
CSSR | TEKNIK BACA CANDLESTICK DAN SNR
Kemahiran membaca candlestick adalah penting untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam pasaran. Selain itu ia juga boleh membantu trader untuk memasuki pasaran dan juga exit selepas itu. Candlestick mempunyai pola-pola pelbagai yang mempunyai maksud tersendiri.
Melalui candlestick ini kita dapat mengetahui arah pasaran dan situasi semasa dalam pasaran. Candlestick ini pula terbentuk melalui harga yang dipengaruhi terus oleh buyers dan sellers dalam pasaran. Dalam artikel kali ini kita akan mengupas mengenai topik candlestick ini dan di akhir artikel saya akan kongsikan bagaimana menggunakannya pada timeframe daily untu kenalpasti arah dan entry pada H4.
1. Menentukan Trend Menggunakan Candlestick
Arah trend sangat penting sebelum anda membuat keputusan trading. Sentiasa trade mengikut arah trend, bukan melawan.
Perhatikan:
- Higher high dan higher low = Uptrend
- Lower high dan lower low = Downtrend
- Pergerakan mendatar = Sideway / Konsolidasi
Petunjuk dari Candlestick:
- Candlestick bullish mendominasi = pembeli menguasai pasaran.
- Candlestick bearish mendominasi = penjual menguasai pasaran.
- Candlestick kecil atau bentuk Doji = ketidaktentuan / trend mungkin melemah.
Nota: Gunakan beberapa candlestick untuk analisis, bukan hanya satu.
2. Setup Trade: Mencari Peluang
Ini adalah fasa menunggu di mana anda mencari kawasan atau signal yang sesuai untuk entry.
Setup popular menggunakan candlestick:
- Setup pembalikan (reversal) di kawasan support/resistance:
- Bullish Engulfing
- Bearish Engulfing
- Pin Bar / Hammer
- Shooting Star
- Morning Star / Evening Star
- Setup sambungan trend (continuation):
- Breakout dari Flag/Sideway
- Inside Bar selepas candle yang kuat
- Break dan retest level
Faktor sokongan (confluence):
- Support/resistance kukuh
- Trendline
- Moving average
- Level Fibonacci
Setup = Candlestick pattern + Kawasan kuat = Peluang trade berpotensi tinggi
3. Signal Entry
Selepas anda jumpa setup, anda perlu rancang bila nak masuk market.
Kaedah Entry:
- Break candle signal: Masuk apabila harga break high/low candlestick signal.
- Retest entry: Tunggu harga retrace atau sideways selepas breakout, baru masuk.
- Entry agresif: Masuk terus selepas candle signal tutup.
Nota: Pilih jenis entry ikut toleransi risiko anda.
4. Strategi Exit: Ambil Untung & Stop Loss
Stop Loss (SL):
- Letak di bawah/atas candlestick signal atau level penting.
- Wajib tetapkan SL sebelum masuk trade.
Take Profit (TP):
- Gunakan nisbah risiko:ganjaran seperti 1:2 atau 1:3.
- Sasarkan ke support/resistance seterusnya.
- Boleh guna trailing stop untuk ikut pergerakan harga.
- Exit bila muncul candle reversal bertentangan arah.
Nota: Exit perlu dirancang sebelum entry — disiplin sangat penting.
Ringkasan:
- Kenal pasti Trend = Higher high/low atau Lower high/low.
- Cari Setup = Pola candlestick + Kawasan sokongan kukuh.
- Rancang Entry = Breakout atau retest.
- Tetapkan SL & TP = Lindungi modal, sasarkan reward yang berbaloi.
Cara membaca candlestick Timeframe Daily dan H4(backtest)
Ciri-ciri candlestick untuk menentukan arah pasaran, indecision, dan menggunakan H4 untuk membuat bacaan berdasarkan kedudukan candlestick dengan SNR.
Saya akan mengupas bagaimana untuk kenalpasti setup di Daily dan entry di H4 pada bahagian ini.
Menentukan arah berdasarkan Candlestick pattern
Di timeframe Daily, sesuatu arah boleh ditentukan berdasarkan candlestick pattern samada satu atau lebih dari satu candlestick.

Setup buy dikenalpasti berdasarkan kumpulan 3 candlestick yang membentuk setup bullish atau potensi kepada uptrend. Setup ini bertarikh 04 march 2025. Seterusnya, entry buy akan ditentukan di H4 berdasarkan ciri-ciri candlestick dan SNR.

Marking SNR boleh dibuat dan tunggu candlestick untuk menguji mana-mana SNR yang ditandakan. Kemudian lihat apakah reaksi candle di kawasan SNR itu berdasarkan bentuknya.
1 candle akan ambil masa 4 jam untuk sempurna, oleh itu peluang tetap akan diperoleh tanpa risau terlepas.
Terdapat dua cara untuk entry buy;
- Entry pada candle-candle kecil yang terbentuk atau,
- Entry pada candle engulfing
Exit trade:
- Boleh dibuat berdasarkan SNR terdekat ataupun fibo extension.

Setup seterusnya adalah inside bar. Ia adalah petanda kepada market yang tiada arah dan bakal breakout. Untuk lihat candle break atau belum, perhatikan closing candle selepas candle inside bar ini. Dalam contoh di atas, ia closed bearish dan lebih rendah dari candle bullish inside bar.
Entry boleh dilihat pada 11/11/24 keesokkannya.

Entry akan dibuat selepas candle di H4 memberikan petunjuk. Dalam gambar di atas candle bearish terbentuk. Boleh dijadikan panduan entry. Jika tidak pasti, boleh entry selepas candle bearish engulfing terbentuk.
Anda digalakkan membuat backtest anda dan catatkan setiap penemuan anda dan masukkan ke dalam trading jurnal anda.
Rumusan Asas Membaca Candlestick dalam Trading
1. Trend
- Tentukan arah pasaran.
- Gunakan corak candlestick dan struktur pasaran (HH-HL / LH-LL).
2. Setup Trade
- Cari pola candlestick seperti Engulfing, Pin Bar, atau Inside Bar.
- Pastikan muncul di kawasan penting seperti support/resistance.
3. Entry
- Masuk apabila:
- Harga break high/low candlestick signal.
- Berlaku retest selepas breakout.
4. Exit
- Stop Loss (SL): Letak bawah/atas candlestick signal atau level penting.
- Take Profit (TP): Sasarkan kawasan support/resistance atau gunakan risk:reward 1:2 / 1:3.
Formula Ringkas:
Trend + Setup + Entry + Exit = Trade Berkualiti
ADMIN
21/05/25