
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 | UPTREND
Gold masih lagi uptrend selepas closing minggu lepas. Sasaran jangka panjang masih lagi di 3000.00 namun berdasarkan keadaan semasa, masih nampak agak struggle untuk untuk terus membuat new weekly high selepas 2954.95.
Price berpatah-balik seketika dan kekal hinggalah tamat sesi jumaat lepas. Namun secara tidak langsung, ia sebenarnya meninggalkan satu support level yang akan menjadi panduan buying minggu hadapan jika retest dan reject berlaku di area tersebut. Area support itu adalah di 2927.75 dan juga 2923.89. Ia akan menjadi area penting untuk buy low minggu hadapan.
Artikel terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ketiga-febuari-2025/
Sebelum lanjutkan artikel kali ini, silakan join group telegram kami untuk signal dan update yang padu dari kami!
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
XAUUSD H4
Di H4 kita dapat lihat 2 kali rejection dengan berberapa candlestick shadow dan body candle yang terbentuk di area 2927.75. Berdasarkan karakteristik ini kita dapat tafsirkan bahawa ia adalah area support yang kuat kerana berberapa kali retest namun gagal menembusinya.
Untuk minggu hadapan area ini akan jadi area utama untuk buying andaikata rejection berlaku lagi. Target profit terdekat adalah weekly high 2954.95.

Overall structure masih uptrend, jadi andaikata break dua area penting yang dinyatakan, masih ada dua support level penting lagi untuk kita mencari potensi buy dan seterusnya target ke 3000.00.
2 lagi level tersebut adalah;
- 2911.95 dan,
- 2900.00
Akan tetapi andaikata price drop sampai ke paras ini, secara tidak langsung trend terdedah kepada downtrend structure, dan trend perlu breakout pula area 2927.75 untuk kekal uptrend. Ini bermaksud jika gagal tembusinya maka ada risiko trend mungkin berubah arah. Dalam masa yang sama faktor berada di penghujung bulan juga adalah faktor penting jika berlakunya reversal trend.
Altenatif
Sekiranya price terus break 2900.00, maka hati-hati untuk terus membuat buying untuk gold kerana ia lebih cenderung kepada downtrend. Oleh itu kena buat analisa semula dengan melihat overall structure adakah kita dalam downtrend atau masih dalam uptrend. Untuk tujuan ini, timeframe D1 boleh dijadikan panduan.
Sekian dahulu analisis kali ini, untuk update, saya akan kemaskini dalam group telegram.
Terima kasih!
ADMIN
23/02/25