FOKUS UTAMA DALAM BULAN MEI
Berberapa analisa telah dikongsikan pada bulan lepas dan anda boleh rujuk di halaman ini untuk melihat senarai analisa tersebut dan bulan ini kita akan follow-up perkembangan pair tersebut untuk melihat potensi entry yang boleh dibuat pada bulan ini.
Bulan ini kita harap pair audusd akan membuat breakout kerana sepanjang bulan lepas ia cuma sideways sahaja dan belum menampakkan arah sebenarnya. Akan tetapi jika di lihat pada Weekly chart ada kemungkinan ia akan menjadi bearish/downtrend. Eurusd pula ada possible untuk uptrend bulan ini berdasarkan candle engulfing bulan lepas. Gbpusd pula masih dalam inside bar tetapi berdasarkan candle Weekly, ia ada sikit persamaan dengan audusd iaitu dalam potensi sell.
Seperti biasa, update harian akan diberikan dalam group premium dan group percuma. Untuk group percuma sila klik banner di bawah untuk menyertai.
AUDUSD
Monthly chart
Pada Monthly chart, pair ini masih dalam inside bar pin bar dan belum breakout lagi. Tapi disebabkan candle bulan lepas bullish, maka ada potensi price naik bulan ini.
Akan tetapi ia hanya sah jika Weekly chart sudah sehaluan bersama candle Monthly.
Weekly chart
Pada Weekly chart nampak candle double pin bar yang membawa kepada signal selling. Ini mungkin petanda bahawa trend bakal turun dahulu sebelum kembali kepada uptrend semula
Area support 0.7588 adalah area terbaik untuk price retest sebelum berlaku rejection jika gagal tembusi area ini. Ia mungkin akan ambil sedikit masa sebelum kita boleh menentukan adakah bulan ini akan berlaku lanjutan bullish trend seperti bulan lepas. Ada boleh follow di Daily chart untuk sebarang perubahan arah lebih awal.
Jika price terus naik dan break 0.7818, ini tandanya tiada retracement akan berlaku dan trend cenderung untuk terus naik lagi.
Daily chart
Pada Daily chart kita dapat lihat price stop di 0.7700 setakat minggu lepas. Jika break, kita akan lihat area 0.7588 patut ada retest memandangkan ia adalah major support terdekat untuk pair ini.
Trading plan
Berdasarkan situasi di atas, saya dapat simpulkan bahawa, trend jangka pendek adalah sell dan trend jangka panjang adalah buy dengan syarat mestilah terbentuk stuktur uptrend di Daily chart dan rejected di atas 0.7588 ataupun break atas 0.7818. Petanda plan buy valid adalah jika Weekly chart sudah membentuk signal buying atas major support.
EURUSD
Monthly chart
Pada timeframe Monthly, kita dapat lihat candle engulfing terbentuk dan melebihi 50% candle sebelumnya. Ini petanda jelas ia sedang pullback dan bakal menyambung semula trend selepas break major downtrendline.
Eurusd break dan berada di atas 1.2000 sebelum ia mula rejected di bawah 1.2100 pada bulan lepas.
Anda boleh ke halaman ini untuk pelajari candlestick engulfing.
Candle bullish ini petanda kuat bulan ini eurusd patut naik lagi. Akan tetapi disebabkan ini dari Monthly chart, oleh itu retracement adalah perkara pertama akan berlaku terlebih dahulu.
Weekly chart
Satu lagi engulfing candle terbentuk tepat di bawah downtrendline. Ini petanda bahawa ia rejected trendline tersebut dan penurunan adalah dijangka akan berlaku.
Area 1.1953 adalah major support terdekat yang perlu diberi perhatian andaikata ia rejected di situ.
Candle bearish engulfing terbentuk sebaik price membuat false break pada trendline. 123 trendline reversal pattern terbentuk di situ mengukuhkan lagi reversal jangka pendek ini akan berlaku dan area 1.2000 serta 1.1900 adalah potensi support hadapan untuk pair ini.
Trading plan
Plan jangka panjang adalah buy berdasarkan candle Monthly akan tetapi plan jangka pendek adalah sell berdasarkan Weekly.
Key Support penting adalah berikut;
- 1.2000
- 1.1900
- 1.1800
Plan buy jangka panjang adalah invalid dengan syarat 1.2000 menjadi resistance dan berlaku rejection di situ pada candle Weekly. Confirmation plan ini adalah jika rejected atas key support(salah satu) dan juga break downtrendline pada timeframe Daily dan Weekly.
GBPUSD
Monthly chart
Pair ini masih dalam inside bar pattern selepas rejected di bawah 1.4188. Berdasarkan dua candle terakhir, ia nampak lebih kepada selling kerana candle bulan lepas berbentuk pin bar dengan shadow panjang di atasnya juga dalam masa yang sama candle bulan sebelumnya adalah bearish. Oleh itu bulan ini dijangka akan berlaku penurunan untuk pair ini.
GBPUSD rejected selepas dua kali retest nombor psikologi 1.4000. Ini memberikan gambaran bahawa ia bakal turun untuk bulan ini. Area 1.3600 dan 1.3478 adalah area major RBS yang berkemungkinan price retest jika ia menjadi downtrend.
Weekly chart
Pada Weekly chart kelihatan double pin bar dengan candle terakhir bulan lepas adalah candle bearish pin bar. Ini menguatkan lagi plan sell berdasarkan candle Monthly.
1.3684 menjadi major support untuk price retest. Jika break, ada kemungkinan besar ia turun ke 1.3478.
Daily chart
123 trendline reversal terbentuk pada pair ini sama seperti eurusd. Dengan terbentuknya candle pin bar di bawah trendline, ia mengukuhkan lagi para seller untuk memasuki pasaran dan menjatuhkan harga hingga melepasi major support 1.3834 di Daily chart.
Trading plan
Plan utama adalah sell GBPUSD. Entry sell terbaik adalah jika price retest dan reject di bawah 1.3834 ataupun di bawah 1.3900 area. 1.3733 dan 1.3680 adalah area sesuai untuk takeprofit selling. Jika break lagi, area 1.3478 adalah area penting untuk takeprofit berikutnya.
Altenatif : Jika naik dan break trendline di Daily, trend akan cenderung kepada uptrend.
USDJPY
Monthly chart
Pair ini sudah break major downtrend-line pada monthly chart dan bulan lepas sudah pun retest semula broken trendline dan akhirnya closed sebagai pullback di Weekly dan Monthly.
Closing candle bulan lepas adalah di atas atau luar trendline. Ini petanda jelas ia hendak sambung uptrend selepas breakout.
Weekly chart
Candle bullish engulfing terbentuk dan closed semula di luar trendline pada minggu lepas iaitu minggu terakhir sebelum closing bulan lepas. Ini memberikan clue minggu ini lebih kepada buying sahaja. Area 111.00 adalah major resistance yang sangat sesuai untuk takeprofit.
Daily chart
Terbentuk area supply demand rally base rally(RBR) untuk pair ini oleh itu secara tidak langsung ia akan menjadi area terbaik untuk buy low jika retest dan reject berlaku di sini.
Area RBR adalah di 108.57/108.60
Trading plan
Plan untuk pair ini adalah buy untuk jangka panjang dan sell untuk jangka pendek. Sell trade adalah untuk scalping sahaja. Area RBR adalah area penting untuk melihat potensi buy jika rejection berlaku. Jika break pula, area 107.65 dan 108.00 adalah key support penting untuk buy low.
Key support:
- 108.57/108.60
- 108.00
Plan ini terbatal jika trend menjadi downtrend dan terbentuk stuktur dowtrend hingga break bawah 107.65.
Akhir kata
Ikuti perkembangan analisa ini melalui group live trade yang disediakan oleh saya selain bertanya terus kepada saya jika anda punyai sebarang kemusykilan.
Bulan ini masih bulan diskaun, oleh itu anda bolehlah sertai sekarang sebelum tamat promosi dan harga dinaikkan.
ADMIN
03/05/21