FIBONACCI KREATIF? | 5 jenis fibonacci kreatif yang anda perlu tahu
Berbanding pengunaan asal fibonacci untuk mencari ‘future support dan resistance’ kali ini konsep masih sama cuma cara penggunaan sahaja yang agak diluar kotak.
Penggunaan fibonacci tidak semestinya perlu terikat dengan peraturan asas. Berikut berberapa kaedah penggunaan fibo secara kreatif.
Berikut 5 jenis fibonacci kreatif yang anda perlu tahu.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Fibonacci candle
Cara tarik fibo masih sama seperti asal, cuma bezanya kali ini ia digunakan terus kepada candlestick tersebut.
Biasanya tujuan sedemikian dibuat adalah untuk melihat sejauh-manakah retracement akan berlaku dalam tempoh tersebut berdasarkan candle yang lepas.
Level yang menjadi keutamaan atau kepentingan adalah 50% fibonacci retracement.
Kesemua level dipadam kecuali 50.0 sebagai tanda ada hanya fokus untuk entry 50% fibonacci.
Fibonacci overlap
Overlap atau pertindihan antara fibo juga adalah antara strategy penggunaan fibonacci yang sudah sekian lama diguna-pakai kedalam analisa teknikal.
Para penganalisa berpendapat bahawa level yang bertindih membawa maksud tafsiran yang sama dengan trader-trader lain diseluruh dunia. Melihat sesuatu kemungkinan yang sama adalah objektif utama strategi ini di mana kita hendak menjadikan sesuatu level itu untuk entry ataupun exit. Disebabkan penggunaan fibo yang pelbagai, maka penggunaan lebih dari satu iaitu dua fibo -adalah bertujuan untuk mendapat tahu di manakah level terpenting pada waktu itu.
Perhatikan pada gambar. 1 set fibo digunakan untuk mencari retracement level, manakala satu lagi untuk mencari extension level. Perhatikan candlestick sampai ke 61.8 dan juga dalam masa yang sama ia menyentuh extension 200.0 lalu terbentuk pin bar atau rejection candle, pada waktu ini kita dapat tafsirkan bahawa TRADER A melihat 61.8 sebagai sell area. TRADER B pula melihat ia sebagai potensi reversal kerana berpendapat bahawa di situ area profit taking kerana mencecah 200.0 level.
Apabila ia closed sebagai rejection, TRADER A dan B berpendapat di situ sesuai untuk selling, maka price akan turun disitu kerana melihat satu keadaan yang sama iaitu sell.
Fibonacci reversal EOT
Jika penggunaan asal fibonacci adalah untuk mendapatkan jangkaan masa hadapan support dan resistance untuk entry buy low ataupun sell high, penggunaan fibo kali ini adalah untuk tujuan yang berbeza iaitu hendak menggunakan fibo untuk tujuan trading reversal trend. Jika trend adalah uptrend, maka fibonacci akan digunakan untuk mendapatkan harga jangkaan reversal berdasarkan kedudukan extension level.
Logik penggunaan kaedah ini adalah level extension tersebut adalah sebagai kegunaan untuk take profit level. Dalam forex trading apabila kita sell, maka kita sebenarnya menjual dahulu. Apabila kita menutup posisi sell itu, kita sebenarnya membuat belian kepada matawang pasangan tersebut. Begitulah sebaliknya iaitu buy. Bermaksud kita buy dulu dan sell kemudian.
Cth: Buy EURUSD adalah bermaksud buy EUR dengan menjual USD. Apabila menutup posisi itu, kita secara tidak langsung menjual EUR tersebut untuk membeli USD.
Perbezaan harga ketika jual dan beli atau beli dahulu jual kemudian adalah untung dan juga rugi. Untuk menutup posisi ini pula kebiasaannya trader professonal akan menggunakan fibonacci extension untuk mendapatkan harga jangkaan untuk menutup posisi.
Pada waktu inilah berlaku sedikit reversal.
Extenstion level yang menjadi keutamaan adalah 161.8, 200.0, 261.8, 300.0 dan 423.6.
Perhatikan sell di buat pada extension level 300.0.
EOT – End Of Trend
Sesuatu EOT itu adalah jika candle atau trend sudah mencecah pada 423.6. Biasanya ia akan berlaku reversal. Akan tetapi dalam keadaan tertentu jika ia masih boleh naik lagi dan menyentuh extenstion level di timeframe lebih besar lagi.
1 fibonacci setup hingga ke 423.6 adalah satu ‘era’ trend. Biasanya di H1 dan H4 boleh jadi satu era pergerakan bergerak antara 261.8 dan 300.0 sebelum ia reversal. Namun jika ia menyentuh 423.6 ia lebih berkebarangkalian tinggi untuk reversal.
Gambar – Price reverse sharp selepas hit 423.6. Boleh makan besar jika entry reversal situ. Berdasarkan gambar, entry adalah buy.
TAPI..
Dalam keadaan tertentu adakalanya ia masih hendak gerak lagi sebelum ia reverse. Apa-apapun, jangan overconfident trade setup ini kerana risk itu wajib ada.
Tips – Entry minachi boleh bantu anda mencari entry secara martingale untuk untung mengatasi rugi. Sila baca sini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-entry-layer-minachi/
Fibonacci trend
Saya menggelarnya sebagai Fibonacci trend di mana penggunaan fibonacci adalah 100% disambungkan atau dilukis mengikut trend tersebut.
Untuk tujuan ini custom setting diperlukan.
Sila buka MT4 anda dan insert fibonacci retracement terlebih dahulu.
Double click pada titik-titik merah fibonacci anda, kemudian point-kan arrow tetikus anda dan klik button kanan tetikus. Pilih ‘fibo properties.’
Klik di bahagian fibo levels. Seterusnya masukkan ikut setting dalam gambar mengikut level dan description.
*Note: saya lebih memilih menggunakan 127.2 sebagai extension level maka saya akan abaikan 138.2.
Apabila sudah siap, maka paparan fibo anda mestilah seperti di bawah ini;
Lihat betapa mudahnya menyambungkan fibo:
Jika trend adalah uptrend, tarik sahaja fibo dari bawah ke atas seperti pergerakan trend tersebut.
Saya telah mengulasnya secara terperinci pada halaman ini.
Fibonacci elliott wave
Seperti fibonacci trend, fibonacci elliott wave juga menggunakan custom setting namun kali ini lebih banyak level tambahan kerana setiap level mempunyai maksud tersendiri dalam waves tersebut terutamanya impulsive waves, di mana wave ke-3 adalah terpanjang dan mempunyai SNR tertentu yang berkait terus dengan custom level fibo ini.
Setiap dari extension level mempunyai peranan dan kaitan terus kepada teori elliott wave ini terutamanya wave terpanjang iaitu wave ke-3.
Akhir kata..
Diharapkan perkongsian ini bukan sahaja dapat menambah ilmu bahkan juga memantapkan lagi skill trading pembaca sekalian.
Kesemua ilmu ini saya kumpulkan selama saya berkecimpung dalam dunia trading ini. Ia sudah banyak memberikan manfaat kepada saya dan saya harapkan ia juga memberikan manfaat kepada anda sekalian.
Bagi yang ingin pelajari strategy price action candlestick bolehlah sertai laman membership saya dengan harga diskaun pada waktu ini. Sila ke sini untuk menyertai > klik sini
Sekian terima kasih!