FIBONACCI RETRACEMENT ULTIMATE SCALPING[PART 1]
Teknik ini amat mudah dan ringkas kerana tidak melibatkan apa-apa indikator dan apa yang perlu adalah kemahiran membaca price action dan SNR sahaja. Jangan risau, tak mahir pattern-pattern candlestick pun tak apa. Yang penting anda faham konsep ringkas teknik ini, ia sudah memadai dan anda sudah boleh mula mendapatkan profitable trade anda.
PART 2 – KLIK SINI
Bergabung dengan kami sebagai tanda sokongan anda! -join telegram pullback hari ini untuk update dan promosi terus ke smartphone anda. KLIK SINI untuk menyertai.
Tools yang diperlukan
Anda hanya perlukan tools asas -iaitu hanyalah fibonacci. Untuk strategi fibonacci, anda hanya perlu mahir menggunakan kaedah fibonacci retracement.
Tujuannya adalah untuk dapatkan level-level penting support dan resistance hadapan dan lampau. Ini adalah penting kerana dari level-level inilah anda akan mendapatkan entry dan exit point anda.
Topik fibonacci boleh di baca di sini.
Strategi
Strategi utama anda adalah mencari level-level penting SNR dan berdasarkan masa lalu di level itu anda akan menentukan buy dan sell anda.
Kaedah ini saya panggil sebagai repeating history – sejarah biasanya akan berulang semula di masa akan datang. Konsep repeating history ini akan digunakan untuk panduan membuat keputusan entry dan exit anda.
Timeframe
Bermula dari Daily dan seterusnya H4 – anda akan mencari level-level penting SNR berdasarkan reaksi masa lalu di SNR itu untuk panduan entry semasa anda. SNR keutamaan anda adalah major SNR yang ada di Daily chart.
Zoom out dan Pair
Sila buka TF D1 dan zoom-out untuk lihat gambaran keseluruhan sesuatu pair tersebut. Anda boleh gunakan pada pair forex GBPUSD ataupun EURUSD. Pair EURUSD adalah sangat sesuai memandangkan spread rendah yang ditawarkan. Anda boleh membuka akaun spread terendah di sini.
Sambungkan fibonacci retracement
Cari high dan low dan sambungkan fibonacci anda. Kemudian kenalpasti area-area yang sudah pernah ada bounce dan breakout ataupun reverse. Sinilah part anda melihat history yang berpotensi repeating(mengulang) semula.
Area SNR hadapan(future SNR) dijana dari sambungan lepas. Berdasarkan sejarah lepas di area SNR fibonacci ini nampak area-area berpatah balik dan breakout. Di masa hadapan apabila ia dijejaki semula, sejarahnya berulang semula.
Sekarang kita majukan lagi ke hadapan.
Perhatikan di kawasan fibonacci yang ditandakan arrow merah. Itu adalah kawasan entry hadapan yang berpandukan apa yang berlaku pada masa lepas.
Sekali imbas, anda sebenarnya sudah boleh agak apa yang berlaku di masa hadapan hanya berpandukan apa yang berlaku di masa lepas. Inilah yang dikatakan ‘sejarah akan mengulang semula.’
Bagaimana hendak mengetahui sesuatu sejarah itu akan berulang semula?
Saya ada mention di atas mengenai price action dan juga sesuatu yang dikatakan sebagai bounce dan breakout serta reverse.. Ini adalah kriteria penting untuk tentukan adakah sesuatu sejarah itu bakal berulang atau tidak.
Tetapi mengetahui kaedah price action ini sahaja tidak memadai. Anda perlukan suatu strategi money management yang menang dan boleh memberikan kelebihan kepada anda.
Strategi money management(MM) ini adalah ‘teknik entry minachi.’ Anda boleh baca mengenai teknik MM ini di sini.
Bounce,Breakout, Reverse
Bounce adalah situasi price yang bergerak dalam range bound atau ranging dalam skala kecil di bawah atau di atas sesuatu SNR.
- Jika di bawah SNR = SELL
- Jika di atas SNR = BUY
Bounce di bawah resistance menandakan ada possible sejarah akan berulang semula. Jika sejarah lamanya sell, maka jika di masa akan datang price jejak semula SNR itu kemudian bounce di bawahnya, maka ia akan turunlah semula.
Perkara yang sama dengan bounce atas support, maka ia cenderung untuk naik semula.
Jika anda lihat area SNR yang tepat, anda hanya perlu tunggu retest sahaja kemudian buy low apabila price sentuh di area itu di masa akan datang. Ini dipanggil sebagai retest. Anda boleh baca lebih lanjut topik retest ini di sini.
Logik disebaliknya?
Sesuatu SNR yang diuji berkali-kali tetapi gagal untuk break, ia adalah strong SNR. Oleh itu, perlu ada strong selling/buying untuk ia ditembusi.
Area strong SNR inilah area berpotensi untuk trader memasuki pasaran dan seterusnya mengikuti ke mana-kah majoriti trader punya entry.
Area- area SNR yang sukar ditembusi menandakan minat buyer/sellers terhadap area itu. Retest berkali-kali dibuat bukanlah untuk ‘suka-suka’ semata, tetapi untuk uji adakah ia bakal tembus atau tidak.
Di sesuatu Support level – buyers akan masuk pada lowest point Support itu dan menaikan harga. Inilah sebabnya kenapa kita jangan sekali-kali sell di support.
Di sesuatu Resistance level – sellers akan masuk pada highest point Resistance itu dan akan menjatuhkan harga. Ini adalah jawapan kenapa bila kita buy, price turun. Bila sell, ia naik pula. Cuba semak adakah kita membuat buy dan sell di sesuatu SNR yang belum ditembusi?..
Sesuatu support adalah area buy selagi ia tidak ditembusi. Ia juga petanda bahawa area support itu valid dan penting bagi buyers. Oleh itu setiap kali ia menyentuh support level ia akan naik. Buyers akan masuk dalam pasaran dan menaikkan harga. Jangan hairanlah kenapa ia naik setiap kali di support level.
Jika anda mahu sell sekalipun kerana trend waktu itu sedang downtrend, maka tunggulah dahulu untuk ia ditembusi. Untuk menembusi sesuatu support, ia perlukan volume besar sellers terlebih dahulu barulah ia akan ditembusi. Selagi itu, ia takkan tembus.
False break pula bagaimana?
False break adalah petanda minat seller/buyer masih ada di sesuatu SNR itu walaupun sudah ditembusi. Biasanya false signal/break ini banyak memerangkap trader yang trade di lower timeframe. Apabila cukup masa candle itu sempurna di H1 atau H4(dan juga timeframe yang lebih besar) ia akan closed sebagai pin bar atau candle dengan shadow panjang.
Lihat EURUSD M30 di bawah;
Candle break resistance dan closed di atas resistance tersebut. Namun apa berlaku di H4 pula adalah sebaliknya.
Setelah H4 lengkap dan sempurna bentuknya, ia rupanya adalah candle pin bar dengan shadow melebihi resistance.
Trend seterusnya bergerak turun dan terus turun. Tinggallah buyers di harga puncak dan menderita loss akibat kebodohan sendiri.
Apa yang perlu dibuat jika terkena false break? -Cutloss lah. Tetapi untuk melakukan ini, anda perlu faham keseluruhan trend dahulu. Dengan ini dapatlah anda faham kenapa anda perlu cutloss. Yelah, nanti dicutloss, rupanya entry tu betul pula kan?..
Ok cukup setakat ini dahulu.
Saya akan dedah lebih lanjut lagi pada post yang seterusnya nanti. Sementara itu anda bolehlah cari lebih banyak maklumat penting dalam blog ini pada ruangan search box di tepi.
Kongsikan artikel ini agar saya akan kongsi lebih banyak teknik menarik di masa akan datang! Sekian dari saya.
ADMIN
19/10/22
credit foto: google images