TRADE SUKSES DAN GAGAL SEPANJANG MINGGU LEPAS
TRADE SUKSES DAN GAGAL SEPANJANG MINGGU LEPAS
Berdasarkan teknik analisa candle yang saya sudah kongsikan sebelum ini, saya membuat berberapa keputusan trade buy dan sell pada minggu lepas. Berikut berberapa trade tersebut.
EURUSD
Candle minggu sebelumnya adalah bearish pin bar, maka trade plan minggu seterusnya adalah sell. Oleh itu saya sell EURUSD. 🙂
Untuk entry signal bolehlah merujuk pada H1 ataupun H4. Anda boleh melihat candlestick pattern untuk entry signal anda. Selain itu, lihat juga peluang untuk reentry jika berlakunya retest dan pullback pada broken support resistance.
AUDJPY
Pair ini berlaku counter-trend apabila candle minggu terdahulu adalah bearish namun ‘dibalas’ dengan candle bullish. Itu petanda berada di penghujung trend dan reversal mesti akan berlaku pada minggu berikutnya iaitu minggu lepas. Oleh itu entry buy dibuat.
AUDJPY H4 menariknya membentuk stuktur reversal diikuti dengan candle confirmation. Ia suatu peluang terbaik untuk buy berdasarkan trend yang ditentukan pada weekly.
Apabila price berterusan membentuk stuktur uptrend ini, ia mengukuhkan lagi analisa trend sebelum ini sebagai tepat dan berkeberangkalian tinggi untuk sukses. Oleh itu entry buy dibuat pada 1st signal dan re-entry pada signal kedua.
Untuk ahli membership pullback, bolehlah ke pautan ini untuk refresh semula topik ini.
EURCAD
Pair minggu sebelumnya closed sebagai bearish pin bar, meneruskan trend bearish terdahulu di mana seperti AUDJPY yang terbentuknya candle counter-trend. Pada H1 terbentuk candle sell signal petanda waktu untuk entry sell sudah trigger.
Pair ini sangat trending dan tidak seperti pair lain yang membentuk stuktur, pair ini hanya membuat retracement dan signal entry pullback sahaja.
USDJPY
Pair yang sudah dipantau sejak bulan lepas dan kelihatan membentuk reversal buy berdasarkan perubahan stuktur trend. Akhirnya ia membentuk buy signal pada weekly candle. Oleh itu entry buy dibuat pada minggu lepas.
Candle xxxJPY nampak sangat terbentuk counter-trend candle, jadi tak hairanlah arahnya juga sama. Oh ya, signal buy UJ adalah antara signal yang diberikan percuma melalui channel pullback. Klik sini untuk join.
EURJPY
Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia mempunyai candle counter-trend yang membawa kepada entry yang sama iaitu buy. Jadi minggu lepas adalah waktu terbaik untuk buy XXXJPY. Termasuklah GBPJPY yang walaupun kelihatan sell candle pada timeframe weekly.
Pair lain yang terlepas peluang entry..
Tidak semua pair itu mungkin kita dapat trade, oleh itu jangan sesekali ‘kejar’ trend yang sudah berlalu atau anda mungkin menghadapi risiko buy high dan sell low. Trust me, saya sudah buatnya berkali-kali. Gagal pun berkali-kali jadinya. 🙂
GBPCAD
Weekly candle dah bagi hint untuk sell namun disebabkan terlepas peluang sell, saya menanti peluang buy dan entry buy dibuat pada kawasan reversal. Kawasan reversal yang saya cari adalah kawasan take profit point seller iaitu extension 161.8 fibonacci level.
Terlepas sell? No problem. Apa-apa pun saya sertakan sekali untuk rujukan pembelajaran pembaca blog sekalian. 🙂
Akhir kata dan nasihat…
Walaupun hasil trade ini sangat mengujakan namun perlu ingat, ia bukanlah sentiasa profitable dan akan sentiasa ‘menjadi.’ Oleh itu jangan berjudi wang anda untuk trade full margin tapi tak sanggup kerugian.
Tip paling penting adalah, sentiasa tunggu diskaun price untuk entry. Ya, kita semua sukakan harga diskaun bukan sahaja sewaktu membeli-belah tetapi juga untuk entry point dalam trade.
Apabila sudah terbentuknya pullback, barulah membuka entry anda mengikuti trend pada waktu itu.
Bagi ahli membership, sila baca nota dan fahamkan betul-betul part stuktur trend dan candle signal. Semoga ia membantu anda berjaya dalam trade anda.