FAKEY BAR STRATEGY

Candle pattern ini adalah dari gabungan Inside Bar + False-Breakout yang membentuk Fakey pattern. Ia bermula dari candle inside bar seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini kemudian diikuti dengan satu false breakout.

False breakout ini asalnya seakan memberikan direction tetapi tidak menjadi, lalu ia menjadi false break kemudian berlaku reversal secepat mungkin. Jika ia berlaku dalam satu masa pembentukan candlestick tersebut ia akan membentuk candlestick pin bar. Namun jika ia berlaku selepas candle break, kita akan melihat candle engulfing akan terbentuk di situ.

Kesimpulannya, ia terbentuk samada bersama pin bar ataupun tanpa pin bar.

False break berlaku kerana kemasukan trader berlawanan arah yang mendadak tinggi hingga memaksa price membuat reversal arah dan membentuk pattern fakey.

Ciri-ciri

Apabila dikatakan sebagai pattern atau pola/corak, ini bermaksud ia muncul dalam formasi candlestick yang berulang-ulang namun mempunyai satu ciri persamaan yang ketara.

Lihat contoh di bawah;

Ciri-ciri penting yang anda perlu tahu adalah;

  • Mother bar ataupun inside bar, kemudian diikuti oleh false break.
  • Candle false break itu terbentuk samada pin bar ataupun cuma candle engulfing(tanpa pin bar).

Situasi atau candle yang terbentuk mungkin akan berbeza-beza ikut keadaan. Gambar di atas cumalah ilustrasi sahaja namun masih memenuhi syarat pattern yang dinyatakan di atas.

Baca : Mother Bar Candle yang anda perlu ketahui

Syarat penting candle fakey tanpa pin bar adalah candle lawan arah atau false break mestilah terbentuk selepas candle false break terbentuk. Ia tak semestinya break mother bar atau close lebih tinggi/rendah berbanding candle mother bar.

Strategy Entry Fakey Bar

Candle fakey memberikan direction sebenar pasaran. Oleh itu anda boleh memilih cara entry bersesuaian dengan arah tersebut berdasarkan candle tersebut.

strategi entry

Anda boleh membuat entry pada candle selepas candle signal tersebut. Dua strategi yang sesuai adalah menggunakan kaedah fibonacci dan juga instant entry pada candle berikutnya.

2 kaedah entry

  • Kaedah entry 50% fibonacci retracement pada candle pin bar
  • Kaedah breakout

50% Retracement

Sebagai kaedah terbaik untuk buy low atau sell high berdasarkan candle arah yang terbentuk. Strategi ini adalah strategi entry untuk pin bar. Oleh itu jika anda trade candle fakey dengan pin bar, anda boleh gunakan kaedah ini.

Download ebook teknik 50% retracement – klik sini

Breakout

Candle engulfing yang terbentuk menandakan reversal yang kuat. Dalam keadaan market yang aktif, biasanya retracement tidak berlaku, oleh itu jika candle selepas fakey tanpa pin bar, bolehlah masuk instant berdasarkan harga semasa pasaran ketika itu.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya sediakan contoh ilustrasi di bawah.

Contoh Setup

Berikut contoh-contoh setup yang anda boleh jadikan catatan nota anda.

Fakey dengan Pin bar entry

Di bawah adalah contoh setup counter trend fakey dengan pin bar. Candle pin bar memberikan hint market bakal membuat reversal trend kerana rejected di atas support.

Candle kedua selepas pin bar akan turun retest kawasan support dan dalam keadaan di atas ia turun melebihi 50% dari candle pin bar tersebut. Di kawasan 50% inilah entry point anda. Jika anda kurang pasti untuk menetapkan kawasan 50% ini, anda boleh gunakan fibonacci retracement.

Dengan menggunakan fibonacci retracement anda boleh mengetahui secara tepat kedudukan 50% tersebut beserta stoploss dan takeprofit anda.

Fakey Tanpa Pin Bar

Fakey tanpa pin bar dalam gambar di bawah terbentuk semasa market dalam trending. Untuk spesifik, di bawah adalah contoh downtrend. Ini memberikan petunjuk arah pasaran continuation apabila candle bearish terbentuk selepas candle bullish yang cuba untuk break mother bar candle. Sila lihat contoh di bawah;

Apabila candle bearish terbentuk, ia secara tidak langsung memberikan arah sebenar pasaran. Jika anda memasuki trend yang salah iaitu pada false breakout di atas, secara tidak langsung anda wajar untuk cutloss posisi anda dan menukar entry mengikut arah sebenar selepas fakeout tersebut.

Entry boleh dibuat pada candle berikutnya dan exit trade anda bolehlah dibuat berdasarkan support dan resistance dalam trend tersebut ataupun close trade apabila candle itu close.

Di atas adalah contoh setup fakey tanpa pin bar untuk market uptrend. Candle bullish yang naik dan closed secara tepat di dalam kawasan mother bar candle memberikan hint arah sebenar pasaran.

Entry boleh dibuat pada candle kedua selepas candle bullish pertama dan exit trade boleh dibuat berdasarkan support resistance ataupun apabila candle tersebut sudah closed.

CLAIM BONUS TANPA DEPOSIT $30 ANDA HARI INI!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Tips trading fakey bar

Anda boleh trade fakey bar strategy ini untuk trending dan counter-trend.

Untuk meningkatkan ketepatan sesuatu trade setup, mengaitkannya dengan support resistance akan membantu anda membezakan trade setup yang berkualiti dan yang bukan berkualiti. Ini bermaksud untuk buy setup, mestilah ia terbentuk atas support manakala untuk sell setup sebaiknya ia terbentuk di bawah resistance.

Support Resistance – Klik Sini
Strong dan Valid SNR – Klik Sini

Rumusan

Berberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan topik kali ini antaranya;

  • Candle fakey bar adalah candle yang combo yang terdiri daripada mother bar, inside bar dan candle false break
  • Candle fakey adalah direction sebenar dalam setup tersebut
  • Terbahagi kepada dua iaitu dengan pin bar dan tanpa pin bar
  • Entry akan dibuat selepas candle fakey bar sempurna iaitu pada candle selepasnya
  • Mengaitkan dengan support resistance akan membantu trader mendapatkan setup yang terbaik

Sekian

ADMIN
17/04/21

Print Friendly, PDF & Email

Comments

Translate »