
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 JULAI 2025 | SIDEWAYS SCALPING
Gold masih belum ada tanda-tanda untuk trending samada naik ataupun turun. Trend bias lebih kepada sideways sahaja. Ini bermakna anda hanya perlu buy di support dan sell di resistance.
Akan tetapi secara keseluruhannya berdasarkan candle monthly, fokus utama masih sell lagi cuma belum ada confirmation. Untuk analisa sebelum ini sila ke halaman ini https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-sideways/
XAUUSD H4
Memandangkan overall trend adalah sideways, maka support dan resistance di H4 akan menjadi major SNR untuk panduan entry buy dan sell.
Untuk sell, perhatikan resistance 3392.00 untuk sell jika retest dan reject berlaku di situ.
Untuk buy pula, perhatikan 3323.84 dan 3296.34 untuk buy jika ia retest dan rejected di situ.
Trade yang sesuai adalah scalping sahaja iaitu menyasarkan target profit kecil dan bukannya swing trading. Akan tetapi disebabkan range gold ini besar maka untuk sekali TP anda boleh dapat puluhan hingga ratusan pips.
LONG TERM PLAN
Saya akan fokus sell jika price break bawah 3296.00 kemudian area ini menjadi SBR. Selepas itu structure HL dan LL mesti terbentuk untuk confirmkan trend sell.
ALTENATIF
Saya tidak bias untuk sell sahaja, oleh itu jika price break dan close higher di atas 3392.00 dan 3400.00, maka saya stay away dari selling kecuali ia menjadi bull trap sahaja.
Jika ia solid kepada uptrend, maka structure uptrend mestilah terbentuk di atas 3400.00 ini.
Sekian dahulu analisa buat masa ini, sebarang update akan saya kongsikan di group telegram.
ADMIN
20/07/25
One Reply to “ANALISA GOLD MINGGU KE-4 JULAI 2025 | SIDEWAYS SCALPING”
Comments are closed.