
ANALISA GOLD MEI 2026 MINGGU KE-2
Minggu lepas gold ditutup lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya. Gold juga break 4648.00 di mana pada artikel minggu lepas saya kata jika break atas ini fokus buy sahaja. Sebelum breakout ini berlaku, price turun retest ke 4500.00 kemudian ia reverse naik sesuai dengan plan minggu lepas.
Minggu lepas candle ditutup bullish di Weekly dan pada Daily pula sudah terbentuk structure uptrend. Oleh itu next week fokus buy sahaja.
Untuk artikel minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-mei-2026-minggu-pertama/
Plan minggu hadapan
Kita mulakan dengan candle Weekly dahulu. Last week ditutup bullish. Berdasarkan teknik CSPRO yang saya kongsikan di sini, plan seharusnya adalah buy sahaja berdasarkan situasi semasa ini.
XAUUSD WEEKLY

Seterusnya kita lihat ke Daily pula.
XAUUSD D1:

Berdasarkan Daily pula, kedudukan price kini di atas zone pivot yang membahagikan antara zon buy uptrend dan zon sell downtrend, iaitu di atas 4661.25
Buat masa ini kita punyai dua pilihan, buy di support terdekat atau jika price turun semula ke atas 4661.25 ini.
Last sekali kita lihat di H4.
XAUUSD H4:
Di H4, kita akan lihat major support terdekat iaitu:
- 4685.85
- 4661.25
Untuk minggu hadapan, strategi utama adalah buy sahaja kecuali price break bawah pivot 4661.25, ia akan bias kepada selling. Oleh itu selagi ia tak break area ini, kita kekal bullish sahaja.

Saya akan membuat buy jika price break bawah 4685.85 kemudian ia rejected atas 4661.25, ia adalah buy yang bagus kerana stoploss di bawah paras 4685.00 sudah trigger dan liquidate market.
Saya andaikan buy di 4661.25 sebagai entry termurah untuk buy gold minggu hadapan. Saya akan buy full margin jika terbentuknya cs reversal sini.
Update akan menyusul di telegram.
ADMIN
09/05/26




