FOKUS MINGGU HADAPAN -EURUSD, GBPUSD, XAUUSD DAN USDJPY
4 pair dalam fokus minggu hadapan dan trading plan – EURUSD, GBPUSD, XAUUSD dan USDJPY. Analisa price action untuk pair ini memberikan hint untuk next plan untuk minggu hadapan. Fokus utama adalah satu jenis entry sahaja iaitu samada buy sahaja atau sell sahaja untuk sepanjang minggu.
Untuk 4 pair di atas, plan adalah seperti berikut;
- EURUSD – BUY SAHAJA
- GBPUSD – BUY SAHAJA
- XAUUSD – BUY SAHAJA
- USDJPY – SELL SAHAJA
Trading plan adalah berdasarkan arah price action di TF Daily dan entry adalah di lower timeframe seperti H4. Anda juga boleh lihat di H1 untuk entry.
EURUSD dan GBPUSD minggu lepas telah naik seperti dijangka dan saya yakin member-member dalam group whatsapp/telegram juga dapat manfaat dari plan yang dibuat lebih awal.
Target profit
Anda boleh tentukan target profit anda berdasarkan strategi fibo TP ini >> https://pullbackforextrading.com/?s=fibo+TP
Bagi yang belum subscribe, sila subscribe channel telegram kami untuk signal, promosi dan update terkini!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
EURUSD
Pada minggu lepas, EURUSD jatuh ke support level yang juga merupakan order block zon demand, kemudian harga kembali menaik semula.
Last high dan last low minggu lepas akan menjadi support dan resistance penting untuk minggu hadapan di mana jika break salah-satu dari area SNR ini ia akan memberikan maksud samada trend berubah atau trend akan rally lagi.
Di sebabkan plan utama adalah buy -Oleh itu jika break high, fokus reentry buy akan dibuat jika buy low dibuat pada zon retracement.
Jika break low pula, buy hanya akan dibuat jika kembali semula ke atas Weekly low, tetapi jika sebaliknya, trading plan ini akan diabaikan.
TRADING PLAN
Fibonacci setup dan potensi entry berdasarkan retracement level adalah seperti dalam gambar di bawah;
Potensi entry terbaik berdasarkan fibo retracement adalah di 50.0 dan 61.8. Area lowest untuk entry adalah di 78.6. Confirmation boleh dilihat berdasarkan candlestick pattern.
GBPUSD
Pair ini di dalam trend uptrend berdasarkan 2 faktor berikut;
- Break trendline
- Pullback di atas swap zon supply kepada demand zon.
Berdasarkan zon order block yang belum diuji(untested), ia sepatutnya sell memandangkan ia confluence dengan downtrendline. Namun apabila ia breakout, retest dan pullback berlaku, maka berdasarkan dua candle terakhir, plan utama adalah buy untuk minggu hadapan.
TRADING PLAN
Berikut adalah setup fibonacci untuk pair ini;
Entry terbaik untuk buy low pada pair ini adalah di 38.2 da juga 50.0 jika ia rejected di atas area ini. Area SNR yang kuat dan valid akan membentuk satu rejection kuat.
Area SNR terendah untuk buy low adalah di Weekly low.
XAUUSD
Pair emas vs usd ini bergerak trending dan rally seakan hendak retest 2 historical top 2 tahun sebelumnya. Ia ada kemungkinan naik ke 2,000 semula atau secara tepatnya di 2,075.11
Pada timeframe Weekly, minggu lepas kita dapat menyaksikan bullish trend dan fresh new high tahun ini. Tiada tanda-tanda untuk berlaku reversal ataupun correction kecuali jika ia gagal tembusi atau new high untuk minggu hadapan. Oleh itu ia ada kemungkinan untuk terus melonjak ke harga tertinggi tahun 2020 iaitu di 2,075.11.
Trading emas ini agak high risk, oleh itu mengabaikan pair ini mungkin lebih baik jika tidak mempunyai margin yang selamat dan mencukupi untuk menampung risiko terlibat.
TRADING PLAN
Trading plan saya untuk pair ini adalah seperti berikut;
Berdasarkan fibonacci dan SNR, entry terbaik adalah di 38.2. Namun jika break high, saya fokus buy di atas Weekly high sahaja.
Gold mungkin akan terus rally lagi dan sebaiknya jangan mencuba untuk mengambil top jika tidak sanggup floating besar.
USDJPY
Pair ini ditutup bearish dan saya percaya mungkin ada diluar sana untuk kerugian kerana membuat entry buy berdasarkan candle Daily yang membentuk pin bar.
Walaupun sudah membentuk pinbar combo di situ namun faktor emas yang rally bullish yang kuat, USDJPY ini sebaiknya sell sahaja kerana kedua-dua pair ini mempunyai colleration negatif antara satu sama lain.
Sesiapa yang buy, ada baiknya cutloss sahaja esok dan buat recovery plan walaupun ia kembali naik ke entry anda. Ada baiknya jadikan itu sebagai ‘denda’ kepada anda yang kurang disiplin dan masuk terburu-buru hanya kerana anda melihat potensi pattern di situ.
Kenapa sell bukan buy?
Jawapan mudah adalah kerana bias pasaran lebih kepada selling dan bukannya buy. Ia seperti yang sudah dikongsikan dalam group private CSPRO pada 13hb lepas(isnin).
TRADING PLAN
Trading plan saya adalah sell – berikut setup fibo saya;
Fokus entry saya adalah di H1 di mana saya melihat potensi entry sell di untested supply zon(order block)
Dalam masa yang sama juga ia adalah area 38.2 fibonacci retracement. Jika break, saya akan mencari potensi entry di 50.0 dan 61.8.
Fibo adjustment juga akan saya buat jika perlu. Strategi ini tiada saya dedahkan di sini tetapi khas untuk student-student pullback di sini.
Akhir kata
Okeylah, sampai di sini dahulu. Update akan menyusul dalam member advanced(whatsapp/telegram). Sila subscribe telegram kami untuk perkembangan terkini dari kami.
ADMIN
19/03/23
Credit: tradingview