XAUUSD MINGGU KE 3 – GOLD DI PERSIMPANGAN ANTARA NAIK DAN TURUN
Kini masuk minggu ke-3 selepas selloff minggu lepas di bawah paras 2000.00. Sepanjang minggu lepas gold bearish. Mampukah gold meneruskan penurunan minggu ini? Berikut berberapa perkara yang perlu diberi perhatian minggu ini.
Analisis sebelum ini >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-dua-november/
Belum join lagi? Jom join sekarang!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Minggu ini saya akan menggunakan strategi Fractal breakout untuk mencari entry. Anda boleh ke halaman ini untuk maklumat lanjut >> https://pullbackforextrading.com/candlestick-fractal/
Sebab utama memilih kaedah ini;
- Memberikan point jelas berdasarkan kedudukan fractal yang muncul untuk melihat area breakout
- Entry jelas apabila breakout berlaku di area tersebut
XAUUSD D1
Kita mulakan di D1 terlebih dahulu.
Di timeframe ini kelihatan gold berada di atas area Rally Base Rally yang merupakan area untuk buy. Setakat ini belum ada lagi new low kecuali false break awal minggu ini di mana gold jatuh namun dalam masa yang cepat ia naik semula ke opening price minggu ini.
Strong sell adalah jika price mampu break area RBR ini dan perubahan Support kepada Resistance(SBR) berlaku. 1900.00 akan menjadi sasaran utama selling.
Untuk memahami lebih lanjut structure trend gold ini, kita lihat pula pada H4.
XAUUSD 4H
Di H4 terdapat dua fractal up dan down. Untuk trade setup, kita perlu tunggi price break dahulu salah satu fractal ini.
Namun ada satu syarat, ia mestilah solid break di mana satu badan candle mestilah break atau engulf candle sebelumnya dan close diluar iaitu lebih tinggi atau lebih rendah dari fractal tersebut, maka dengan ini barulah kita ada trade setup.
Jika tiada breakout yang solid berlaku maka kita kena tunggu lagi fractal dan breakout berikutnya.
TREND BERIKUTNYA BERGANTUNG APA YANG BERLAKU DI H4
H4 akan membentuk stuktur trend yang lebih terperinci samada bakal turun lagi atau hendak naik. Stuktur wajib uptrend bukan sahaja price perlu naik tapi perlu break dan close higher dari resistance terdekat.
Resistance terdekat di H4 adalah di 1963.03.
Jika downtrend, ia perlu break last week’s low 1933.08 dan pullback untuk membuat new low.
Di kedua-dua SNR yang saya nyatakan di atas adalah area SNR dengan bentuk fractal. Oleh itu jika break area ini, kita akan fokus satu jenis entry sahaja samada sell atau buy sahaja.
Market penghujung tahun
Penting untuk beri perhatian di sini, market penghujung tahun adalah sangat berisiko tinggi dan mungkin anda akan kerap berdepan losing trade. Oleh itu jangan terlalu overconfident dan pastikan anda membuat carian untuk teknik-teknik trading yang saya sediakan dalam blog ini untuk memudahkan perancangan trading anda.
AKHIR KATA
Ketidak-tentuan pasaran hujung tahun ini mungkin menjadi high reward dan mungkin juga high risk, oleh itu sebaiknya anda tidak merisikokan modal yang anda tidak sanggup untuk rugi. Pastikan anda sudah menyertai telegram kami untuk sebarang update dari kami.
Jika anda punyai pertanyaan, bolehlah PM saya di telegram kami.
ADMIN
14/11/23