ATR UNTUK BANTU ANDA CARI KEDUDUKAN STOPLOSS YANG TEPAT
ATR adalah indikator yang digunakan untuk mengukur volatiliti sesuatu pergerakan harga. Asalnya ia digunakan untuk pasaran saham tetapi selain itu ia juga boleh digunakan untuk pasaran FOREX.
Fungsi ATR boleh digunakan untuk membantu trader menetapkan stoploss melebihi volatility terdahulu untuk elakkan stopout awal akibat stoploss yang terlalu kecil.
BACA: ATR untuk trade berdasarkan volatility
ATR default adalah pada period 14. Setting lain yang boleh digunakan adalah period 10. Angka ini adalah mewakili bilangan hari. Jika menggunakan pada period 10, ini bermakna anda melihat volatility dalam 10 hari kebelakang atau 10 hari lepas.
Indikator ATR ini biasanya digunakan pada TF D1, Weekly dan Monthly, dan minimum timeframe adalah di H4.
MEMASUKKAN INDIKATOR ATR
Melalui mt4 anda sila ke INSERT kemudian ke INDICATORS dan seterusnya di bahagian OSCILLATORS pilih Average True Range(ATR).
Ubah setting ATR anda kepada period 10.
STRATEGI STOPLOSS+ATR
Untuk menetapkan stoploss berdasarkan ATR, anda boleh gunakan kaedah x2 ATR iaitu dengan menggandakan 2x nilai ATR. Nilai ATR ini boleh dilihat pada chart anda.
Maksima yang anda boleh gunakan dan lebih selamat berbanding 2x ATR adalah 3x gandar ATR. Ini lebih selamat terutamanya jika trade reversal di permulaan trend.
Kita lihat dahulu contoh 2x ATR;
Berdasarkan gambar di atas, nilai ATR adalah 0.0038. Oleh itu ia dikira 38 pips. Untuk stoploss, anda perlu darab dengan 2, maka itulah stoploss anda.
38 x 2 = 76 pips stoploss.
36 x 2 = 72 pips stoploss
Jom lihat contoh setup:
CONTOH SETUP STOPLOSS
2X SL adalah bermaksud 2x volatility pasaran terdahulu. Jika price gerak 2x ganda volatility ini bermaksud trend mungkin akan berubah. Ini juga bermaksud anda letakkan risk terhad kepada 2x volatility pasaran sebelumnya. Ini akan mengelakkan anda stopout lebih awal jika market tidak bergerak melebihi 2x volatility.
Lihat contoh di bawah;
Di atas adalah contoh entry pin bar yang terbentuk atas support level di mana 2x ATR adalah 76 pips. Ini bermakna jika price turun 76 pips, trade ini akan hit stoploss. Tetapi selagi tiada pergerakan melebihi 76 pips, maka trade ini akan selamat dari stopout.
76 pips dari entry point juga adalah di area support level. Oleh itu secara logiknya jika price retest ke support area dan break, trend akan berubah.
Ok sekarang kita lihat contoh setup yang telah hit stoploss.
Signal buy terbentuk kerana 2x pin bar terbentuk. Berdasarkan 2x ATR, SL adalah 88 pips. Lihat apa yang berlaku jika SL ini mengena.
Untuk mencari kedudukan tepat SL ini, harga semasa entry anda hendaklah ditolak dengan 88 pips.(Jika entry sell, sila tambah harga semasa dengan 88 pips).
Untuk contoh, katalah entry anda adalah pada 0.6730. Tolakkan harga ini dengan 88 pips maka dapatlah stoploss anda.
0.6642 adalah stoploss anda selepas tolak 88 pips dengan 0.6730. Lihat jika SL ini hit, bermakna trend akan berubah.
Harga terus jatuh selepas hit SL. Ini petanda anda menggunakan kaedah ini dengan tepat.
Contoh 3x ATR;
Picking top atau bottom atau trade reversal trend boleh jadi high risk jika price masih turun atau naik lagi. Agak mengecewakan jika kita entry yang sebetulnya tepat tetapi menjadi salah akibat stopout awal. Oleh itu 3x ATR boleh jadi penyelesaian anda.
Akan tetapi 3x ganda bermaksud risiko anda juga meningkat 3x ganda.
Dalam gambar di atas ATR adalah 32 pips, selepas di-darab 3 ia menjadi 96 pips. SL anda adalah 96 pips atau 100 pips jika anda menggenapkannya.
TP Strategies
Kita sudah bercakap mengenai SL Exit strategies, bagaimana pula dengan Take profit strategies?
Sebenarnya anda boleh gunakan kaedah yang sama juga iaitu exit anda adalah 1:1 ratio mengikut SL anda atau 1:2 ratio berbanding SL anda.
Jangan letak jauh-jauh sangat kerana ia mungkin akan ambil masa lama serta mungkin trend berubah sebelum hit TP anda. Walaupun anda mungkin letakkan BE tapi rugilah tunggu lama-lama kan?
Sekian dulu untuk artikel kali ini. Jangan lupa share-kan artikel ini dan letakkan hash tag #pullbackforextrading apabila anda share.
ADMIN
08/11/22
#PULLBACKFOREXTRADING #PULLBACKARTICLE