PERLUKAH MENCAMPUR-ADUKKAN PELBAGAI TEKNIK DALAM SATU MASA
PERLUKAH MENCAMPUR-ADUKKAN PELBAGAI TEKNIK DALAM SATU MASA? INI JAWAPANNYA
-
Kelebihan atau kekurangan?
-
Masalah berkaitan membuat keputusan
Kelebihan ataupun Kekurangan
Menggabungkan pelbagai teknik atau strategy mungkin satu idea yang ‘hebat’ tetapi adakah ia akan menjadi kelebihan ataupun kekurangan? atau mungkin lebih tepat dikatakan sebagai masalah.
Perlu diingat setiap teknik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan adalah sukar untuk menggunakannya dalam satu masa dengan teknik yang lain yang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Sebagai contoh, menggabungkan teknik martingale(lawan arah trend) dengan teknik trend following(ikut arah trend).
Mungkin idea ini dirasakan agak bijak sebab boleh ‘makan’ atas bawah iaitu naik buy, turun sell dan kemudian buy balik..
Tetapi fikirkan apa yang akan dibuat jika berdepan dengan false signal? sudah tentu ia akan merugikan dan seterusnya keuntungan yang dijana sebelum ini hanya akan dihabiskan untuk ‘cover’ kerugian tersebut. Itu pun jika ada untung. Jika sebelum itu kerugian, ini hanya akan menambahkan lagi kerugian anda.
Mungkin idea ini dirasakan agak bijak sebab boleh ‘makan’ atas bawah iaitu naik buy, turun sell dan kemudian buy balik..
Oleh itu, false signal merupakan kelemahan teknik dan oleh sebab itulah penggunaan stoploss atau cutloss manual dibuat, iaitu untuk mengawal kerugian.
MASALAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DALAM TRADING
Tujuan setiap teknik adalah untuk membuat analisa arah pasaran dan seterusnya membuat keputusan dalam trading. Jika pada awal topik ini saya telah menyebut mengenai kelemahan teknik, maka bagaimana hendak membuat keputusan dalam trading jika terlalu banyak informasi yang di dapat melalui analisa teknik tadi kemudian ingin diterapkan ke dalam trading?
Baca : Jana ribuan USD dalam masa singkat
Sudah tentu sukar bukan? Oleh sebab itulah menggabungkan terlalu banyak teknik dalam satu masa adalah satu idea yang tidak baik dan boleh menyukarkan dalam membuat keputusan. Ini belum termasuk lagi apabila berdepan dengan arah pasaran yang tidak menentu seperti sideways dalam range yang besar sudah tentu lebih banyak lagi kerugian yang akan dihadapi.
Kesimpulan..
Sebelum anda merasakan penggabungan teknik yang pelbagai itu suatu idea bijak, fikirkan dahulu kelemahan teknik dan juga tahap modal anda. Saya yakin anda mungkin akan pertimbangkan balik untuk tidak membuat penggabungan tersebut kecuali anda hanya mahu berjudi nasib dalam forex trading ini.
Tak semua gabungan tak betul. Relax… ada caranya.
Hanya dengan penggabungan yang betul sahaja yang akan membantu anda di dalam trading. Saya bagi contoh anda trade menggunakan moving average untuk mengikuti arah trend. Anda boleh gabungkan teknik price action untuk membantu anda membuat entry berdasarkan arah tersebut. Anda juga boleh gabungkan indikator untuk tujuan filter analisa anda dan membuat keputusan perlu atau tidak membuat trade tersebut.
Diskaun khas membership – Sempena ramadhan yang bakal tiba ini saya memberikan diskaun khas membership. Melalui membership ini anda akan diberikan bimbingan bagaimana untuk menggunakan teknik yang betul dan gabungan yang hanya membantu dalam trade. Ya sudah tentu yang dimaksudkan di sini adalah gabungan teknik yang hanya menjurus kepada teknik analisa dan bukannya gabungan teknik untuk buy sell dalam satu masa.
Tunggu apa lagi? Sertai sekarang!
ADMIN
040418