BAGAIMANA UNTUK TRADE SATU ARAH SAHAJA UNTUK SEMINGGU DAN APA KELEBIHANNYA UNTUK ANDA
Pada artikel kali ini saya akan dedahkan bagaimana untuk trade satu arah sahaja iaitu samada buy sahaja untuk sepanjang minggu ataupun sell sahaja sepanjang minggu serta kenapa anda harus memilih cara trading ini.
Perkara berikut akan dikupas secara ringkas untuk memudahkan pemahaman anda;
- Kenal-pasti setup(analisa teknikal)
- SNR setup
- Money management rule
- Kelebihan untuk anda
Kenal-pasti setup
Cara termudah untuk membuat analisa adalah dengan cara menggunakan candlestick pattern. Melalui candlestick pattern, anda akan kenal-pasti adakah trend akan naik ataupun turun.
Cara lain pula adalah dengan menentukan buy dan sell berdasarkan kedudukan candle di atas atau bawah SNR.
SARANAN : https://pullbackforextrading.com/candle-dan-snr/
Timeframe untuk kenal-pasti setup?
Anda boleh gunakan timeframe weekly di mana plan anda pada minggu ini akan ditentukan berdasarkan apa yang berlaku pada minggu lepas. Point-point di bawah boleh dipertimbangkan;
- candle pattern minggu lepas?
- closing candle minggu lepas – adakah lebih tinggi atau rendah?berbanding candle sebelumnya?
- di manakah kedudukan candle tersebut terhadap SNR terdekatnya?
Candle pattern timeframe weekly – boleh menentukan trend pada minggu berikutnya.
Closing candle – jika lebih tinggi, petanda ia boleh naik lagi pada minggu berikutnya. Jika lebih rendah ia petanda boleh turun lagi pada minggu berikutnya.
Kedudukan candle dengan SNR – jika di atas support, ia adalah petanda kepada buy/uptrend. Jika di bawah resistance, ia adalah petanda kepada sell/downtrend.
SNR setup
Setelah mengenal-pasti trend, langkah berikutnya adalah membuat menandakan atau membuat marking SNR untuk panduan entry.
Marking SNR boleh dibuat berdasarkan horizontal line dan juga fibonacci retracement.
BELAJAR FIBONACCI : https://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/
Money Management Rule
Di sini saya tidak akan menyentuh mengenai risk reward ratio mahupun percentage risk yang perlu digunakan. Sebaliknya saya hanya ingin kongsikan satu kaedah ringkas MM iaitu hanya menggunakan 1 jenis single lot tetapi tidak perlu membuat layer.
Cara mudah MM adalah hanya gunakan lot kekal dan tidak perlu diubah walaupun akaun sudah grow akan besar. Cadangan adalah anda hanya gunakan 1 jenis lot dan trade lot seperti itu dalam sepanjang tempoh trading. Sebagai contoh, modal anda 100 USD, anda boleh gunakan 1 lot bernilai USD0.50 cent. Jika modal anda USD2,000 anda boleh gunakan sekitar USD1.00 atau USD2.00 perlot entry.
Penggunaan lot kecil ini akan memudahkan anda mengurus akaun anda di waktu profit dan loss berbanding lot yang berubah-ubah sekejap besar dan kecil. Maintain size lot akan memudakan anda merancang TP anda dan juga SL anda.
BELAJAR MONEY MANAGEMENT : https://pullbackforextrading.com/part-4-money-management/
Kelebihan untuk anda..
Trading dengan memilih satu sahaja jenis entry membantu anda dalam banyak perkara. Berikut saya senaraikan;
Memberi advantage kepada anda ketika membuat Entry Plan
Memudahkan anda untuk mencari entry anda dan segala yang berkait dengannya.
Contohnya anda ingin sell GBPUSD, untuk sepanjang minggu, maka anda hanya perlu fokus candlestick pattern sell, chart pattern sell mahupun area-area resistance untuk sell.
Sekiranya tiada entry setup maka anda perlu elakkan entry. Ia berkemungkinan anda akan kerugian jika anda meneruskan plan anda. Malah lebih teruk, ia tidak semestinya akan bergerak lawan arah dari plan anda, sebagai contoh plan anda sell, tak semestinya pair itu akan naik. mungkin ia hendak sideways sahaja. Lebih mudah pilih satu jenis entry dan entry jika perlu sahaja. Ia akan selamatkan akaun anda dari kerugian!
Money management yang tidak memeningkan
Konsep MM yang mudah diterapkan di mana anda tak perlu susah-susah kira risk besar dan kecil anda. Anda hanya perlu gunakan lot sederhana dan kekal dengan lot size ini dalam sepanjang tempoh trading anda.
MM adalah kritikal bagi semua trader terutama setelah berdepan loss yang banyak. Sekiranya waktu itu anda hanya gunakan lot kecil/sederhana pasti loss tidaklah banyak. Apabila berdepan dengan win yang banyak pula anda tidak perlu tergoda dengan perasaan tamak untuk cepat grow akaun anda. Dengan ini emosi anda lebih stabil dan tiada perasaan takut-takut.
Tak perlu risau salah arah
Setelah memilih satu jenis arah dan satu jenis plan iaitu buy sahaja atau sell sahaja, anda tidak lagi was-was adakah anda salah atau betul.
Yang pastinya jika salah, anda sudah sediakan exit strategi melalui SL dan jika win pula, anda sudah tetapkan exit strategi anda.
Trader yang tidak yakin terhadap plan tradingnya biasanya akan tercari-cari trader lain untuk meminta panduan. Trader seperti ini sebenarnya berisiko malah bakal menjadi mangsa market yang kerap false signal.
Memilih satu jenis entry petanda anda tetap pendirian
Di luar sana mungkin tiada siapa kisah apa pendirian anda, tetapi dengan hanya fokus satu jenis entry, anda adalah seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah berubah-berubah fikiran kerana terikut-ikut orang lain. Jika orang tidak kisah pendirian anda, siapakah akan kisah jika anda kerugian? -Anda sendirilah yang akan tanggung.
Memilih satu jenis entry juga membantu anda menjadi disiplin
Anda mahu jadi trader berdisplin, berlajarlah untuk trading satu jenis entry sahaja. Jika anda berjaya menjadi seorang yang tetap pendirian, maka anda akan lebih mudah menjadi trader berdisiplin.
Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
Akhir kata..
Selesailah sudah artikel kali ini iaitu bagaimana anda boleh menggunakan satu strategi mudah dalam seminggu iaitu memilih satu jenis entry dan trade(pilihan) entry itu untuk sepanjang minggu.
Anda yang baru dalam dunia trading mungkin masih mencari-cari teknik scalping terbaik untuk anda tetapi apabila anda sudah 3-5 tahun dalam trading, anda pasti akan faham kepentingan yang disampaikan dalam artikel ini dan secara tak langsung ia akan bantu anda untuk lebih matang dalam trading dan seterusnya berjaya menjadi seorang trader yang hebat.
Topik psikologi seperti mindset, disiplin dan pengurusan akaun adalah kurang popular namun ia sebenarnya meliputi 80% dari keperluan untuk seseorang trader itu.
Teknikal hanyalah 20% sahaja sebab itulah trader yang professional biasanya jauh berbeza berbanding trader amatur dari segi pemikiran dan pendekatan trading masing-masing.
Ingin pelajari lebih advance? Join membership hari ini!
Apa pendapat anda mengenai artikel kali ini? sila kongsikan diruang komen.
ADMIN
09/07/20