
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 APRIL 2025
Admin bercuti pada minggu pertama bulan April ini untuk beri laluan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut seluruh negara. Dalam masa yang sama juga minggu pertama setiap bulan adalah pengeluaran data NFP. Selepas sesi penutupan Jumaat lepas dan seterusnya untuk keseluruhan minggu lepas, berberapa pair yang asalnya uptrend kini ditutup sebagai reversal termasuklah gold.
Analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-march-2025/
Pair major seperti EURUSD dan GBPUSD yang asalnya uptrend, kini ditutup sebagai bearish reversal. Pair AUDUSD pula yang asalnya sideways, telah pun jatuh. Pair USDJPY dan USDCHF pula ditutup sebagai reversal kepada uptrend/bullish. Untuk kesemua major pair ini saya akan update dalam group telegram jadi pastikan anda menyertai telegram dengan menekan button di bawah;
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
XAUUSD H4
Berdasarkan H4, terdapat area-area support yang sudah ditembusi dan kini menjadi resistance. Ini secara tidak langsung membentuk stuktur downtrend. Area SNR tersebut adalah seperti berikut;
- 3113.32
- 3085.75
- 3048.00

Disebabkan situasi semasa adalah dalam downtrend, maka fokus utama adalah sell sahaja. Plan hanya bertukar kepada buy jika price break area-area SBR itu dan ia bertukar fungsi kepada support(RBS) sahaja.
Untuk trigger entry sell, maka fokus utama adalah sebarang signal sell berdasarkan candlestick pattern dan juga formasi chart pattern yang hanya menjurus kepada sell di area-area price yang telah dinyatakan.
Sebarang update saya akan berikan dalam group telegram.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
07/04/25