
Dari Dagangan ke Kebajikan: XM Sambut 15 Tahun dengan Harapan Baharu di Paya Jaras
Ulang tahun ke-15 XM bukan sekadar pencapaian dagangan, tetapi juga peluang untuk memberi kepada masyarakat. Ikuti kisah CSR XM di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.
Dalam dunia dagangan, kita sering menumpukan pada angka – pip, keuntungan, dan carta pasaran. Namun, XM percaya bahawa kejayaan sebenar tidak hanya diukur melalui angka kewangan, tetapi melalui impak positif yang kita tinggalkan. Sempena ulang tahun ke-15, XM meneruskan tradisi memberi kembali kepada masyarakat melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras (RKHPJ), Selangor).
Kejayaan Yang Dikongsi Bersama
RKHPJ adalah sebuah rumah kebajikan berdaftar yang menempatkan 117 anak yatim, remaja kurang bernasib baik, dan kanak-kanak kurang upaya. Ia menjadi tempat perlindungan, pendidikan, dan kasih sayang buat mereka yang memerlukan. Dengan sumbangan bernilai USD 15,000 (lebih RM70,000), XM telah membantu menambah baik beberapa kemudahan asas penting:
- Asrama bayi dan tandas untuk keselesaan harian.
- Pagar keselamatan bagi memastikan persekitaran lebih selamat.
- Mini perpustakaan untuk memberi akses kepada ilmu pengetahuan.
- Bilik multisensori yang dilengkapi dengan lampu fiber optik, tikar sensori, kerusi bean bag, dan pendingin udara mudah alih untuk perkembangan anak-anak berkeperluan khas.
- Beg sekolah & set alat tulis untuk menyokong pembelajaran.
Semua usaha ini bertujuan memperbaiki kesejahteraan emosi, fizikal dan mental anak-anak di RKHPJ.
Apa Maknanya Kepada Pedagang?
Bagi XM, membina masa depan bukan sahaja melalui pasaran global, tetapi juga melalui kehidupan komuniti. Sama ada di carta dagangan atau di rumah kebajikan, XM membuktikan bahawa kejayaan sebenar datang daripada memberi impak positif yang berpanjangan.
Sebagai pedagang, ini memberi keyakinan bahawa anda berdagang bersama sebuah broker yang bukan sahaja kukuh dari segi kewangan, malah mempunyai nilai kemanusiaan yang jelas.
Memberi Adalah Kekayaan Sebenar
Pedagang mengejar keuntungan sebagai ganjaran usaha. Tetapi melalui Program CSR XM Malaysia kali ini, kita diingatkan bahawa kekayaan sebenar datang daripada nilai yang kita kongsikan bersama.

Hari ini, 117 anak di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras mempunyai persekitaran lebih selamat, lebih selesa, dan lebih penuh harapan.
Seperti mana XM menjadikan sumbangan kecil satu perubahan besar untuk anak-anak di RKHPJ, dagangan anda juga boleh bermula dengan satu langkah kecil.
Sertai XM, Sertai Perubahan
Apabila anda membuka akaun bersama XM, anda bukan sahaja melangkah ke dunia dagangan global – anda juga menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyumbang kepada sesuatu yang lebih besar.
Hanya 3 minit pendaftaran boleh membuka peluang dagangan anda, dan pada masa yang sama menyokong jenama yang membawa perubahan.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai inisiatif ini? Tonton video penuh [DI SINI]
#XM #XMSocialResponsibility #RKHPJ #15YearsXM