AUDUSD Analysis Update
AUDUSD UPDATE
*Note – Analisis ini adalah kemas-kini berdasarkan analisa terdahulu. Sila rujuk sini > https://pullbackforextrading.com/market-review-06-januari-2016/
Objektif untuk sell high tidak tercapai kerana momentum market lebih kepada bearish semasa NFP dan berterusan hingga break level psikologi 0.7000. Berdasarkan keadaan ini, saya tafsirkan bahawa kebarangkalian market untuk turun lebih jauh adalah tinggi.
AUDUSD REVIEW
Berikut analisis support/resistance berdasarkan fibonacci retracement dan extension level. Strategi yang digunakan adalah multiple fibo bertujuan untuk melihat level-level yang overlap sebagai kebarangkalian tinggi untuk price ke level price tersebut.
Gabungan fibonacci ini adalah berdasarkan berberapa timeframe untuk melihat di manakah atau kemanakah favourite TP majoriti traders jika price berterusan untuk turun.
Berdasarkan timeframe Daily(D1) ini saya melihat kebarangkalian tinggi price untuk sampai ke level 0.6900(BRN/Big Round Number) jika price masih meneruskan penurunan tanpa kenaikan(retracement) pada broken support 0.7000, atau, price mungkin akan menguji level ini dan akan menyambung penurunan ke 0.6900 kerana terdapatnya extension level 161.8. Saya mengambil kira kebarangkalian price akan ke sini kerana golden ratio tersebut(161.8).
Seterusnya jika price akan membuat penurunan lagi, maka price akan turun ke support berikutnya iaitu di 0.6800 kerana disana juga terdapatnya golden ratio ke-2 dan juga pertindihan level extension yang lain.
Sedikit analisis berdasarkan timeframe yang lebih rendah iaitu 4H, 1H dan M30.. Kelihatan price action lebih kepada downtrend dan sekiranya tiada sentimen positif dari fundamental, maka price AUDUSD tiada masalah untuk terus turun ke medium dan long term target berdasarkan timeframe Daily(D1) tadi.
Saya akan kemas-kini analisis ini pada minggu depan lagi samada objektif utama untuk takeprofit di 0.6800 tercapai ataupun sudah berlakunya reversal.
-admin-
PS – Berminat untuk pelajari teknik ini? Sila download teknik ini percuma di sini > https://pullbackforextrading.com/download/