MINDSET TRADER YANG ANDA MUNGKIN TIADA
FOREX adalah perniagaan. Sama seperti perniagaan lain walaupun ia berbeza dilaksanakan. Tapi percaya atau tidak, jika anda menganggapnya sebagai suatu perniagaan, maka cara berfikir dan bertindak anda mestilah berbeza berbanding cara lama anda berdagang dan seharusnya selari dengan bagaimana suatu perniagaan itu dijalankan. Anda tidak boleh anggap forex ini hanya sebagai medan jual dan beli masuk bila ada peluang kemudian exit bila perlu.
Forex ini diniagakan dalam suatu pasaran gergasi dan setiap tindakan perlukan kemahiran untuk memahami pergerakan pasaran iaitu kenapa ia naik dan turun dan bilakah masanya anda akan masuk dalam pasaran itu.
Dalam perniagaan ini, semestinya semua orang mahu untung. Tapi ingat, anda hanya dikira buat untung setelah anda menutup posisi anda, bukan ketika anda entry dan floating profit. Apa gunanya semua itu jika apabila anda menutup posisi anda, anda dalam keadaan kerugian!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
MENCARI HARGA MURAH DAN MAHAL
Forex ini adalah perniagaan yang memerlukan anda mencari harga terbaik untuk masuk dalam pasaran dan keluar pasaran pada harga lebih baik bukan sahaja untuk keuntungan, malah juga dalam mengurus kerugian. Berfikir secara realistik, anda perlu memikirkan juga soal kerugian dan bukannya keuntungan semata-mata kerana dalam dunia ini semua perniagaan pun ada untung ruginya.
Pedagang atau peniaga yang mampu mendapatkan harga terbaik sahaja akan menang dan kemenangan itu akan ditafsir sebagai keuntungan.
Cara untung dalam pasaran forex
Untuk untung dalam pasaran forex sudah tentulah, buy low dan sell high. Anda tidak boleh untung jika anda buy high dan sell low. Ini berlaku dalam kehidupan seharian kita di mana kita membeli suatu barangan, sebagai contoh smartphone pada harga RM2,000 pada tahun lepas, jika anda menjualnya pada tahun ini saya berani jamin anda tidak akan mampu jualnya pada harga yang sama dan apatah lagi lebih mahal dari itu.
Satu-satunya cara yang anda perlukan di sini adalah dengan membeli murah dan menjualnya dengan mahal. Ini berlaku dalam perniagaan runcit barangan termasuklah penjualan makanan di restoran. Pengusaha perlukan harga murah dan membelinya secara pukal kemudian mengubahnya menjadi produk lain ataupun menjualnya semula pada harga lebih tinggi. Dengan cara ini sajalah keuntungan boleh dicapai. Ini kerana keuntungan akan menggandakan wang si peniaga. Jika peniaga kerugian wang, lambat-laun perniagaan itu pasti akan tutup dan tidak berkembang.
Oleh itu dalam forex, anda perlu buy low sell high ataupun sell high dan buy low kemudian semasa menutup posisi anda. Dengan cara ini sahajalah anda boleh menjana keuntungan. Untuk mencapai matlamat ini, anda perlukan teknik atau strategi yang boleh membantu anda mencari di manakah harga untuk buy low dan juga sell high ini.
WAKTU SESUAI
Jika anda berniaga, anda perlukan waktu sesuai dan tidak boleh main redah sahaja kemudian dengan harapan bisnes anda berjaya. Ada waktu sesuai untuk anda membuka perniagaan dan ada masanya anda menutup operasi perniagaan anda. Walaupun di luar sana wujud perniagaan 24 jam, namun perlu diingat, bukan semua tempat sesuai untuk melaksanakannya kerana jika kurang pembeli, lambat laun kos perniagaan itu akan menyebabkannya kerugian juga.
Jadi, untung berniaga kita perlukan waktu yang tepat dan sesuai. Bilakah waktu tersebut? Jawapannya adalah pada waktu market aktif dan waktu tersebut ramai orang terlibat dalam urusniaga. Jika perasan, waktu perniagaan biasanya dibuka seawal jam 8 pagi hinggalah selewatnya jam 10 atau 11 malam sahaja. Dalam waktu ini akan ada masanya pengunjung datang ramai dan waktu tersebut akan menjana banyak keuntungan. Waktu tersebut di waktu pagi dan juga sebelah petang. Waktu tertentu seperti perayaan dan cuti umum juga terdapat banyak jual beli aktif dan pembeli berbelanja.
Dalam forex trading, perkara yang sama juga digunapakai. Ada waktu tertentu di mana sejumlah volume besar akan memasuki pasaran dan menggerakannya. Pada waktu ini lebih cepat membuat keuntungan berbanding waktu market ‘slow’ kerana kuranya penyertaaan dalam pasaran. Jika anda mahu menjana profit lebih baik, anda perlu cari waktu tersebut dan umumnya dalam forex ini, waktu petang sangat sesuai untuk trade pair GBP dan pada sebelah malam pula untuk pair USD.
WAKTU PALING RUGI JUAL BELI
Sepertimana adanya waktu untuk buat untung, seperti itu juga adanya waktu paling merugikan untuk berurusniaga.
Waktu-waktu merugikan ini banyak berkaitan dengan kedudukan harga itu dalam sesuatu trend. Dalam perdagangan, anda sedia maklum untuk untung mestilah beli murah dan jual mahal. Untuk rugi sudah pastilah membeli mahal dan menjual murah. Bunyinya agak mudah namun masih ramai yang terjebak dengan masalah ini. Untuk itu kita wajar fahamkan bagaimana ia terjadi.
Beli harga mahal, jual murah(…dan vice versa)
Membeli mahal ini berlaku ketika anda cuba mengejar peluang entry semasa harga sudah jauh naik. Ini mewujudkan pendapat kononnya ia naik lagi namun apa yang berlaku adalah ia sudah mencapai kemuncaknya dan kejap nanti reversal akan berlaku. Apabila anda sudah memasuki posisi buy ketika harga sedang tinggi atau mahal, anda akan terpaksa menutup posisi tersebut apabila ia sudah murah. Ia dikira murah apabila harga terus jatuh dari harga entry anda. Begitulah bagaimana seseorang itu boleh terjebak dengan masalah ini.
Keadaan yang sama juga ketika harga sudah jauh menurun dan anda menyangka ia akan turun lagi. Hakikatnya apabila ia sudah ‘tepu’ dan mencapai harga tertentu, ia akan reverse semula. Akhirnya anda terpaksa menutup posisi jual murah anda dengan harga lebih mahal. Sell low, buy high.
MENGURUSKAN KEUNTUNGAN ANDA dan JUGA RISIKO ANDA
Mempunyai posisi menguntungkan adalah idaman semua peniaga ataupun pedagang. Anda sudah membuat entry buy low ataupun entry sell high dan sudah menetapkan sasaran anda. Namun terdapat suatu masalah, harga boleh reverse dan trade untung anda boleh menjadi kerugian.
Tugas anda sebagai pedagang bukan sahaja untuk membuat untung semata-mata. Namun ia juga meliputi dalam menguruskan keuntungan itu. Cara yang saya maksudkan adalah, melindungi keuntungan itu dari terdedah dari risiko kerugian. Anda wajib hapuskan risiko yang ‘membahayakan’ keuntungan anda iaitu dengan mengubah harga stoploss ke harga entry anda untuk breakeven. Breakeven(BE) maksudnya pulang modal. Jadi, jika trade itu gagal, anda akan pulang modal anda.
Satu cara lain untuk menguruskan keuntungan anda adalah dengan cara membuat withdrawal apabila anda sudah menggandakan akaun anda kepada 100%. Melalui cara ini anda mengambil modal anda dan membiarkan keuntungan untuk menjana keuntungan. Apabila keuntungan anda mencapai lagi 100%, pastikan anda membuat pengeluaran lagi. Melalui cara ini, anda sebenarnya menguruskan keuntungan anda ke dalam akaun simpanan anda berbanding membiarkannya terdedah dengan risiko besar kerugian dalam pasaran.
Mencegah risiko
Dalam hidup ini, jika tidak mahu terdedah dengan bahaya, kita wajib cegah diri kita dari bahaya. Jika tidak mahu lemas, jangan mandi di sungai yang dalam. Dalam perdagangan juga kita perlu mencegah dari terdedah risiko yang sama. Jika tidak mahu kerugian, jangan la hentam keromo memasuki pasaran. Janganlah entry lot besar jika tidak mahu floating besar dan kerugian besar.
Elakkan dari tindakan melulu tanpa dasar kukuh adalah cara untuk elakkan dari risiko kerugian dalam pasaran. Jika anda mempunyai entry profit tapi mempunyai sasaran profit yang besar pastikan membuat BE dahulu. Jika tidak pasti arah pasaran ke mana, elakkan entry dan jangan paksakan diri anda mencari entry. Dengan cara ini anda telah pun mencegah risiko kerugian anda.
AKHIR KATA
Perdagangan forex ini tidak jauh bezanya dengan perniagaan konvensional kerana anda masih terlibat untuk mencari harga murah dan mahal untuk menjana keuntungan dan juga menjadi kerugian jika anda tersilap langkah. Melalui artikel ini diharapkan dapat membuka minda anda dan memperbetulkan mindset anda tentang cara paling betul untuk berniaga dalam pasaran serta risiko untung ruginya.
Tindakan bijak anda akan menjana keuntungan anda, dan tindakan bodoh anda sudah pasti akan merugikan anda.
Sampai di sini dahulu artikel kali ini, semoga ia bermanfaat buat anda. Jika merasakan ia bermanfaat pula, jangan lupa kongsikan kepada rakan anda. Siapa tahu jika perkongsian anda itu begitu bermakna buat mereka.
Sekian dahulu.
ADMIN
05/07/24