ASALNYA JUTAWAN KINI JADI RIBUWAN(FAILED) | APA YANG ANDA BOLEH BELAJAR SUPAYA TAK MENGULANG BENDA YANG SAMA
Pernah kecoh suatu masa dahulu Glauber Contessoto, 33, menjadi jutawan segera apabila mengambil risiko melaburkan wang sebanyak USD180K-250K pada bulan febuari awal tahun ini.
Beliau mengumpulkan dana melalui duit simpanan dan juga wang pinjaman untuk pelaburan tersebut. Pada april iaitu dua bulan kemudian, nilai dogecoin meningkat 4.5% dan seterusnya menjadikan beliau seorang jutawan atas kertas.
Yup, atas kertas maksudnya belum lagilah menjadi jutawan selagi tak cash-in duit masuk dalam bank.
Sejak dari itu Contessoto enggan untuk melepaskan pegangan beliau sebaliknya menambah lagi angka pelaburan beliau dengan membuat belian tambahan(reentry position/buy dip) lagi dan mensasarkan pegangan tersebut untuk jangka masa lebih panjang.
Contessoto sangat percaya akan kenaikan nilai dogecoin ini lalu meminta untuk membuat kerjasama berbayar untuk apa jua program crypto yang menampilkan beliau di media sosial.
Beliau mendapat bayaran sebanyak USD25K untuk kerjasama bersama CNBC untuk blockchain project Acria Network bersama saluran youtube beliau dan apabila beliau ditanya mengenai bayaran samada USD atau Crypto, dan sudah tentu, beliau menjawab dengan menerima bayaran melalui ‘dogecoin.’
Apa itu DOGECOIN
Dogecoin adalah matawang crypto meme. Petikan dari Wikipedia;
Dogecoin ialah mata wang kripto yang dicipta oleh jurutera perisian Billy Markus dan Jackson Palmer, yang memutuskan untuk mencipta sistem pembayaran sebagai “lawak”, mempersendakan spekulasi liar dalam mata wang kripto pada masa itu. Ia dianggap kedua-duanya, “syiling Meme” pertama, dan lebih khusus lagi, “syiling anjing” pertama. Walaupun sifatnya yang menyindir, ada yang menganggapnya sebagai prospek pelaburan yang sah.
Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/Dogecoin
Ikuti perkembangan terkini blog ini secara terus di handphone anda dan juga ikuti promosi menarik dari broker pilihan admin(maaf kalau ada banyak iklan ya..)
Tinggalkan kerja di syarikat muzik, gandakan pelaburan
Untuk memberi fokus sepenuhnya untuk jenama ‘dogecoin millionaire’ yang beliau usahakan, beliau meninggalkan kerja asal beliau di syarikat muzik di Los Angeles.
Beliau juga menjana wang sampingan melalui jualan cenderahati di website beliau tetapi fokus utama masih kepada penampilan di media sosial.
Dalam sebulan beliau meraih sehingga USD28K hanya melalui iklan media sosial di mana wang tersebut dibayar dalam dogecoin. “Ia bersamaan dengan 6x ganda gaji sebelum ini.” Kata beliau.
Selepas dapat menampung bil bulanan dan perbelanjaan harian termasuklah sewa rumah, beliau bercadang untuk menggandakan lagi sebanyak mungkin pelaburan di dogecoin.
Walaupun mendapat bantahan dari pakar mengenai tindakan beliau itu namun beliau enggan untuk menerimanya. Beliau menegaskan bahawa “Doge itu sudah menjadi wang simpanan beliau.”
Ditemu-bual oleh personaliti kewangan medsos
Dalam temu-bual bersama Andrei Jikh, beliau(Contessoto) hanya memberikan respon senyum apabila personaliti youtube berkenaan menyatakan bahawa apa yang beliau lakukan itu adalah umpama menang loteri tetapi menggunakan hasil kemenangan(loteri) tersebut untuk membeli lebih banyak tiket loteri.
Beliau apabila ditanya sebanyak manakah ia mungkin cuma keberuntungan(tuah), respon beliau pula adalah ianya cuma 10% dan selebihnya adalah 90% hasil beliau membuat kajian mendalam tentang pelaburan beliau.
Tonton video termubal di bawah;
Walaupun sudah dinasihatkan berkali-kali untuk membuat withdrawal hasil keuntungan tersebut, beliau tetap berdegil dan menegaskan beliau akan berjaya kerana membuat pilihan yang tepat untuk kekal menyimpan pelaburan tersebut.
Apa yang menambah lagi keyakinan beliau adalah pada waktu keuntungan beliau mencecah 1.2 juta dollar, Andrei Jeikh ada bertanyakan mengenai menutup posisi pelaburan beliau dan beliau enggan kerana percaya harganya akan naik lagi. Dan terbukti nilai pelaburan meningkat ke 2 juta dollar.
Lihat video di bawah pada minit ke 9:40.
Ketidak-yakinan pakar kewangan
Walaubagaimanapun, para pakar kewangan sangat ragu-ragu dengan kestabilan dogecoin ini dan juga matawang crypto lain. Mereka menyifatkannya sebagai sangat berisiko tinggi, tak menentu(volatile), dan bersifat spekulatif. Tidak sesuai dijadikan pelaburan.
Sesetengahnya memberi amaran kerana dogecoin ini kerana ia tiada had penawaran serta kekurangan pembangunan teknologi sepertimana yang dimiliki oleh bitcoin. Pelabur boleh kerugian semua wang dan sepatutnya hanya meletakkan wang yang sanggup rugi sahaja.
Untuk maklumat pembaca, tiada had penawaran akan memberi impak kepada sesuatu nilai. Beza seperti bitcoin, ia di-hadkan hanya kepada 21 juta sahaja. Sama seperti emas dan berlian, di mana nilainya sangat mahal kerana kuantiti yang terhad serta sukar untuk didapati.
Boleh hilang semua wang pelaburan
Menurut editor artikel fintech untuk FIN dan CNBC, James Ledbetter, “Anda berisiko kehilangan semua wang yang anda laburkan.” Beliau juga berkata “Ia tidak mempunyai nilai intrinsik dan ia boleh jatuh harga dengan mudah dalam masa ia sedang meningkat.”
Contessoto masih kekal ‘bullish’ untuk dogecoin bergantung apa yang berlaku dalam bulan mendatang. Beliau sangat percaya dan yakin nilainya akan mencecah $1 pada penghujung tahun 2021.
Ulasan admin
Artikel di atas adalah dari terbitan CNBC untuk segmen ‘make it’ diterbitkan pada julai 6, 2021. Anda boleh ke pautan artikel itu pada link ini. Pada waktu artikel ini ditulis iaitu pada 12,12,21 iaitu pada penghujung tahun 2021 ini, jom kita semak adakah beliau masih kekal sebagai jutawan atas kerta dogecoin.
Contessoto percaya jika ia mengena pada $1, maka nilai portfolio beliau akan melonjak kepada 10 juta dollar, lebih baik berbanding 2juta dollar pada pertengahan tahun ini. Jom kita lihat carta live dogecoin masakini.
Nampaknya kerugian besarlah tak ikut advice dari pakar kewangan kan? Waktu dah capai 2 juta tu kalau cashout masih lagi title jutawan tapi yang real jutawanlah sebab dah masuk dalam bank.
Ramai yang masuk buy last minit pasti kehilangan wang sekarang, lagi-lagi yang all out masukkan semua wang untuk beli doge ini. Jadi betullah kata pakar kewangan kalau ia memang boleh menyebabkan anda kehilangan semua wang pelaburan anda.
Ada apa dengan 6 julai dalam gambar?
Pada 6 julai 2021 selepas kejatuhan teruk dogecoin ni, pada 6 julai iaitu pada waktu artikel CNBC tersebut diterbitkan, nilai pegangan Contessoto adalah bersamaan dengan USD931,689.08 – Kalau dalam ringgit masih jutawan lagilah tapi dalam Dollar bukan lagi jutawan tapi ribuwan. Masih big win bagi saya jika dinilai dari pelaburan 180K-250K. Asalkan tiada reentry buy di waktu puncak tu oklah kan, tapi sejak ada plan buying lagi, so nilai untung bawah akan cover loss atas jika anda boleh faham apa yang saya nak katakan sini.
Tapi pada 6 julai tu harga adalah di 0.23 sen. Pada waktu ini harga sekitar 0.15 ke 0.16 sen. So maksudnya mungkin sekitar 600K-700K sahaja lah(maaf kalau saya silap anggaran..).
Nampaknya tak kesampaianlah roket beliau nak ke ‘bulan’ tu kan. Relax, entry beliau adalah diharga terendah pada febuari dan jika dibandingkan harga kini, beliau masih untung sebenarnya. Tapi dalam hati mesti kecewa juga kan? Cuba lihat gap harga tertinggi tahun ini dengan sasaran $1 dollar tu, nampak masih jauh lagi.
Masihkah beliau boleh mencapai sasaran beliau? Jawapannya boleh. Tapi yang pastinya bukan sekarang dan itupun jika harga boleh naik semula yang sebenarnya kita pun tidak pasti ia boleh lagi atau mungkin terpaksa menunggu masa lebih lama lagi.. Mungkin lebih lama berbanding tunggu duit pencen KWSP.
Angka genap adalah ilusi pelabur crypto
Berberapa minggu lepas saya ada menulis mengenai Shiba Inu di mana ada pelabur(yang menggelar diri mereka sebagai Shiba Army), sudah menjana untung tapi mensasarkan angka genap
Angka genap 0.00010 nampaknya tidak kesampaian juga apabila price berhenti naik di 0.00009.
Sila ke halaman ini untuk baca mengenai SHIBA INU.
Jangankan SHIBA INU, Bitcoin pun tak berjaya cecah harga genap 70K.
Nampak tak mainan benda ni? Siapa masuk last minit siaplah.
Apa yang anda boleh pelajari dari situasi ini?
Belajar jangan tamak, jangan overkonfiden dan jangan syok sendiri. Adakalanya kita memang perlu dengar nasihat orang lain. Yang penting kena pada waktunya. Pelaburan di crypto ini tak menentu dan bersifat spekulasi. Ia tidak bersandarkan model perniagaan sebenar, oleh itu naik turunnya adalah sebab promosi dan populariti di medsos(media sosial) sahaja.
Ia akan menimbulkan FOMO dan akhirnya ramai terjerat. Untung tiada, malah wang simpanan lebur dibuatnya.
Masih boleh buat untungkah kalau macam ni keadaannya pelaburan crypto ni?
Jawapannya MASIH! Tapi dengan syarat entry mestilah awal dan bukannya last minit sebab FOMO. Anda belum tahu maksud fomo ini? Sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/adakah-anda-melabur-sebab-fomo-atau-sebab-faham-risiko-kenali-status-anda-terlebih-dahulu/
Akhir kata
Saya cuma berharap pembaca blog saya lebih bijak di masa akan datang dan jangan terlalu terdesak mencari jalan mudah untuk kaya singkat dan bermain-main dengan tuah semata-mata. Ia serupa berjudi, beli nombor ekor dengan harapan dapat jackpot dan kaya singkat. Mungkin ada yang berjaya tapi janganlah tamak pula.
Dengar nasihat pakar dan jangan perasan pintar hanya sebab apa yang dibuat tu berhasil buat masa ini.
Nanti bukan jadi JUTAWAN TAPI JADI RIBUWAN PULA(tu pun kalau tak hangus wang sebab salah timing entry)..
ADMIN
12/12/21