY, USDCAD = Uptrend/Bullish
Pergerakan major pair AU, EU dan GU nampaknya tak selari dengan arah XAUUSD. Oleh itu bagi yang trade secara searah untuk semua pair ini bolehlah tunggu samada XAUUSD/GOLD naik dan major pair sama-sama naik untuk buy atau sell semua major pair+gold ini jika gold juga sudah mula turun sama-sama.
Oleh sebab demikianlah saya masih bearish untuk Gold.
Sekian dulu posting kali ini, kita jumpa lagi di update akan datang.
NOTE: Support penaja blog ini dengan meng-klik banner yang dipaparkan; XM.com, AMarkets.com, FBS.com dan FXGT.com. Anda juga boleh terus menyokong saya dengan belanja saya kopi. Klik di banner buymecoffee di bucu kanan blog ini untuk belanja saya kopi! 🙂
ADMIN
27/08/23