ADX MOMENTUM PULLBACK TRADING STRATEGY
Strategi ini adalah yang paling anda cari jika anda penggemar momentum trading. Momentum yang kuat adalah petanda ‘strong move’ yang memberikan potensi entry kurang floating dan memberikan peluang kepada entry lot besar menghasilkan profit tanpa membuang banyak masa.
ADX, adalah singkatan kepada Average Directional Index.
ADX adalah trend indicator, bermaksud ia sangat efektif ketika market trending dan kurang berkesan jika market sideways.
Kelebihan utama indikator ADX
Ia tidak berikan setup secara kerap kecuali market memang dalam momentum yang kuat. Oleh itu ia sangat bagus untuk elakkan anda dari membuang masa dengan entry-entry yang kurang berkualiti serta berisiko tinggi.
ADX adalah salah-satu indikator yang wajib anda pelajari jika anda mahukan trade setup seperti yang dimaksudkan di atas. Melalui bacaan tertentu anda boleh kesan pergerakan kuat(strong move) ini dan seterusnya memanfaatkan peluang entry tersebut.
Indikator ini anda boleh dapati secara percuma di MT4/MT5 anda.
Selain mengesan momentum pasaran, ia juga adalah indikator terbaik untuk mengesan permulaan trend dan sesuai digunakan di M30, H1 dan H4 untuk intraday dan swing trading.
MOMENTUM ADX
Buy dan Sell adalah berdasarkan bacaan momentum bullish dan bearish ADX, iaitu jika ia break +25. Sila edit indikator setting anda terlebih dahulu.
Indikator anda akan kelihatan seperti berikut;
Warna hijau dan merah adalah mewakili trend semasa.
- Merah di atas Hijau = sell
- Hijau di atas Merah = buy
- ADX berwarna Lightseagreen akan menjadi petunjuk momentum iaitu jika ia break atas level 25 bermaksud momentum sell atau buy itu sedang kuat
Untuk memudahkan kefahaman, saya akan bahagikan ADX kepada 3 bahagian;
- ADX Momentum(lightseagreen)
- ADX signal(hijau dan merah)
PERMULAAN TREND
Permulaan trend dikenal-pasti apabila ADX momentum masih di bawah paras 25. Signal persilangan ADX signal hijau dan merah dikira invalid.
Apabila ADX momentum break 25, signal persilangan hijau dan merah akan dikira valid. Seterusnya entry akan dibuat berdasarkan price action candle dan SNR.
ADX BANTU KENAL-PASTI PERLU STAY AWAY ATAU ENTRY MARKET
Bagaimanakah caranya untuk tahu sekarang waktu sesuai entry atau belum? Jawapannya ada pada ADX momentum. Lihat jika ADX masih di bawah atau di atas level 25.
Signal yang terbaik adalah jika baru sahaja break level 25 ini. Jika price sudah trending agak jauh dan ADX momentum sudah lama di atas 25, ia ada kemungkinan trend sudah bakal reversal. Elakkan entry pada waktu ini. Tunggu sehingga trend baharu terbentuk diikuti confirmation oleh ADX momentum, kemudian barulah entry berdasarkan trend itu.
PERLU HOLD ATAU EXIT POSITION? – RUJUK ADX
Jika anda membuat entry tidak kiralah di awal atau hujung trend namun tidak pasti adakah perlu hold entry atau exit, sila lihat ADX momentum anda.
Jika sudah jatuh di bawah paras 25, sila exit profit anda atau cutloss jika posisi anda dalam kerugian.
Exit position(manually)
Trend sudah confirm berdasarkan entry rule ADX. Namun apabila ADX momentum jatuh semula di bawah 25, exit sell. Entry semula pada trend berikutnya.
Trend akhirnya reverse selepas exit sell trade. Pada waktu ini entry buy boleh dibuat berdasarkan situasi di atas. Anda juga boleh hedge posisi sell anda jika anda tidak sempat cutloss posisi anda.
Hold position
Hold posisi profit anda ke tahap maksima adalah cara terbaik dalam trading untuk maksimum profit. Namun sampai bila perlu hold lagi? Jawapannya adalah sehinggalah ADX break bawah level 25!
Selagi tidak break selagi itu tidak exit entry anda.
Situasi ini jarang berlaku namun jika anda mahu trading secara swing trading, kaedah ini sangat sesuai untuk anda. Anda boleh cari entry di TF D1 untuk trade setup swing trading atau TF H4 jika mahu swing trading secara mingguan.
Timeframe Daily sangat sesuai untuk dapatkan setup yang beri pulangan lumayan dalam tempoh sebulan atau dua bulan trading. Cara ini tidak sesuai untuk modal kecil kerana dengan penggunaan MM yang rendah ia akan bagi pulangan yang sedikit. Jika anda trade pada modal lebih USD1K atau USD5K, ia sangat sesuai kerana dengan menggunakan risk kecil, anda masih mendapat pulangan besar.
Sila ke pautan ini untuk belajar strategi MM modal besar.
SIGNAL BUY DAN SELL
ADX punyai rule entry tersendiri. Jika anda mahu menggunakan teknik ini, anda perlu ikuti rule entry berikut;
- Signal ADX(persilangan hijau dan merah)
- ADX momentum mestilah break atas 25 untuk confirmed-kan signal tersebut
- Entry jika price membuat breakout, retest dan pullback
Entry Rule Buy:
- ADX hijau di atas merah
- ADX momentum break atas 25
- Entry berdasarkan price action/candle signal
Entry Rule Sell:
- ADX merah di atas hijau
- ADX momentum break atas 25
- Entry berdasarkan price action/candle signal
ADX PULLBACK ADVANCED STRATEGY
Untuk strategi ini, anda perlu ubah setting anda kepada berikut;
Chart anda akan kelihatan seperti berikut;
Untuk strategi advance, fokus utama hanyalah pada momentum ADX sahaja. Ia akan menjadi confirmation untuk trading setup yang dibuat.
Untuk price action, fokus utama adalah trading pada breakout market. Dalam keadaan ini, kita akan mencari potensi entry jika retracement atau retest berlaku pada kawasan breakout. ADX akan menjadi confirmation ataupun supporting analysis kepada trade setup itu tadi.
Ini bermakna entry atau trading plan akan valid selagi ADX momentum kekal di atas paras level 25 sahaja.
Untuk topik advance SNR sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/memahami-fakta-snr-ini-akan-bantu-anda-entry-lebih-baik/
Untuk memudahkan strategi ini, kita akan fokus pada breakout SNR iaitu ketika Support yang breakout menjadi Resistance(SBR) dan juga Resistance yang breakout menjadi Support(RBS) untuk panduan entry. Untuk confirmation entry, candlestick reversal pattern akan menjadi panduan.
TIMEFRAME SESUAI
Anda boleh gunakan timeframe H4 ataupun D1 kerana ketepatan tinggi pada timeframe ini berbanding timeframe lain. Teknik ini sesuai untuk semua timeframe tetapi kekurangan ketepatan akan menyebabkan risiko kerugian besar. Oleh itu sila pertimbangkannya jika mahu mencuba pada timeframe lebih rendah.
Mencampur-adukkan pada pelbagai teknik juga tidak digalakkan.
ENTRY RULE
- Breakout pada SNR(candle break)
- ADX break atas 25 untuk confirmation
- Retest dan reject berlaku pada SBR atau RBS
Baca : Teknik candle break
Contoh trade setup;
Pada gambar di atas, candle break trendline. ADX break atas 25. Retest berlaku pada broken TL yang menjadi SBR kemudian candle pattern hanging man diikuti candle bearish terbentuk sebagai confirmation entry.
Untuk exit strategy, anda boleh gunakan kaedah fibonacci.
Pada fibo extension 261.8 terbentuk candle bullish hammer, trade ini exit secara manual di level extension ini.
Belajar topik fibonacci pada blog ini – klik sini
Di atas adalah contoh buy di mana price break resistance dan resistance itu menjadi support untuk entry buy. ADX juga break 25 sebagai confirmation. Entry dibuat apabila berlaku retest semula ke area RBS ini.
Untuk exit strategi, anda boleh exit menggunakan kaedah fibonacci ataupun exit jika ADX jatuh di bawah level 25. Akan tetapi perlu diingat, ia hanya efektif ketika market trending dan jika pada waktu anda trade itu market menjadi sideways, ia akan cepat break semula di bawah level 25 dan anda mungkin terlepas peluang untuk profit.
Trade di atas sukses memberikan profit besar selagi anda hold hinggalah ADX break semula level 25. Ia adalah petanda market tiada momentum dan berisiko untuk sideways semula.
TIPS DAN TRICK
Tidak semua signal akan profitable, oleh itu sila consider tips-tips berikut;
- Pilih hari antara Rabu, Khamis dan Jumaat
- Fokus sebelah malam sahaja pada artikel ini saya sudah jelaskan kenapa
- Pilih pair yang punyai range harian yang besar seperti GBPJPY, GBPUSD dan GBPAUD
- Jangan overkonfiden, close pada profit kecil juga sesuai
- Jangan trade setiap hari terutama isnin dan selasa
- Berhenti apabila sudah profit sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu itu untuk 1 pair, ulang proses pada minggu berikutnya
- Kuasai betul-betul candlestick, SNR dan price action. Anda boleh sertai membership percuma di sini.
RUMUSAN
Berikut saya sediakan rumusan buat pembaca setia blog pullback;
- ADX adalah trend following indicator yang sangat efektif ketika market trending
- Ia tidak berikan signal yang kerap, oleh itu signal yang terbentuk sangat berpotensi tinggi
- Gabungan ADX dan SNR pricea action sangat efektif memberikan peluang entry yang profitable
- Level 25 pada ADX akan menjadi confirmation untuk trade setup breakout memandangkan ADX adalah indikator berasaskan momentum
- ADX dapat membantu trader untuk kenalpasti bila perlu entry dan bila perlu stay away dari market
- ADX juga boleh bantu trader untuk hold position ketika untung dan cutloss jika salah
- Permulaan trend dapat dikesan apabila ADX break level 25 untuk permulaannya dan jika ia sudah lama breakout level ini, ia adalah petanda trend mungkin sudah dipertengahan atau dipenghujungnya
Sekian dulu untuk artikel kali ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda memahami market lebih baik selain menambahkan lagi pengetahuan anda dalam bidang teknikal ini. Jika ia bermanfaat kepada anda, pasti ia juga bermanfaat kepada trader lain. Kongsikan artikel ini pada laman sosial anda agar ia menjadi manfaat kepada lebih ramai trader baru dan lama selain agar ilmu ini akan berkembang lebih luas lagi ke arah yang lebih baik lagi.
Silakan join group price action saya jika berminat untuk belajar strategi price action yang saya ajarkan. 🙂
Terima kasih!
ADMIN
13/09/21