Control Your Drive: FBS Mempromosikan Pengurusan Risiko Dan Menghadiahkan Kereta Kepada Pedagang Malaysia
FBS, broker global berlesen, menghadiahkan seorang pedagang dari Malaysia dengan kunci Mercedes-Benz baharu yang dimenanginya dalam promo ulangtahun FBS awal tahun ini. Pendekatan perdagangan luar biasa sang pemenang ini telah menginspirasikan FBS untuk melancarkan satu siri video yang meriah dengan maklumat, Control Your Drive, dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengurusan risiko dalam perdagangan. Control Your Drive kini sudah tersedia untuk ditonton di saluran YouTube FBS.
Ketika Andrew Heng, pemenang promo FBS Ultimate Trading Birthday, berkongsi dengan FBS pengajaran penting yang beliau kutip sepanjang penerokaan beliau dalam perdagangan, beliau menamakan pengurusan risiko dan kawalan emosi sebagai elemen yang terpenting untuk perdagangan yang menguntungkan. Beliau terutamanya menggunakan henti rugi (stop loss) dan pengambilan untung (take profit), dan saiz posisi yang wajar untuk membuat keputusan jual-beli yang bijak dan seimbang. Kisah Andrew menginspirasikan FBS untuk merakamkan Control Your Drive, yang membicarakan tentang peranan penting pengurusan risiko untuk para pedagang.
Siri Control Your Drive dari FBS ini memaparkan sesi carpool yang terdiri daripada tiga wawancara mini di mana pakar-pakar jemputan kami membandingkan risiko dalam perdagangan dengan bahaya dan ancaman semasa memandu:
- Control your drive: Psikologi perdagangan
- Control your drive: Alat-alat perdagangan
- Control your drive: Nasihat & strategi perdagangan
Untuk filem Control Your Drive ini, FBS telah menemukan pemenang promo ulangtahunnya dengan pakar-pakar yang dihormati dari bidang kewangan, psikologi, dan perdagangan: Rebekah Ockens, ahli psikologi perniagaan, Eduard Melkostupov, penganalisis pasaran kewangan di FBS, dan Spencer Li, seorang pedagang pro dengan lebih daripada satu dekad pengalaman dalam perdagangan dan pelaburan. Sambil memandu di sekitar Kuala Lumpur, pemenang kami dan pakar yang menemankan beliau mendedahkan bahawa perdagangan yang berjaya menuntut lebih daripada sekadar strategi dan analisis, dan ia amat bergantung pada pengurusan risiko dan kawalan emosi yang berkesan. Mereka juga membincangkan tentang tips perdagangan dan peluang untuk pertumbuhan.
_______________________
Tentang FBS
FBS adalah sebuah broker antarabangsa yang berlesen dengan lebih 14 tahun pengalaman dan lebih 75 anugerah antarabangsa. FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling diyakini di pasaran, dengan lebih 27,000,000 orang pedagang dan lebih 500,000 rakan niaga di seluruh dunia. Volum urusniaga tahunan pelanggan FBS mencecah lebih $8.9 trilion setahun. FBS juga memainkan peranan sebagai Rakan Penajaan Rasmi Leicester City Football Club.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pejabat Akhbar FBS
press@fbs.com
Disclaimer: This article is a sponsored content piece. The views, opinions, and information presented in this article do not necessarily reflect the views or opinions of the pullbackforextrading.com. The content is provided for informational and educational purposes only and should not be considered as financial, investment, or trading advice. Readers are encouraged to conduct their research and consult with qualified professionals before making any financial or trading decisions.